da diana dream's

Dec 31, 2010

~SELAMAT SUDAH 2010,SELAMAT DATANG 2011~

Selamat Sudah 2010
Selamat Datang 2011




Berakhir sudah putaran 365 hari di tahun 2010, kini bermula pula hari pertama untuk 2011. Melalui pahit maung, gundah gulana dan resah desah 2010 telah memberi banyak pengertian. Pergolakan jiwa, semaian kasih sayang, ujian perasaan dan hilangnya kepercayaan menjadikan pengertian yang semakin diertikan kian bermakna untuk bekalan dihadapan kemudian hari nanti. Terima kasih untuk setiap yang telah dilalui, yang telah diberikan, yang telah mendewasakan sedikit demi sedikit pemikiran juga emosi sendiri. Terima kasih untuk di uji dan di duga, segalanya membawa memori yang tak bisa dilupakan. Terima kasih juga untuk yang singgah sebentar dan berlalu pergi, percayalah persinggahan itu juga telah mewarnai lagi coretan kanvas milik aku. Terima kasih kepada yang masih dan sentiasa disisi, yang sentiasa ada untuk setiap duka serta sendu tangis dan esak resah aku. Segalanya buat aku terpaku tak berganjak,mahu sentiasa terus disisi kamu, untuk terus dibelai dan dijaga kamu. Terima kasih untuk yang telah memeriahkan diari 2010 aku.

Untuk insan seperti aku yang tak pernah punya azam, hanya mengharapkan diberi lebih duga agar aku lebih tabah dari sebelum ini, semoga ujian yang akan datang lebih mendewasakan pemikiran serta emosi, semoga yang digenggam masih ditelapak tangan, kukuh, statik tak berganjak tak menghilang seperti yang sudah- sudah. Kepada yang mendoakan kejatuhan dan kemusnahan aku, percayalah doa kalian buat aku makin kuat dan teguh utuh berdiri menongkah gelombang duga. Mereka- mereka yang sentiasa menggenggam jemari tika aku resah, sentiasa menadah tangan mengharapkan kejayaan, sentiasa di sisi dan dibelakang sebagai pemangkin tika aku jatuh tersungkur menyembah bumi, yang sentiasa biarkan aku mengisi kekosongan jiwa...terima kasih atas segalanya.







:: mahu berkonvo dengan jayanya untuk 2011 ::

Dec 25, 2010

dewasakah?


Detik demi detik masa yang berlalu kian meninggalkan kesan- kesan dewasa dalam kehidupan seharian. Menghitung putaran waktu bersama pantasnya masa berlari pergi meninggalkan memori terdahulu. Melihat susuk jasad di pantulan cermin, menghitung detik waktu yang berlalu, melihat pantasnya kalendar bertukar tahun,..aku jadi takut sendiri. Takut melihat bayang- bayang sendiri di pantulan cermin, takut melihat kedewasaan akan datang. Takut tersalah lorong dalam memilih jalan kehadapan. Takut melihat yang sudah- sudah itu akan terus berulang untuk masa akan datang dalam kalender harian aku lagi. Takut aku untuk melangkah sebagai seorang dewasa yang lengkap. Mengenang setiap itu, aku jadi tersorok di sudut bilik, memeluk kaki yang rapat ke dada, menunduk wajah menyembam lutut yang merapat bersatu. Bagaimana rupanya aku di pengakhiran untuk semester terakhir di kampus varsiti perdana nanti. Mencongak kiraan bulan yang kian sedikit untuk pengakhiran ini, terasa bagaikan baru semalam terkedek- kedek aku berlari menjengah DTC di minggu orientasi, terhegeh- hegeh mendaftar kursus yang perlu ditunjuk ajar si senior yang budiman, tergaru- garu kepala yang tidak gatal kala tersesat mencari jalan di varsiti sendiri,tersenyum riang tatkala huluran persahabatan kian erat bersatu, biar sahabat, kawan juga teman silih berganti seperti pepatah inggeris "friends and love, come and go". Mengenang yang lepas, tersenyum sendirian bila kemanisan menjengah kotak fikiran, dan yang pahit dan payau masin serta kelat, biar tersimpan kemas sebagai pengajaran di hari kelak. Berhenti dari asyik melihat yang lepas sudah, kini masa merencana yang bakal menjengah. Mencari jalan dan lorong untuk aku bertapak, membina kerjaya serta keluarga. Itu matlamat terkini, juga boleh dilihat sebagai azam untuk tahun yang bakal berganti. Tak payah mengenang yang tidak menghargai, lebih baik menyayang yang mahukan diri. Mencorak kedewasaan sendiri, masih tergapai- gapai sendiri. Bukan mencari tangan untuk perpaut utuh, bukan mencari dahan buat teduhan dihari muka. Hanya ingin terus berpijak di kaki sendiri, berbumbung dan berpanas sendiri tanpa ada yang mengeluh untuk menghulur bantuan meringankan resah. Biar nanti aku pula yang mampu mengurangkan beban buat mereka yang pernah menabur budi.





:: selamat datang 2011 ::

Dec 8, 2010

~ sudah ~



sudah terbiasa untuk tiada kamu
sudah terbiasa untuk hilang kamu
sudah terbiasa untuk sendiri tanpa kamu
sudah terbiasa untuk jauh dari kamu



sudah yakin tiada yakin lagi dari kamu
sudah pasti tiada kepastian lagi dari kamu
sudah rasa tiada rasa lagi dari kamu
sudah lali tiada peduli lagi dari kamu


semakin sudah bisa untuk rasa tiada kamu
semakin sudah bisa untuk hilang kamu
semakin sudah bisa untuk sendirian tiada kamu
semakin sudah bisa berjauhan dari sisi kamu



semakin kamu diam aku sudah kian membisu
semakin kamu jauh aku sudah kian menghilang
semakin kamu bisu aku sudah kian lenyap
semakin kamu hilang aku sudah kian tiada



sudah,
biar sampai disini tawa kita bersama
biar sampai disini rindu kita beria
biar disini kasih kita berdua
biar sampai disini nokhtah ceritera kita


biar sudah senyum tak lagi bertamu
biar sudah tawa tak lagi bersatu
biar sudah cerita tak lagi berlagu
biar sudah segalanya kian berlalu
biarlah yang sudah menjadi kesudahan
aku sudah bisa berkesudahan begini
end of the




:: sudah ::

Dec 7, 2010

~ditinggal, dan meninggalkan cinta~


Sangat tidak indah melalui frasa sedih lagi gundah gulana ini kan? sangat tidak sanggup untuk melalui zaman kegelapan kehilangan rasa indah berbunga- bunga di sanubari seperti selalu- selalunya. Sesungguhnya melalui rasa ini sungguh tidak terbayang ketika cinta sedang diulit bahagia. Namun, mahu tidak mahu ketika manis musim cinta sudah berlalu pergi, yang datang kini ceritera sedih berlagu sayu.


Terlalu biasa dikelilingi dengan insan- insan yang dipenuhi oleh kasih sayang, aku juga selalu dapat rasa dalam setiap kasih sayang dan cinta kalian. Sungguh, aku dapat rasa itu dari senyum simpul kalian, aku dapat lihat indah ceria wajah kamu, aku dapat bayangkan bahagia kalian dari cerita bersama mata nan bercahaya. Sungguh, aku sekali ikut bahagia dengan cerita indah kalian. Aku sekali ikut tersenyum dengan indah mimpi kalian. Aku sekali ikut sama berangan dengan mimpi dan impian keindahan kalian itu. Aku tumpang seronok dengan kisah cinta kalian yang indah tersebut.


Tapi, aku jadi sedih lihat kisah indah kalian berlalu pergi. Aku jadi rindu mendengar gelak tawa saat memperdengarkan aku kisah indah kalian. Aku jadi lebih sedih dari kalian bila menegenang indahnya cinta kalian sebelum kegelapan ini menghampiri. Seboleh mungkin, aku mahu lari jauh- jauh dari dengar kisah mengguris hati ini. Aku mahu berlalu tinggalkan telinga tanpa perlu mendengar lagu sedih sayu kalian. Melalui fasa ditinggalkan dan meninggalkan teramat sangatlah tidak indah. Sangat sukar, sangat sangat tidak mahu.


Namun, bagi yang telah melaluinya, melepasi ujian gelap ini percayalah, akan ada cahaya pelangi muncul menerangi jalan di hadapan. Kadang- kadang hilangnya cinta indah itu, kerana kita akan dikurniakan lagi dengan keindahan yang lebih indah. Kadang- kadang resah jiwa ditinggalkan akan berbaloi bila kita didatangkan dengan yang menenangkan jiwa sanubari. Atau mungkin, bersyukurlah kerana kita pernah melalui zaman kegelapan tersebut buat bekal pengalaman di hujung cerita nanti.


Jangan terus terduduk kaku diam membisu tanpa suara dan rasa bila kegelapan ini menghampiri datang menjengah wajah. Jangan, jangan terus statik tidak mahu tinggalkan zaman kegelapan tersebut. Jangan, jangan, jangan butakan mata tidak melihat cerah warna awan menghias dada langit di masa mendatang. Pelangi indah ada dihadapan, jalan dan terus melihat indah cerah ceria warna pelangi.

selamat datang wahai berat ideal-02#



arghhhh..diari diet kian terancam, tiga hari berturut turut menjamu nasi bersama lauk pauk yang enak mengulit rasa. Huhhh,siapa yang harus dipersalah kan?? menjengguk ke rumah saudara yang menghidangkan nasi, kedatangan ibu yang semestinya menghimpunkan saudara kandung dan pastinya upacara himpunan ini akan diserikan dengan majlis makan-makan yang lazat juga berkrim. dammm!!!!





:: tercalar sudah diari diet aku ::

Dec 1, 2010

~selamat datang wahai berat ideal~


Tiga minggu cuti, berpesta di rumah kakak, di gedung makanan, ditambah kehadiran ibu yang memasak utk setiap waktu- waktu makan dengan menu yang pelbagai ditambah bau yang menyucuk- nyucuk selera, huhhh.....lihat sahaja contoh menu yang disediakan


sarapan: nasi goreng sotong, nasi lemak, mihun / mi goreng, roti canai (beli)cucur udang/ cucur jagung.

mari ke mari sekalian manusia cerita sama aku siapa yang tidak akan terbuka seleranya, ditambah makan seisi keluarga bersama- sama?

mari ke mari sekalian umat gebang sama aku siapa yang tidak terkembang hidung nya sama bau tumis sambal udang atau ikan bilis?


siapa yang tidak terbangun dari tidur dengar hiruk pikuk adik beradik lain menjamu selara bersama, mahu kamu lepaskan peluang seisi keluarga bersama? ohhh tidak, tentu saja bersama mengelilingi ruang makan menyukupkan saf di meja makan.

ok, sekarang tengok semula menu ibu diatas. Nahhh, amik hang, semuanya kolestrol dan mengundang lemak di perut juga betis dan peha. Semuanya berminyak, bergoreng. Jangan salah dengan masakan ibu, memang itu pinta aku untuk dijamu segala kolestrol yang menyelerakan.

huhhh, baru sarapan, belum lagi tengok menu tengahari yang buat along sanggup balik rumah angh hari- hari untuk makan tgahri setiap hari. Gulai tempoyak, ikan sumbat sambal, gulai lemak cili api ketam, kari ayam, asam tumis ikan, dan etc.

mahu tak terbuka segala pintu selera aku?? Nafsu makan pon meronta- ronta untuk sentiasa rasa lapar.




makan, makan dan makan sampai kenyang. Lepas makan golek- golek depan tv tengok chanel 611 cerita hagemaru. Memang moment indah, nanti petang menyusul pula bubur kacang, pisang goreng, lepat ubi, karipap juga donat. Menu serta rancangan tv sudah mampu buat aku makn sambil meniarap. Hurhhh, gila punya buruk perangai.





makan dengan rakus, sambil rebut- rebut sama along, angah juga anjee. Belom lagi ditambah sama abg juga si kakak ipar. Perangai tak cukup makan buat ibu geleng kepala, jadi sukatan beras ditambah agar anak- anak kekenyangan juga mahu lena anak- anak di buai mimpi indah sesudah makan malam bersama menu baru.




tiga minggu berlalu, arghhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!



bulat mata, kembang hidung, capang telinga tengok penimbang. angkat penimbang, ketuk- ketuk sikit. Timbang lagi, erhhh tak berubah. Ni mesti angkara keponakan yang gemar main- main sama timbang hitung kilogram di rumahnya. Guna penimbang lain, timbang lagi dan lagi. Angka jarum penunjuk masih sama. WOwwwwww. Membesar bagaikan juara.







diam sejenak, terpikir mahu jadi seperti gambar di atas. Huhhhh, tidak! Ini satu mimpi ngeri. Dan ini keputusan yang diambil






katakan tidak pada nasi. Perhhh, bukan senang keputusan ini diambil. Mengeletar gelora nafsu makan aku.




mahu kurus, mahu cantik, mahu ramping menawan, tapi bersenam bukan pilihan. Apatah lagi berjoging atau lari2 anak di taman riadah. Arhhh, itu bukan aku. Mengikuti kelas senamrobik semester ini hanya sekadar cukupkan jam credit sahaja. Mahu sengaja terkinja- kinja, melompat- lompat, ohh tidak. Kaki aku sangat elergik jika tersarung kasut sukan. peha jadi gatal- gatal kalau tersarung seluar track.

:: selamat datang wahai berat ideal ::
:: 50 to 44kg ::

Nov 29, 2010

ok fine!





Terpempan, terdiam membisu, terduduk tak berkata, aku saat itu. Sungguh jika itu mahu kamu, sungguh itu pinta kamu? ya, silakan memohonya dari aku kerana aku sangat bisa dan lapang dada memberi apa pinta mu. Sudah aku letih dengan langkah kamu, sudah aku lelah sama ikot rentak mu. Aku penat menari ikot irama kamu. Selamat bebas dari sisi indah aku. Aku mahu kau selalu bahagia juga tenang tanpa aku di ruang susuk kamu. Biar aku di sini, sendiri- sendiri tak berteman kamu. Biar aku tetap disini seorang- seorang tak berpimpin sama kamu. Aku bisa sendiri bila itu mahu kamu. Tapi aku tak bisa biar kau sendiri- sendiri bila itu mahu kamu. Lebih indah bila sendiri- sendiri kita nanti itu tanpa rajuk rengek manja aku merimaskan sisi tenang hendak kamu. Kerana aku tidak bisa lepas bebaskan kamu sendiri- sendiri bila aku masih teguh dibelakang kamu. Aku tidak bisa lihat kamu seorang- seorang sendirian meratap sedih juga hiba bila aku masih ada dalam ruang susuk kamu. Aku akan jadi manusia yang tidak akan tenteram tanpa aku erti akan resah jiwa kamu. Aku akan terus jadi perempuan pendesak untuk faham akan gelora hati kamu. Maaf bila kamu rimas sama rengek manja aku. Maaf bila kamu letih fahami aku resah jiwa kamu. Maaf bila kamu getik lihat rajuk rindu aku sama kamu. Maaf bila aku bukan pejuang suci. Aku juga kamu masih belum di garisan permulaan tapi kita sudah mengangkat bendera putih melaungkan kegagalan untuk keakhiran impian.



:: ok fine ::

Nov 25, 2010

~Hukuman ngeri di dunia~

sekadar perkongsian untuk renungan bersama:

1.) Di ikat untuk dihurungi serangga

hukuman ini bermula pada pemerintahan Parsi Purba. Mula- mula, pesalah yang didapati bersalah itu akan dibogelkan hingga tidak ditutupi waima seurat benang pun. kemudian, tangan, kaki,badan dan kepala akan di ikat pada sebatang papan atau kayu. Setelah itu, pesalah ini akan dibiarkar terapung dalam kolam atau di jemur dibawah terik mentari dalam keadaan menelentang.
Hukuman ini sangat menakutkan kerana sebelum diikat dan dijemur, pesalah terlebih dahulu akan dipaksa menelan susu bersama madu dalam kuantiti yang banyak sehingga memampukan mereka mengalami cirit- birit kronik. Tidak cukup dengan itu, susu dan madu yang sangat berkhasiat itu pada asalnya, turut disapukan ke seluruh anggota badan yang sedia ada bogel itu.
Disebabkan madu dan susu yang dipaksa minum itu, pesalah akan mengalami cirit- birit. ini menyebabkan najis yang bertaburan dan berbau hebat itu berserta aroma indah madu dan susu dengan pantas akan menarik perhatian serangga seperti lalat, lebah, langau, semut, kumbang, tebuan dan yang seangkatan dengan spesis serangga ini. Haiwan- haiwan ini akan dibiarkan menghurung serta menggigit dan menyengat pesalah sesedap rasa mereka. Malah, serangga tersebut dibiarkan bertelur dan bersarang di badan pesalah tersebut. Hukuman diteruskan dengan pesalah sekali lagi diberi minuman susu berserta madu dalam kuantiti yang banyak bagi membolehkan cirit birit dialami dengan lebih kronik. Selain itu, manfaat diberikan susu dan madu tersebut juga adalah kerana agar pesalah tidak mati kebuluran dan dapat melalui hukuman yang diberikan dengan lebih lama dan terseksa.
Walaupun kajian sains mendapati susu dan madu memberi manfaat dan khasiat seperti menambah tenaga. Namun jika diambil dalam kuantiti yang banyak sekali gus, ini akan mengundang cirit- birit dan akhirnya akan mengundang lebih banyak serangga di tubuh pesalah tersebut.
hukuman yang hampir serupa turut dilaksanakan di Sepanyol. Pesalah yang ditangkap akan disumbat di dalam tong yang hanya cukup memuatkan tubuh badan mereka sahaja. Kepala sengaja dibiarkan terjulur pada lubang bahagian atas tong, seterusnya dijemur di tengah- tengah terik mentari. selagi pesalah itu hidup, selagi itulah akan dibiarkan didalam tong terendam bersama najis mereka sendiri dan yang pasti akan mengundang serangga menghurung dan menyengat sehinggalah pesalah terbabit mati.
Di Seberia juga suatu ketika dahulu, seseorang pesalah akan dihukum dalam cara yang hampir sama. Mereka diikat dalam keadaan berbogel pada sebatang pokok lalu dibiarkan mati kebuluran tanpa makan dan minum serta disengat serangga.
2.) Disiat Kulit
Hukuman mengerikan ini telah dijalankan oleh pemerintah Assyria pada tahun 200-600 S.M. Musuh dan para pembesar yang cuba mengkhianati dan memberontak akan ditangkap lalu kulit mereka akan disiat. Hukuman ini sangat mengerikan kerana dilakukan ketika pesalah yang didapati bersalah itu dalam keadaan mereka masih bernyawa dah hidup- hidup. Tubuh pesalah tadi yang telah disiat dan dipenuhi darah akan dibiarkan begitu sahaja malah kulit mereka yang disiat tadi akan di pakukan di dinding sebagai amaran dan pengajaran kepada yang lain.
Hukuman yang sama juga dilakukan di Eropah pada zaman pertengahan sebagai seksaan kepada pembelot. Manakala di Perancis, hukuman seperti ini sudah dilakukan pada awal tahun 1700 lagi.
Di Britain pula, hukuman seperti ini dilakukan terhadap penceroboh gereja. Pada 1303 misalnya, tiga buah pintu biara Pyx telah dipaku dengan kulit penceroboh yang telah ditangkap kerana memecah masuk dan mencuri barang- barang dalam gereja.

3.) Keelhauling

Berasal daripada perkataan Belanda iaitu "kielhalen keel". Caranya, apabila kelasi kapal ditangkap kerana membuat kesalahan berat mereka akan diikat dan kemudian dicampak dilaut sebelum ditarik oleh sebuah bot merentasi kawasan cetek yang mempunyai banyak batu karang di permukaannya. Hukuman ini amat mengerikan kerana ketika pesalah dibenam dan diseret, badannya akan melanggar batu- batu karang yang tajam itu. Ini menyebabkan badan akan luka teruk dan lemas. Hukuman ini dilakukan dalam masa yang cepat dan pantas. Hal ini kerana jika dilakukan dalam keadaan perlahan dikhuatiri pesalah akan terselamat dan dapat mengelak dari terkena batu karang.
Keelhauling ini dilakukan oleh tentera laut Belanda bermula sekitar 1560 hinggalah hukuman ini dihapuskan pada tahun 1853. Tentera Laut Diraja British turut laksanakan hukuman seperti ini bagi membendung kegiatan lanun yang berleluasa ketika itu.




4.) Dibuang Ke Pulau
Kepten atau kelasi kapal yang didapati melakukan kesalahan besar, mereka akan dibuang ke sebuah pulau kecil yang kering kontang, yang tiada apa- apa di pulau itu kecuali pasir. Bekalan yang diberikan sedikit minuman bersama sepucuk pistol untuk membolehkan pesalah membunuh diri sendiri jika mahu. Lanun- lanun di perairan Eropah sekitar abad ke-17 dan abad ke-18, turut melaksanakan hukuman seperti ini tetapi hukuman dilakukan keatas rakan mereka yang didapati mengkhianati mereka.


5.) Hukuman Liwat di Yaman
lihat sahaja gambar tersebut bagaimana hukuman dilakukan keatas seorang tukang gunting rambut yang meliwat seorang kanak- kanak lelaki berusia 11 tahun yang datang ke kedainya untuk menggunting rambut. Setelah meliwat kanak- kanak tersebut, pesalah terlah membunuh dan mengerat- ngerat badan kanak- kanak itu dan membuangnya ke dalam sungai.






:-hukuman ini dilakukan di pasar yang disaksikan oleh rakyat Yaman sendiri.

bagaimana pula hukuman ke atas pesalah di Malaysia jika didapati meliwat kanak- kanak? cukupkah hanya sekadar penjara dan hukum sebat? adil kah perundangan Malaysia?




bagaiman pula akan hukuman terhadap tokoh ini andai dakwaan beliau meliwat bekas setiausahanya,Saiful didapati bersalah??

bagaimana pula dengan hukum bunuh, perkosa, mencuri, dan pelbagai jenayah lain di Malaysia?? cukup setimpalkah hukuman yang dijatuhkan dengan apa yang dilakukan??

sekadar pertanyaan kosong untuk renungan bersama


6.) Hukum Sula




ini pula hukum sula.


AMARAN: ibu mengandung dan kanak- kanak di bawah umur perlukan pengawasan untuk menonton. Jangan tiru aksi ini di rumah



7.) Digantung dalam keadaan kepala ke bawah, dan kaki di ikat keatas


hukuman keatas Tok Janggut, seorang pejuang tanah air

:: bagaimana dengan sebuah negara yang dinamakna negara islam tetapi tidak melaksanakan hukum hudut mengikut syariat islam ::

Nov 23, 2010

~ aku bukan lagi keindahan kamu ~


Mungkin terlalu pantas menganyam janji, mematri ikrar, melafaz sumpah, melakar mimpi indah bersama buat aku jatuh tersungkur bila ianya kian berundur pergi tinggal aku sendiri. Tertinggal lagi aku dengan keindahan ciptaan fantasi. Ceritera keindahan yang kini kian hanyut pergi jauh dari sisi indah aku. Lebih baik ianya pergi tinggal aku bila ceritera ini masih terlalu jauh untuk di lalui. Lebih baik ianya jauh dari sisi bila ceritera indah ini sudah tidak lagi indah buat kamu. Lebih baik ianya hilang dari mimpi indah aku bila ceritera indah ini mula menjadi igauan ngeri di malam hari aku. Aku mungkin bukan lagi keindahan buat kamu. Tanpa kamu sedar atau tidak mahu aku sedar, itulah hakikatnya. Berdiam mungkin jalan terbaik. Membisu pasti akhiran terbaik ceritera indah ini. Kamu mengundur, aku juga mengundur. Kamu hilang, aku juga bisa menghilang. Kamu pergi, aku juga mampu pergi jauh dari mimpi kamu. Kamu bukan di sisi, aku juga bisa ghaib dari sisi kamu. Jika ini mahu kamu, aku bisa menurut apa hendak mu. Maaf bila aku terlalu berhati- hati dalam menjaga hati sendiri.



: : aku bukan lagi keindahan kamu : :

Nov 10, 2010

Anang H & Syahrini - Jangan Memilih Aku ( Video Clip )

~ceritera semalam~



semalam yang lepas


dah pon berlalu




semalam yang lalu


dah pon pergi




semalam yang pergi


dah pon hilang




semalam yang hilang


tak kan kunjung tiba lagi




untuk menjengguk aku di sini


untuk melihat aku di sini


untuk melawat aku di sini


untuk menyapa aku di sini


tika kini dan saat ini


Oct 30, 2010

: : kita makin jauh : :


Diana Azman October 29 at 9:42am
so sad :-'( kamu dah jauh dgn saye, kamu dah xmoh kawn saye lagi...xpelah, mybe sbb sye xcukp untuk sama2 bergandingn sama kamu. xpe, saye faham. mahu liht kamu senyum2 selalu, tapi dari jauh2 je~



Ain Muin October 29 at 9:49am Report
sayanggg, jgn gni..ain slalu igt ayang taw..sblm tdoe setiap malam n setiap kali bgon pg ain slalu igt, ain ade jnji ngn ayang, tp ain x tunaikan lagi...ain sibuk sikit skrg, x sempat lg..ain kelam kabut sket sbb aritu pegi umh taf..so byk keje ttangguh...ain tgh byk masalah skrg, xtaw nk crite kt sape..dulu dekat ngn ayang, skrg da jaoh...huhuuuuu....

Diana Azman October 29 at 9:55am
xpe...saye fahm sgt2 situasi kamu. Bukan sbb janji kamu itu,langsung tak kisah sama mkn2 juga minum2 free itu. Tapi sbb saye sngt rindu sama duduk himpun bersama kamu, mahu bergebang sakan sama2 kamu..itu sahaje. Bukn saye yg jauh sama kamu, bukn juge kamu hilng dari saye,..keadaan dan masa yg kian sedikit ini sudah rampas indah cerita kite...saye fahm~

Ain Muin October 29 at 10:07am Report
terime kasih kerana sentiase mamahami diri ini...saye taw, kamu mmg baik, tp sy tetap akan tunaikan jnji sy itu wlupun saye taw kamu x kisah...saye balik kampung lambat lagi, maybe dekat nk raye baru saye bole balik ss saye terikat dgn projek..kamu berada di UM sampai bila??serius saye sgt rindukan kamoo, naseb baik ade cik mah yg selalu menceritakan tntang kamoo kepada saye..terubat sikitt laa rindu(sy dapat bayangkan kamu
aerobik dgn gewdiknyer di atas pentas)heheheeeee...

Diana Azman October 29 at 10:13am
hahahhaha....sengeh2 bace msj ini sambil air mate bergenang- genang..(ishhh kacau je kan, buat kabur mate je air mate ni) saye mmg mahu sntiase jd terbaik untk kamu. Saye xperlu blik pon ke kg untk berhari raye, cukp raikanye hanye di rantauan..mungkin itu akn lebih indah untuk raye sye nnt. Kmu mungkin boleh fhm kan sbb nye kenape? saye pon slalu tny2 cerite kamu dari cik mah, selalu senyum2 bile beliau sebut2 kisah kamu. Itu sudh cukp buat rndu saye pade kamu terubat. dimana2 saje saye mmg sntiase gedik~ hahahahahah

Ain Muin October 29 at 12:13pm Report
iyer, bukan hanye kamuu, saye juge sentiase dewdik di mane2 saje x kire mase..walau masalah x henti2, kite sentiase senyumm kan...kite bukan jenis yg emo kn....x mcm org lain, slalu nk emo, tarik muncung panjang 5 kaki!!!ishhhhh, rase cm nk sepak jew laju2!!!heheeee...saye mmg mahu bertanyekan hal itu dgn kamu, tp kite xder mase untuk berdua duaan....itulahh yg membataskan...nanti ade mase kite crite2 eaa...xper laaa, kamoo nangis je lau kamu rase sedihhh...saye pon cmtu juge..walaupon masalah saye x sebesar masalah kamu, siang saye hepy2 ngn kwn2, mlm saye nangis sorg...xder sape yg taw kn...kamoo nanges je sayanggg...its okay.....(wahhh, makin panjang luahan hati nih, da cm abstrak thesis nih)hihiiii


ini hanya mungkin rase rindu yang menjadi nada sangat gedik pada yang lain, itu pun kalau ada yang terbaca mesej ini,...hahhahhahaha

biarkan lah kalau ada rasa jelik untuk rasa syahdu ini.
biar tak selalu bersama tetapi ada rasa rapat terlekat sudah,
biar tak serasi bergandingan berfoya-foya di ruang hiburan tapi ada cerita dalam hati sendiri-sendiri,
biar jauh tak terjangkau dek tangan berpimpinana tapi ada jiwa yang dekat di degupan nadi jaluran,
biar ketawa tak pecah bersama, tapi ada tangis sayu seiringan.

maaf mencuri fota kegemaran saya ini tanpa izinan kamu

mengenang gedik jelik riang bersama suatu waktu dulu
: : kita tak pernah jauh : :

Oct 28, 2010

: : DISIPLIN : :



Bukan sedikit harga untuk segulung ijazah idaman hati. Bukan percuma memiliki ijazah impian sanubari. Bukan pula setahun jagung masa diambil bagi memperolehi. Bukan, ini bukan murahan nilainya, ini bukan percuma milikinya, ini bukan sekejapan perolehinya. Tanpa disiplin diri, mana mungkin hajat duniawi ini akan tercapai. Tanpa yang di panggil disiplin ini, berciciranlah cita- cita yang dilaung sedari hingusan.
erhmmm~
Berkata tentang disiplin, aku bukan seorang yang punyai nilai tinggi untuk sebuah yang dinamai disiplin. Aku bukan si penurut perintah, bukan juga si pengikut arahan. Bukan pula si penekur suruhan. Bukan, itu bukan aku. Tanpa tunggu ibu di muka pintu bilik siraman di pagi- pagi persekolahan tidak bersabunlah aku ke sekolah. Tanpa jegil bulat mata abah di papan tulis berkaki empat di anjung rumah, tak siaplah suruhan kerja lebihan cikgu kelas. Tanpa cubit ketam ibu di peha, tak berangkatlah baju di jemuran. Tanpa jentik lentik tangan si kakak, berkumanlah kuku tak bercepit. Tanpa suruh jerit si abang membingit, tak bangun melihat mentarilah aku di hari- hari santai. Tanpa ngongoi tangis si adik, tak penuhlah susu di botol pintanya. Tanpa tengking pekik Ibu, tak berganjaklah aku terkinja- kinja melompat getah di gelanggang permainan. Tanpa rotan di tangan abah, tak berganjaklah aku di dada peti kaca menyaksi detective conan menghurai kisah biar azan bertalu di corong surau. Tanpa getah paip melibas di belakang badan, tak berhafallah sifir buat kekal di ingatan menjawab peperiksaan.
Aku langsung tidak punyai disiplin diri yang kuat. Langsung tak punya aku akan disiplin. Akulah yang pertama di tahan pengawas si balaci di tapak perhimpunan. Akulah anak yang membawa abah menjejak sekolah untuk di beri kaunseling atas salah laku si anak melanggar atur sekolah. Akulah manusia yang tidak mahu dekat dengan apa yang dinamai disiplin. Bukan salah didikan orang tua. Bukan salah tunjuk abang. Bukan buruk laku si kakak. Bukan jelik perangai teman punya angkara. Bukan. Bukan salah mereka.
Memang aku bukan pengikut arahan, memang aku bukan penurut perintah, memang aku bukan pengakur suruhan. Buruk, hodoh, bangang, bongkak, sial, babi, celaka, anjing, beruk, lotong, bebal...katalah aku apa saja lepas munggil bicara kamu semua. Kerana semua itu memang layak untuk aku si pelanggar aturan.
Melepasi usia mentah, melihat sebenar duniawi, melakar impian mendatang. Aku jadi kalut dengan perilaku kendiri, aku jadi resah mengenang buruk laku, menilai tabiat hodoh milik sendiri aku. Andai bukan esok tarikh akhir serah tugasan, berpeleseranlah aku di alam maya menceduk mimpi, berteman syaitanlah aku mengilai tawa berjenaka bodoh di meja- meja hiburan, bersenang lenanglah aku melayani lena yang syahdu di bantal hingga lencun bersama liur yang basi. Huhhh, itulah aku. Tanpa paksa dan suruh yang dinamai arahan, tak berganjaklah aku bagai paku tak berketuk penukul. Statik tak bergerak menyelesaikan yang mahu dipinta.
Diakhir hari terakhir pengkuliahan bagi sesi ini, nahhhh...baru aku disedarkan bab 1 perlu diselesaikan sebelum cuti bermula. Padahal, satu kejadah apapun belum disentuh, belum di usik, belum di kuis, belum di jengah tengok lihat oleh bulat mata milik aku. Bongkak aku hanya melihat sepi kitab- kitab berhabuk di susun rak indah itu. Jangan menangis mengongoi melihat teman sesesi bergaya merakam foto kenangan di puncak dtc. Usah meratap hiba mendengar teman sesesi bergaya mewah menjawat jawatan pegawai di akhiran sebuah pertemuan. Terus lah aku dengan tak punyai disiplin diri. Aragonlah aku dengan tak perlu melihat kejaran masa di belakang seinci cuma. Lepak lah aku di kedai mamak biar dinihari menghimpit pagi, biar berembun ubun- ubun merayau mencari fantasi indah. Biar kan aku begitu. Biar sampai mampus duduk aku itu. Biar sampai celaka hidup aku mendatang. Kerana durjana itu, aku sendiri yang undang. Selamat terus bermaharaja lela kemalasan. Tak payah pergi ke ayat "pendahuluan" wahai si jari montok, teruslah aku bersosial di alam maya.

: : datanglah wahai rajin : :
: : jemput kemari wahai disiplin : :

Oct 27, 2010

: : tunjuki aku jalan Mu : :


Menjenguk ke episod akhir pembelajaran bagi sesi semester ke lima di kampus perdana ini, erhmmm~. Diam tak diam sudah ke lorong hampir akhir rupanya. 14 minggu yang tidak dirasai putaran masanya kian hampir ke penghujung episod. Sayang pula mahu meninggalkan detik- detik akhir ini, pasti ada nada syahdu di akhir garisan andai nanti aku tertoleh menjengguk yang sudah- sudah di masa nanti- nanti. Pasti ada antonasi rindu untuk setiap pengakhiran episod, sama seperti yang lepas- lepas. Mengulangi putaran bermula aku ke kampus unggul di semester lima ini, ada air mata yang mengiringi. Namun ada pula senyum semangat pembawa jalan ke tepian buat aku. Alhamdulillah.

Awal semester dikejutkan dengan gelora dan badai keluarga buat aku terpempan tidak berkata. Terkaku tidak berkutik. Terdiam tanpa suara. Yang ada hanya air mata dan dendam kesumat di jiwa. Arhhhh, mahu aku lari jauh-jauh dari rasa untuk kenang segala macam yang ngeri lalu itu. Mahu aku berjaghaton merentas ombak bergelora. Mahu aku daki bukit meninggalkan duri- duri tajam menusuk kalbu. Kerana bila di seru memori memutarkan ceritera aib itu, pasti pilu pula yang di palu datang menghimpit resah. Bukan mahu tinggalkan amanah juang itu, tapi atas merasakan aku terlalu lemah untuk itu. Hampir aku terduduk tanpa kaki untuk uji Mu itu. Hampir aku terpesong lorong untuk cuba Mu itu. Hampir aku meninggalkan alam kampus untuk duga Mu yang itu. Ya, aku hampir untuk kehilangan impian yang terakam sedari aku mengenal ilmu. Bagai nyawa tak punya roh, bagai tawa tanpa suara, bagai badan tanpa kulit, bagai mulut tanpa lidah, bagai basikal tanpa tayar, bagai helang tanpa sayap aku gagahkan diri melangkah meneruskan juang yang telah separuh ku redah.

Mahu aku biarkan terus rasa pilu itu tanpa nanti akan kunjung menjengah datang. Mahu aku untuk lupakan terus bagaimana rasa pilu itu pernah menapak datang. Mahu ku bakar kotak memori mengenangkan memorial dajal itu. Sudah...aku mahu lupa terus ia. Jangan datang- datang lagi wahai musibah durjana. Jangan kau hampiri lagi wahai pemusnah bahagia. Pergi kau mampus bergolek di lantai neraka. Nyah kau dari sisi indah damai aku. Aku haramkan kau untuk menjengah datang lagi wahai jadah keparat.

diam tanpa kata- kata, pejam mata rapat- rapat, tarik nafas dalam- dalam. Hembus perlahan- lahan.

Biar itu jadi sejarah, biar itu jadi rahsia kita- kita sahaja. Uji Kamu ini sangat hebat untuk seorang aku yang lemah ini. Duga Kamu ini sangat dahsyat untuk seorang aku yang kerdil ini. Cuba Kamu ini sangat goyah untuk seorang aku yang tersangat tidak punya kekuatan ini. Memang aku akan terus terduduk jatuh menyembah bumi andai duga, uji dan cuba Kamu ini aku keseorangan. Namun, Kau kirimkan aku kekuatan jiwa, Kau kirimkan aku pembakar resah, Kau kirimkan aku pendorong fisabilillah. Terima kasih Ya Allah, atas budi Mu itu. Syukur aku untuk di beri oleh Mu keindahan itu.

Bersama pengakhiran untuk sebuah ujian yang maha hebat tamparan buat seisi insan sekeliling, Kau ilhamkan aku sebuah pertemuan indah. Kau kirimkan aku permulaan sebauh perhubungan indah. Terlalu indah hadiah Mu buat insan yang hampir menyalahkan Mu, buat manusia seperti aku yang hampir terpesong dari amar makruf Mu ya Rabb.

Menyusuri lewat 14 minggu ini bersama kiriman Mu itu, aku jadi resah. Aku jadi sasau. Aku jadi malu. Aku jadi ntah apa- apa. Di pertengahan semester ini, kiriman Mu mula menyeru aku untuk rasa yang lebih indah. Mula memberi aku untuk rasa yang kian lupa bagaimana indahnya senyum. Mula beri aku sedikit lorong penyuluh jalan. Mula yakinkan aku akan rasa yang ditinggal pergi aku dulu. Mula tunjukkan aku ada pelangi indah memayungi jalan aku di dada langit biru. Mula beri aku rasa dalam jiwa. Mula hadiahkan rama- rama kecil di kardivaskular aku. Mula beri aku warna- warna indah di setiap pembuluh saraf aku.

kiriman Mu ini terlalu sempurna untuk insan seperti aku. Aku resah untuk sahut seru nya itu. Aku gelisah untuk beri jiwa mintaan nya itu. Aku susah untuk sambut huluran kasih nya itu. Bukan aku tak rasa apa rasanya, bukan aku tak sudi apa pinta nya, bukan aku tak mahu apa mahu nya. Tapi aku tak sanggup untuk tidak mampu beri apa impian nya.

Aku mahu untuk lengkapi nya. Aku mahu untuk sempurnakan nya. Aku mahu jadi sebahagian milik nya. Aku mahu beri untuk semua pinta nya. Aku mahu sahut untuk semua seru nya. Aku mahu sambut untuk semua hulur nya. Aku memang mahu kiriman Mu itu lengkapi jiwa aku ini.

Hingga ke akhir sesi ini, pinta nya, seru nya, hulur nya, masih diam bisu tanpa kata. Masih kaku tanpa suara. Masih statik tanpa arah. Tergantung harapan tanpa tali yang mengikat hati. Biarlah, aku mahu tunggu hingga yakin aku benar pasti kiriman Mu ini tepat buat lengkapi jiwa aku.


: : mohon tunjuki ku jalan Mu : :

Oct 13, 2010

: : tunjukan aku : :

boneca - tunjukan aku

muzik dari jiwa

lagu dari hati

cerita sepurnama

canda dan menangis

belum ku selami

caturan terjadi

lelah di pukul badai

apa mungkin terlerai

oooh ohh oooh...

soalan tersendu

balas hampa bisu

tuhan, tunjuk sesuatu

apa dia yang satu itu?

tunjukkan aku

tunjukkan aku

apa bisa ku cinta

kamu seperti mana

aku dicinta kamu?

aku di jaga kamu?

atau kamu terlalu

indah buat diri ku

beda dari diri ku?

aku pon tak menahu

soalan tersendu

balas hampa bisu

tuhan tunjuk sesuatu

apa dia yang satu itu?

tunjukkan aku

tunjukkan aku

apa bisa ku cinta

kamu seperti mana

aku di cinta kamu

aku di jaga kamu

atau kamu terlalu

indah buat diri ku?

beda dari diri ku

aku pun tak menahu

apa bisa aku ku cinta

kamu seperti mana

aku di cinta kamu

aku di jaga kamu

atau kamu terlalu

indah buat diri ku

beda dari diri ku

aku pun tak menahu3x

apa bisa ku cinta3x

tuhan tunjukkan aku...

: : tunjukkan aku : :

Oct 12, 2010

~MASA TINGGAL SEDIKIT CUMA~



Terasa mahu melompat- lompat, mahu berjoget salsa, berdondang sayang meraikan kemenangan. Meraikan tertewasnya sang malas. Berbaki 3 minggu kuliah, plus 3 lagi minggu cuti (raya haji dan study week), wah aku sudah mensubmit semua asgmnt yang menghimpit pundak minda, membeban segunung batu di bahu. Sekarang sudah boleh berlenggang kangkung ke mid valley setiap minggu- minggu sepi, sudah bisa menerjah one utama buat tontonan cinema yang ditayang, juga mungkin menghabiskan baki akaun di KLCC juga time square, atau mungkin berkejaran di tepian pantai port dikson di malam hari seperti indahnya semester lepas, mungkin jadi bisa gagah memanjat bukit genting highland mencari keriangan , atau juga bersantai di kaki lima central market membuang waktu melihat indahnya kota dengan hanyir ludah pekat, dengan kabus rokok yang kelabu, bersama lolongan manja seni jalanan.



erhmmm,
mahu tarik nafas, memberi ruang oksigen berlegar dengan selesa. biar lapang jiwa, biar suci minda seketika.


owh, lupakan saja niat murni kamu itu. Sebeban amanah masih belom terungkai waima sebaris kosa kata pon lagi. Usah kau berangan mahu berkejaran di pantai idaman, mahu berhilai tawa di kota keriangan, mahu sesakkan minda di seni jalanan, mahu buangkan wang di puncak membeli- belah, mahu berlapang dada menjadi komentar tayangan!!! usah kau berani fikirkan indahnya semua itu!!!


tarik nafas dalam- dalam lagi, dan hembus perlahan- lahan..

sekarang baru sedar diri, baru tunduk ke bumi, baru terkenang beban berguni. Tunduk lah kau di sini, tak payah langut ke langit tinggi. Tunduk sampai lebam mata kau berkata- kata, sampai kepek jari kau menari- nari. Selagi belum terusik bab1, dan bab2 latihan ilmiah itu, jangan kau paling wajah ke dada langit lagi. Faham?




hutan bakau ini baru separuh kau jejak, masih jauh perjalanan kamu, jgn berangan sudah mahu bersenang lenang menganyam mimpi indah di puncak dtc.


belum habis kau jelajah setiap inci sudut khazanah ini, belum kering darah kau diminum sang nyamuk, jangan mimpi mahu memdakap bunga besar bergambar sakan tat kala berakhirnya sesi 2010/2011 nanti ye!!


belum habis hutan berlumpur ni kau lecahkan, belum terpalit selut ke muka, jangan berharap menggengam sebuku ijazah itu ok!!!


belum hitam lubang hidung kau sedut udara indah dalam gua itu, jangan kau tersengeh membangga diri kau pelajar tahun akhir!!!



: : masa kini tinggal sedikit cuma lagi : :

Oct 11, 2010





sentap!!!





bukan kecik hati aku tengok yang kau pamerkan
bukan luluh jantung aku lihat yang kau hebahkan
bukan resah jiwa aku tatap yang kau tayangkan





sumpah
hati aku tak kecik langsung
jantung aku tak luluh langsung
jiwa aku tak resah langsung





lidah aku terkaku
mulut aku menyepi

aku tersentap!!!





maaf bila aku resahkan jiwa kamu
maaf bila aku luluhkan jantung kamu
maaf bila aku kecikan hati kamu


bila aku tak jawab panggil kamu
bila aku tak jawab seru kamu





ini bukan marah
ini bukan rajuk
aku cuma mahu ruang
aku cuma mahu tenang





: : sentap : :


Oct 10, 2010

kau hebat, aku TIDAK!!!!




kau memang hebat,superb bagus,aku tahu semua itu. Ramai lagi yang lain pun tahu akan hebat kau itu, tak perlu kau jaja lagi kisah hebat kau. Memang kau sangat hebat. Disayangi ramai, dikasihi yang terhormat, disenangi rakan dan taulan, mungkin juga kau dihormati yang terhormat. Aku? Aku tak, langsung tak. Aku tak reti nak bermuka- muka, aku memang buat muka taik kalau aku jumpa orang bermuka- muka ni, orang macam kau, kawan- kawan kau yang muka nya bertalam tiga, empat, lima atau juga mungkin enam belas muka di wajah kalian. Hebatkan kalian?? Sumpah, aku kagum sama hebat kau, kau dan kau semua.





tak apa, itu kelebihan kau dan taulan yang sewaktu dengan nya. Aku tak perlu ramai kawan macm kau. Memang bilangan kawan yang sayang aku tak ramai macam kau, entah- entah tak ada waima sezarah pon manusia dalam kampus kebanggaan ini yang mahu kawan aku.Tak apa, yang aku ada ni pon sudah memadai buat aku tumpangkan lelah aku. Kau ada gaya, ada rupa, ada segala yang tak aku miliki. Kau hebat kawan,memang hebat itu layak untuk kau.




ok, aku tahu tajuk tesis aku tak hebat macam kau. Kau punya tajuk memang intelektual, hebat bagai pelajar ph.d. Tak ada sapa yang boleh kalahkan kau, comfirm A nanti untuk kau dan tesis kau. Pasti bangga emak kau kandungkan kau, mendabik dada ayah kau bila kau konvo nanti. Tak macam aku, tajuk tesis aku macam karangan budak darjah dua. Karanagan yang nanti salah kosa katanya. Salah susun barisnya. Yang salah fornt nya. Tak apalah, memang tajuk tu yang aku mampu buat setakat ini. Aku baru budak digree, ijazah pertama. Baru bertatih, itu pun yang perlu di pimpin tangan. Yang perlu diawasi takut tersungkur mencium bumi.




: : ok, aku memang tak hebat pon : :

lelaki macho perlu menangis






siapa kata lelaki macho perlu ketat wajahnya


siapa kata lelaki macho perlu bidang dadanya


siapa kata lelaki macho perlu tinggi egonya


siapa kata lelaki macho tak boleh menangis???





mari, tunjukan aku siapa lelaki macho yang ketat wajahnya,


yang bidang dadanya, yang bongkak lagaknya,


yang tinggi egonya itu yang tak pernah langsung menangis??





tunjukan aku





aku mahu lempang wajah ketat dia


aku mahu tumbuk dada bidang dia


aku mahu terajang semua ego dia





yang aku tahu


yang aku selalu rasa


yang aku tetap harapkan


yang aku inginkan





lelaki macho aku dengan senyum manisnya


lelaki macho aku dengan rendah dirinya;


biar kurus melidi, biar gemuk- gendut memboroi, biar rendah memendek- renek, biar tinggi melangit, tak perlu sebidang dada gagah kalau hati dalam dada gagah itu tidak gagah beri aku untuk rasa bahagia





yang aku cari


yang aku mahu


yang aku tagih





lelaki macho aku dengan tinggi hemah budinya


lelaki macho aku dengan rendah aragonnya





aku mahu tengok tangis wajah mu


aku mahu tatap lautan di muka mu


aku mahu lihat lecah raut mu


aku mahu jengah ribut lekuk mu





itu baru gagah


itu baru wira


itu baru hero


itu baru lelaki macho aku





yang tangis wajah kerana cinta ku


yang berlautan muka kerana kasih ku


yang lecah raut kerana rajuk ku


yang ribut lekuk kerana mahu ku





yang kau palingkan macho mu kerana jiwa ku


yang kau buangkan macho mu kerana jaga ku


yang kau sepikan macho mu kerana indah ku


yang kau hilangkan macho mu kerana rindukan aku





itu baru lelaki macho aku








: : macho kan : :

Oct 6, 2010

~finally~

ini yang kamu angan- angankan




ini yang kamu idam- idamkan


ini yang kamu mahu kan??



ini yang kamu harap-harapkan sangat kan??







nahhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


alamak tak nampak pulak, lindung dek tangan...



jeng






jeng






jeng
.
.
.
.
.
.
.









dah dapat kan?

jom balik


tak payah tampar pipi


tak payah cubit lengan


sakit!!!


memang kamu dah dapat
apa mahu mu




memang kamu dah miliki kehendakmu






memang e72 tu milik kamu sekarang ini
jom balik um
ehhh
jap
jap






model untuk handphone sendiri boleh lah!!!

sangat gedik!!!

dah2

balik la oiiii

ok, sekian terima kasih

: : puas : :