da diana dream's

Oct 12, 2010

~MASA TINGGAL SEDIKIT CUMA~



Terasa mahu melompat- lompat, mahu berjoget salsa, berdondang sayang meraikan kemenangan. Meraikan tertewasnya sang malas. Berbaki 3 minggu kuliah, plus 3 lagi minggu cuti (raya haji dan study week), wah aku sudah mensubmit semua asgmnt yang menghimpit pundak minda, membeban segunung batu di bahu. Sekarang sudah boleh berlenggang kangkung ke mid valley setiap minggu- minggu sepi, sudah bisa menerjah one utama buat tontonan cinema yang ditayang, juga mungkin menghabiskan baki akaun di KLCC juga time square, atau mungkin berkejaran di tepian pantai port dikson di malam hari seperti indahnya semester lepas, mungkin jadi bisa gagah memanjat bukit genting highland mencari keriangan , atau juga bersantai di kaki lima central market membuang waktu melihat indahnya kota dengan hanyir ludah pekat, dengan kabus rokok yang kelabu, bersama lolongan manja seni jalanan.



erhmmm,
mahu tarik nafas, memberi ruang oksigen berlegar dengan selesa. biar lapang jiwa, biar suci minda seketika.


owh, lupakan saja niat murni kamu itu. Sebeban amanah masih belom terungkai waima sebaris kosa kata pon lagi. Usah kau berangan mahu berkejaran di pantai idaman, mahu berhilai tawa di kota keriangan, mahu sesakkan minda di seni jalanan, mahu buangkan wang di puncak membeli- belah, mahu berlapang dada menjadi komentar tayangan!!! usah kau berani fikirkan indahnya semua itu!!!


tarik nafas dalam- dalam lagi, dan hembus perlahan- lahan..

sekarang baru sedar diri, baru tunduk ke bumi, baru terkenang beban berguni. Tunduk lah kau di sini, tak payah langut ke langit tinggi. Tunduk sampai lebam mata kau berkata- kata, sampai kepek jari kau menari- nari. Selagi belum terusik bab1, dan bab2 latihan ilmiah itu, jangan kau paling wajah ke dada langit lagi. Faham?




hutan bakau ini baru separuh kau jejak, masih jauh perjalanan kamu, jgn berangan sudah mahu bersenang lenang menganyam mimpi indah di puncak dtc.


belum habis kau jelajah setiap inci sudut khazanah ini, belum kering darah kau diminum sang nyamuk, jangan mimpi mahu memdakap bunga besar bergambar sakan tat kala berakhirnya sesi 2010/2011 nanti ye!!


belum habis hutan berlumpur ni kau lecahkan, belum terpalit selut ke muka, jangan berharap menggengam sebuku ijazah itu ok!!!


belum hitam lubang hidung kau sedut udara indah dalam gua itu, jangan kau tersengeh membangga diri kau pelajar tahun akhir!!!



: : masa kini tinggal sedikit cuma lagi : :

No comments:

Post a Comment