da diana dream's

Dec 31, 2010

~SELAMAT SUDAH 2010,SELAMAT DATANG 2011~

Selamat Sudah 2010
Selamat Datang 2011




Berakhir sudah putaran 365 hari di tahun 2010, kini bermula pula hari pertama untuk 2011. Melalui pahit maung, gundah gulana dan resah desah 2010 telah memberi banyak pengertian. Pergolakan jiwa, semaian kasih sayang, ujian perasaan dan hilangnya kepercayaan menjadikan pengertian yang semakin diertikan kian bermakna untuk bekalan dihadapan kemudian hari nanti. Terima kasih untuk setiap yang telah dilalui, yang telah diberikan, yang telah mendewasakan sedikit demi sedikit pemikiran juga emosi sendiri. Terima kasih untuk di uji dan di duga, segalanya membawa memori yang tak bisa dilupakan. Terima kasih juga untuk yang singgah sebentar dan berlalu pergi, percayalah persinggahan itu juga telah mewarnai lagi coretan kanvas milik aku. Terima kasih kepada yang masih dan sentiasa disisi, yang sentiasa ada untuk setiap duka serta sendu tangis dan esak resah aku. Segalanya buat aku terpaku tak berganjak,mahu sentiasa terus disisi kamu, untuk terus dibelai dan dijaga kamu. Terima kasih untuk yang telah memeriahkan diari 2010 aku.

Untuk insan seperti aku yang tak pernah punya azam, hanya mengharapkan diberi lebih duga agar aku lebih tabah dari sebelum ini, semoga ujian yang akan datang lebih mendewasakan pemikiran serta emosi, semoga yang digenggam masih ditelapak tangan, kukuh, statik tak berganjak tak menghilang seperti yang sudah- sudah. Kepada yang mendoakan kejatuhan dan kemusnahan aku, percayalah doa kalian buat aku makin kuat dan teguh utuh berdiri menongkah gelombang duga. Mereka- mereka yang sentiasa menggenggam jemari tika aku resah, sentiasa menadah tangan mengharapkan kejayaan, sentiasa di sisi dan dibelakang sebagai pemangkin tika aku jatuh tersungkur menyembah bumi, yang sentiasa biarkan aku mengisi kekosongan jiwa...terima kasih atas segalanya.







:: mahu berkonvo dengan jayanya untuk 2011 ::

Dec 25, 2010

dewasakah?


Detik demi detik masa yang berlalu kian meninggalkan kesan- kesan dewasa dalam kehidupan seharian. Menghitung putaran waktu bersama pantasnya masa berlari pergi meninggalkan memori terdahulu. Melihat susuk jasad di pantulan cermin, menghitung detik waktu yang berlalu, melihat pantasnya kalendar bertukar tahun,..aku jadi takut sendiri. Takut melihat bayang- bayang sendiri di pantulan cermin, takut melihat kedewasaan akan datang. Takut tersalah lorong dalam memilih jalan kehadapan. Takut melihat yang sudah- sudah itu akan terus berulang untuk masa akan datang dalam kalender harian aku lagi. Takut aku untuk melangkah sebagai seorang dewasa yang lengkap. Mengenang setiap itu, aku jadi tersorok di sudut bilik, memeluk kaki yang rapat ke dada, menunduk wajah menyembam lutut yang merapat bersatu. Bagaimana rupanya aku di pengakhiran untuk semester terakhir di kampus varsiti perdana nanti. Mencongak kiraan bulan yang kian sedikit untuk pengakhiran ini, terasa bagaikan baru semalam terkedek- kedek aku berlari menjengah DTC di minggu orientasi, terhegeh- hegeh mendaftar kursus yang perlu ditunjuk ajar si senior yang budiman, tergaru- garu kepala yang tidak gatal kala tersesat mencari jalan di varsiti sendiri,tersenyum riang tatkala huluran persahabatan kian erat bersatu, biar sahabat, kawan juga teman silih berganti seperti pepatah inggeris "friends and love, come and go". Mengenang yang lepas, tersenyum sendirian bila kemanisan menjengah kotak fikiran, dan yang pahit dan payau masin serta kelat, biar tersimpan kemas sebagai pengajaran di hari kelak. Berhenti dari asyik melihat yang lepas sudah, kini masa merencana yang bakal menjengah. Mencari jalan dan lorong untuk aku bertapak, membina kerjaya serta keluarga. Itu matlamat terkini, juga boleh dilihat sebagai azam untuk tahun yang bakal berganti. Tak payah mengenang yang tidak menghargai, lebih baik menyayang yang mahukan diri. Mencorak kedewasaan sendiri, masih tergapai- gapai sendiri. Bukan mencari tangan untuk perpaut utuh, bukan mencari dahan buat teduhan dihari muka. Hanya ingin terus berpijak di kaki sendiri, berbumbung dan berpanas sendiri tanpa ada yang mengeluh untuk menghulur bantuan meringankan resah. Biar nanti aku pula yang mampu mengurangkan beban buat mereka yang pernah menabur budi.





:: selamat datang 2011 ::

Dec 8, 2010

~ sudah ~



sudah terbiasa untuk tiada kamu
sudah terbiasa untuk hilang kamu
sudah terbiasa untuk sendiri tanpa kamu
sudah terbiasa untuk jauh dari kamu



sudah yakin tiada yakin lagi dari kamu
sudah pasti tiada kepastian lagi dari kamu
sudah rasa tiada rasa lagi dari kamu
sudah lali tiada peduli lagi dari kamu


semakin sudah bisa untuk rasa tiada kamu
semakin sudah bisa untuk hilang kamu
semakin sudah bisa untuk sendirian tiada kamu
semakin sudah bisa berjauhan dari sisi kamu



semakin kamu diam aku sudah kian membisu
semakin kamu jauh aku sudah kian menghilang
semakin kamu bisu aku sudah kian lenyap
semakin kamu hilang aku sudah kian tiada



sudah,
biar sampai disini tawa kita bersama
biar sampai disini rindu kita beria
biar disini kasih kita berdua
biar sampai disini nokhtah ceritera kita


biar sudah senyum tak lagi bertamu
biar sudah tawa tak lagi bersatu
biar sudah cerita tak lagi berlagu
biar sudah segalanya kian berlalu
biarlah yang sudah menjadi kesudahan
aku sudah bisa berkesudahan begini
end of the




:: sudah ::

Dec 7, 2010

~ditinggal, dan meninggalkan cinta~


Sangat tidak indah melalui frasa sedih lagi gundah gulana ini kan? sangat tidak sanggup untuk melalui zaman kegelapan kehilangan rasa indah berbunga- bunga di sanubari seperti selalu- selalunya. Sesungguhnya melalui rasa ini sungguh tidak terbayang ketika cinta sedang diulit bahagia. Namun, mahu tidak mahu ketika manis musim cinta sudah berlalu pergi, yang datang kini ceritera sedih berlagu sayu.


Terlalu biasa dikelilingi dengan insan- insan yang dipenuhi oleh kasih sayang, aku juga selalu dapat rasa dalam setiap kasih sayang dan cinta kalian. Sungguh, aku dapat rasa itu dari senyum simpul kalian, aku dapat lihat indah ceria wajah kamu, aku dapat bayangkan bahagia kalian dari cerita bersama mata nan bercahaya. Sungguh, aku sekali ikut bahagia dengan cerita indah kalian. Aku sekali ikut tersenyum dengan indah mimpi kalian. Aku sekali ikut sama berangan dengan mimpi dan impian keindahan kalian itu. Aku tumpang seronok dengan kisah cinta kalian yang indah tersebut.


Tapi, aku jadi sedih lihat kisah indah kalian berlalu pergi. Aku jadi rindu mendengar gelak tawa saat memperdengarkan aku kisah indah kalian. Aku jadi lebih sedih dari kalian bila menegenang indahnya cinta kalian sebelum kegelapan ini menghampiri. Seboleh mungkin, aku mahu lari jauh- jauh dari dengar kisah mengguris hati ini. Aku mahu berlalu tinggalkan telinga tanpa perlu mendengar lagu sedih sayu kalian. Melalui fasa ditinggalkan dan meninggalkan teramat sangatlah tidak indah. Sangat sukar, sangat sangat tidak mahu.


Namun, bagi yang telah melaluinya, melepasi ujian gelap ini percayalah, akan ada cahaya pelangi muncul menerangi jalan di hadapan. Kadang- kadang hilangnya cinta indah itu, kerana kita akan dikurniakan lagi dengan keindahan yang lebih indah. Kadang- kadang resah jiwa ditinggalkan akan berbaloi bila kita didatangkan dengan yang menenangkan jiwa sanubari. Atau mungkin, bersyukurlah kerana kita pernah melalui zaman kegelapan tersebut buat bekal pengalaman di hujung cerita nanti.


Jangan terus terduduk kaku diam membisu tanpa suara dan rasa bila kegelapan ini menghampiri datang menjengah wajah. Jangan, jangan terus statik tidak mahu tinggalkan zaman kegelapan tersebut. Jangan, jangan, jangan butakan mata tidak melihat cerah warna awan menghias dada langit di masa mendatang. Pelangi indah ada dihadapan, jalan dan terus melihat indah cerah ceria warna pelangi.

selamat datang wahai berat ideal-02#



arghhhh..diari diet kian terancam, tiga hari berturut turut menjamu nasi bersama lauk pauk yang enak mengulit rasa. Huhhh,siapa yang harus dipersalah kan?? menjengguk ke rumah saudara yang menghidangkan nasi, kedatangan ibu yang semestinya menghimpunkan saudara kandung dan pastinya upacara himpunan ini akan diserikan dengan majlis makan-makan yang lazat juga berkrim. dammm!!!!





:: tercalar sudah diari diet aku ::

Dec 1, 2010

~selamat datang wahai berat ideal~


Tiga minggu cuti, berpesta di rumah kakak, di gedung makanan, ditambah kehadiran ibu yang memasak utk setiap waktu- waktu makan dengan menu yang pelbagai ditambah bau yang menyucuk- nyucuk selera, huhhh.....lihat sahaja contoh menu yang disediakan


sarapan: nasi goreng sotong, nasi lemak, mihun / mi goreng, roti canai (beli)cucur udang/ cucur jagung.

mari ke mari sekalian manusia cerita sama aku siapa yang tidak akan terbuka seleranya, ditambah makan seisi keluarga bersama- sama?

mari ke mari sekalian umat gebang sama aku siapa yang tidak terkembang hidung nya sama bau tumis sambal udang atau ikan bilis?


siapa yang tidak terbangun dari tidur dengar hiruk pikuk adik beradik lain menjamu selara bersama, mahu kamu lepaskan peluang seisi keluarga bersama? ohhh tidak, tentu saja bersama mengelilingi ruang makan menyukupkan saf di meja makan.

ok, sekarang tengok semula menu ibu diatas. Nahhh, amik hang, semuanya kolestrol dan mengundang lemak di perut juga betis dan peha. Semuanya berminyak, bergoreng. Jangan salah dengan masakan ibu, memang itu pinta aku untuk dijamu segala kolestrol yang menyelerakan.

huhhh, baru sarapan, belum lagi tengok menu tengahari yang buat along sanggup balik rumah angh hari- hari untuk makan tgahri setiap hari. Gulai tempoyak, ikan sumbat sambal, gulai lemak cili api ketam, kari ayam, asam tumis ikan, dan etc.

mahu tak terbuka segala pintu selera aku?? Nafsu makan pon meronta- ronta untuk sentiasa rasa lapar.




makan, makan dan makan sampai kenyang. Lepas makan golek- golek depan tv tengok chanel 611 cerita hagemaru. Memang moment indah, nanti petang menyusul pula bubur kacang, pisang goreng, lepat ubi, karipap juga donat. Menu serta rancangan tv sudah mampu buat aku makn sambil meniarap. Hurhhh, gila punya buruk perangai.





makan dengan rakus, sambil rebut- rebut sama along, angah juga anjee. Belom lagi ditambah sama abg juga si kakak ipar. Perangai tak cukup makan buat ibu geleng kepala, jadi sukatan beras ditambah agar anak- anak kekenyangan juga mahu lena anak- anak di buai mimpi indah sesudah makan malam bersama menu baru.




tiga minggu berlalu, arghhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!



bulat mata, kembang hidung, capang telinga tengok penimbang. angkat penimbang, ketuk- ketuk sikit. Timbang lagi, erhhh tak berubah. Ni mesti angkara keponakan yang gemar main- main sama timbang hitung kilogram di rumahnya. Guna penimbang lain, timbang lagi dan lagi. Angka jarum penunjuk masih sama. WOwwwwww. Membesar bagaikan juara.







diam sejenak, terpikir mahu jadi seperti gambar di atas. Huhhhh, tidak! Ini satu mimpi ngeri. Dan ini keputusan yang diambil






katakan tidak pada nasi. Perhhh, bukan senang keputusan ini diambil. Mengeletar gelora nafsu makan aku.




mahu kurus, mahu cantik, mahu ramping menawan, tapi bersenam bukan pilihan. Apatah lagi berjoging atau lari2 anak di taman riadah. Arhhh, itu bukan aku. Mengikuti kelas senamrobik semester ini hanya sekadar cukupkan jam credit sahaja. Mahu sengaja terkinja- kinja, melompat- lompat, ohh tidak. Kaki aku sangat elergik jika tersarung kasut sukan. peha jadi gatal- gatal kalau tersarung seluar track.

:: selamat datang wahai berat ideal ::
:: 50 to 44kg ::