da diana dream's

Jun 12, 2011

:: Pendoa Tegar ::


Melihat lorong di permulaan jalanan, melihat diri tergapai resah. Masih sama seperti dahulu, sama di permulaan jalanan, sama seperti di persimpangan keliruan, sama juga di akhir ceritera garisan. Masih sama seperti dahulu, indah liku bersama keringat air mata dan tawa bahagia.

Sehingga kini, biar masih lemah iman, masih kurang tauhid kepada yang SATU itu, dan kadang kala masih juga terpesong akidah. Entah dari sudut mana kurang didikan dan asuhan guru agama. Diri sentiasa kurang segalanya. Namun, biar kurang iman di dada, rasa syukur sentiasa bersarang disanubari.

Syukur, menadah tangan menghadap ilahi. Dilahirkan sempurna,punya keluarga sempurna, dan diberi didikan sempurna. Sehingga ada yang melihat lurus dan terus jalan hidup di setiap lorong milik aku, tanpa ada lopak bersama hanyir longkang membusuk. Melihat dari sudut mata kasar, ya. Mengakui kesempurnaan segala milik aku. Tersenyum tanpa perlu paksa dengan sumbing di bibir.

Biar tak miliki otak yang genius, namun masih bisa menjejak kaki ke menara varsiti. Biar tidak punya aset di bursa saham, namun masih ada yang menyayangi. Biar tak miliki wajah setampan Erra Fazira dan bentuk tubuh segagah Fasha Sanda, namun masih ada yang sudi memuji.

Syukur, bila mulai tidak lagi membebani mereka di sekeliling milik aku. Malah, berazam mencurah bakti semampu mungkin buat kesenangan dan kesejahteraan mendatang. Syukur, bila berakhir sessi terakhir pembelajaran, tidak aku perlu menganggur, mengharap duit gaji abah buat membeli pad dikala bulan menjelma. Tak perlu mengharap ehsan along buat membeli seluar idaman hati. Tak perlu menagih simpati angah bila liur meleleh mengidam chicken chop mahupon spageti. Dan ibu, tak perlu lagi bersengkang mata menjahit kebaya mahupun kurung moden tempahan pelanggan buat penuhi selera serakah si anak durjana ini. malah, duit tabung anje tak lagi kontang dipinjam buat topap bulanan.

Namun, memulakan hidup sebagai dewasanya insan tidak semudah angan di bangku sekolah dahulu. Mengorak langkah sebagai dewasanya insan tidak seindah mimpi di malam-malam dingin. Menjalani hidup sebagai dewasanya insan tidak semanis impian si gadis menanti putera idaman berkereta kuda datang melamar.

Pengharapan dalam memulakan perjalanan sebagai seorang dewasanya insan, agar pendoa tegar yang acap mengaminkan kesejahteraan di akhir sujud solat masih terus berdoa untuk aku. Agar jalan dan lorong milik aku masih nampak lurus tanpa adanya lopak bersama pekat becak memercik wajah. Agar lorong jalan hidup disinari kelam cahaya bersama teguhnya iman di dada. Agar diri tidak lagi lemah dalam akidah mencari redha ilahi. Agar hati tidak goyah seperti apa asalnya impian dan cita-cita di hati.

Duhai pendoa tegar, teruslah berdoa dan mengaminkan sejahtera lorong jalan hidup ini. Kerana usaha yang sedikit ini sering ampuh menongkah liku perjalanan bersama doa kalian, wahai pendoa tegar.

:: pendoa tegar ::

Feb 13, 2011

~ arkib oh arkib ~

Ehemm- ehemm, dengan ini pengumuman ingin di buat bahawa aku telah pon melangkah ke arkib negara juga akhirnya, dengan berbaki lagi 2-3 bulan sebagai pelajar University of Malaya. Owhh..kedengaran sangat lah teruk bukan? Pelajar tahun akhir di semester terakhir baru melangkah ke singgahsana arkib yang berlokasi di Jalan Duta tersebut. Rupanya teramatlah dekat dan mudah ke lokasi tersebut dari UM, tak perlu susah- susah mencari jalan, itu pon setelah mendengar penerangan dari Bob. (Tq ya adik bongsu) Terima kasih yang tak terhingga juga pada mak cik guard beruniform biru muda yang lagaknya mengalahkan polis di jalanan. Sekalung bunga penghargaan buat si manis penyambut tetamu yang ramah menerangkan segala kemusykilan dan kegugupan yang dialami. Terima Kasih juga buat seniorita Encik Razali bersama si buah hatinya yang dikasihi, kerana menunjukan arah ke bilik air buat saya walaupon tatkala itu beliau mengatakan "ko ingat muka aku ni muka jamban ke" dengan agak kuat sehingga dipandang- pandang oleh penyelidik lain. lantas, Tutor Madya kesyangan di Jabatan Sejarah Uneversiti Malaya cepat- cepat tutup mulut dengan kedua2 tangannya. Terhambur pula gelak besar aku. Syhhhhh!!!!!. Ok, fine, aku diam, abg Zali pon diam. Jalan terus ke toilet. hahahahhahaha, sangat kelakar, xmoh ckp banyak lgi......opsss sebelum terlupa, tq buat kamu yg menjadi pemandu dan sanggup menunggu diluar ya~
dan ini adalah bukti bahwa aku telahpon melangkah ke arkib Negara Malaysia.
:: bila pula mahu ke FRIM, Kepong ya? ::

Feb 6, 2011

:: cinta baru saya ::

Biar orang kata untuk aku jatuh cinta pada cupcake ini sudah biasa pada lain2 orang, sudah banyak yang jatuh cinta pada comel fizikal dan enak rasanya terlebih dahulu sebelum aku mula jatuh cinta, sudah tidak ada istimewa untuk jatuh cinta pada benda yang sudah terlalu biasa seperti ini kerana terlalu ramai yang cintanya jatuh pada tempat yang sama seperti aku lewat masa kini. Tak mengapalah, untuk kelewatan cinta aku ini dan ini hasil cinta aku yang masih terlalu baru mahu berjinak2 dalam dunia kecomelan cupcake ini. Masih tersangat comot dah terlalu banyak kurang pada design dan coarak yang teramatlah simple memandangkan kekurangan modal mahu mendapatkan kelengkapan nozle yang sempurna.


buat kakak ipar: puan siti nurhazrina

ini hasil pertama sebulan yang lalu




percubaan kedua bersama ibu dan kakak ipar

buat kamu si "chintahati"





:: berusaha cukupkan simpanan buat nozle2 yang baru ::

Jan 26, 2011

:: k.i.T.a ::

Kita yang sedang berusaha memuatrakamkan sepenuh memori indah bersama selagi terdaya. Mahu meninggalkan setiap jejak di setiap sudut varsiti tercinta ini tanpa ada satu inci ruang yang tertinggal. Mahu mencipta seribu satu kenangan buat bekalan tua mendatang. Biar nanti anak- anak kenal setiap satu antara disekeliling kami yang telah lalu itu. Arghhh, nostalgia belum bermula, tapi dah terasa pula aura perpisahan mendatang. Erhmmm...perpisahan itu pasti ada untuk setiap yang dimulakan dengan pertemuan. Tapi biar nanti, perpisahan yang akan tiba hanya untuk beberapa detik waktu sahaja lagi itu penuh warna- warna indah bak pelangi yang menghiasi dada langit sesudah hujan berakhir.












lihatlah....terlalu banyak ceritera yang telah kita cipta bersama, tak terluah dengan bait baris ayat. Seperti kata orang hebat pandai Dr. Siva, "biarkan fakta bercakap sendiri". Jadi, kita biarkan setiap memori yang tercipta dan bakal kita cipta untuk episod nanti- nanti juga berbicara sendiri. Biar nanti, setelah semuanya berlalu, bila album kenangan ini kita selak sendiri- sendiri, bibir mengukir senyuman rindu, biar tak bisa diputarkan kembali untuk setiap yang tercipta namun, indah bukan?? Bila semua indah ini telah pun kita cipta untuk dahulukala. Dan biar nanti, untuk dipuncak apa sekalipun kedudukan kita, di kasta dan status mana sekalipun dimasa depan, walau sudah berbeza lapangan, walau sudah berbalah pendapat, walau sudah tidak sehaluan, walau sudah berlainan parti sekalipun, walau sudah tak berhubungan, namun untuk suatu waktu yang tercipta ini kita pernah menjadi :: K.i .T.a ::
:: selepas ini tugu serta muzium negara bakal kita jelajahi bersama ya ::

Jan 17, 2011

:: bukan siapa-siapa ::


Masa silih berganti,tahun demi tahun bertukar pergi meninggalkan yang sudah-sudah. Melihat ke belakang,merenung ke sisi, menoleh ke bawah,..tiada apa yang ada untuk dibanggakan,untuk dimegah- megahkan sebagai kau manusia yang kian meningkat dewasa yang sudah pon dewasa sebenarnya. Masih ditakuk lama, masa tidak berharta, masih hingusan seperti dulu, masih hijau dalam mengenal hidup, masih kosong dada, masih buta hati, masih bisu hujah, masih kelam malam memanjang. Mencorak nasib di kanvas jalanan, perjudikan takdir hidup duniawi, mengira bintang didada langit yang pekat hitam tak berwajah. Masih jauh perjalanan yang perlu diterokai, masih jauh dan terlalu jauh untuk kau gapai intan permata, penghormatan dan status atasan, aset berjuta menghiasi akaun simpanan.



Aku bukan siapa-siapa untuk mudah mencapai hasrat sanubari. Aku bukan orang berdarjat mahu dilayan bagaikan puteri. Aku bukan siapa- siapa untuk dijaga tatang bagai minyak memenuh. Aku bukan rupawan perlu dikawal bak jelitawan ternama. Aku bukan hartawan, bukan ilmuan, bukan penuh dengan hadis dan riwayat sebagai pedoman. Aku si busuk hati, aku si dajal pemusnah, aku yang hodoh parasrupa, aku si gadis jalanan mengemis lebihan makanan, aku hanya serpihan sisa pandangan, aku yang hina dina tak perlu ditatap mahu diratap bila nyawa tiada dijasad.

Jan 9, 2011

~engkau yang tak pernah aku salahkan~

:: engkau yang tak pernah aku salahkan ::




Salah aku bila aku sukar lafaz maksud hati sendiri
salah aku bila aku ingat engkau erti perasaan hati
salah aku bila aku mohon engkau fahami ekspresi
salah aku bila aku sukar mengerti
salah aku bila aku biar kau tunggu aku sendiri





bukan salah dia bila kini engkau tidak disamping
bukan salah engkau bila aku kini terasing
bukan salah dia bila engkau mula berpaling
bukan salah engkau bila aku mula merunsing
bukan,bukan...
semunya bukan salah engkau juga bukan salah teman baru mu




terima kasih untuk kisah yang seketika
terima kasih untuk indah yang sementara
terima kasih untuk kasih yang bersahaja
terima kasih untuk anganan yang temani malam-malam aku
terima kasih untuk pengajaran hebat yang akan dikenang aku
terima kasih untuk senyum hebat engkau buat aku
terima kasih untuk pernah engkau biar aku pinjam bahu mu
terima kasih untuk cuping telinga yang mendengar resah aku
terima kasih untuk masa- masa yang engkau isi buat temani aku
terima kasih untuk perhubungan yang singkat ini






:: Melangut ke atas. Kira hitung jumlah bintang di dada langit, terkenang ceritera semalam,
sesemester yang sudah. Membelek catatan hati dalam diary merah, buat aku tersenyum mengenang ikhlas jujur dan rendah hati serta tinggi budi pekerti kamu. Hingga mampu menawan aku sekeluarga ::

:: mungkin hadir kamu untuk uji duga hubungan yang sedia ada ::