da diana dream's

Jan 26, 2011

:: k.i.T.a ::

Kita yang sedang berusaha memuatrakamkan sepenuh memori indah bersama selagi terdaya. Mahu meninggalkan setiap jejak di setiap sudut varsiti tercinta ini tanpa ada satu inci ruang yang tertinggal. Mahu mencipta seribu satu kenangan buat bekalan tua mendatang. Biar nanti anak- anak kenal setiap satu antara disekeliling kami yang telah lalu itu. Arghhh, nostalgia belum bermula, tapi dah terasa pula aura perpisahan mendatang. Erhmmm...perpisahan itu pasti ada untuk setiap yang dimulakan dengan pertemuan. Tapi biar nanti, perpisahan yang akan tiba hanya untuk beberapa detik waktu sahaja lagi itu penuh warna- warna indah bak pelangi yang menghiasi dada langit sesudah hujan berakhir.












lihatlah....terlalu banyak ceritera yang telah kita cipta bersama, tak terluah dengan bait baris ayat. Seperti kata orang hebat pandai Dr. Siva, "biarkan fakta bercakap sendiri". Jadi, kita biarkan setiap memori yang tercipta dan bakal kita cipta untuk episod nanti- nanti juga berbicara sendiri. Biar nanti, setelah semuanya berlalu, bila album kenangan ini kita selak sendiri- sendiri, bibir mengukir senyuman rindu, biar tak bisa diputarkan kembali untuk setiap yang tercipta namun, indah bukan?? Bila semua indah ini telah pun kita cipta untuk dahulukala. Dan biar nanti, untuk dipuncak apa sekalipun kedudukan kita, di kasta dan status mana sekalipun dimasa depan, walau sudah berbeza lapangan, walau sudah berbalah pendapat, walau sudah tidak sehaluan, walau sudah berlainan parti sekalipun, walau sudah tak berhubungan, namun untuk suatu waktu yang tercipta ini kita pernah menjadi :: K.i .T.a ::
:: selepas ini tugu serta muzium negara bakal kita jelajahi bersama ya ::

No comments:

Post a Comment