da diana dream's

Sep 28, 2010

keperluan & keinginan






"keperluan yang terhad, mengatasi keinginan yang tidak terhad"





itu perkara pertama yang aku belajar tentang ekonomi asas waktu ting. 4 dulu dan aku masih ingat sampai detik ini.




sebetulnya keperluan yang sepatutnya aku perlukan sememangnya sudah mencukupi. dikurniakan keluarga yang lengkap, punyai abah, ibu, abang, kakak dan adik. aku dikira antara yang bertuah kerana punya semua ini, tak seperti anak tunggal yang keseorangan, tidak seperti anak sulung yang tak punya abang dan kakak tempat mengadu, tak seperti si bongsu yang tak punya adik buat peneman bermain. bertuahkan aku?? kasih sayang kalian sudah melimpah ruah buat santapan aku, terima kasih ya.




aku punya teman yang sentiasa disisi, tika tangis dan gembira. tika susah dan senang, tika sibuk dan lapang, tika sunyi dan damai, tika badai dan gelora datang menghimpit, tika kesempitan dan segalanya. aku tetap punya teman yang sentiasa di sisi. thanks a lot babe!




aku punya cukup segalanya dalam kehidupan, berdirinya aku dalam usia 22 tahun ini, aku di isi dengan didikan yang cukup, pelajaran yang sempurna, malah melihat mereka yang tak punya apa yang aku miliki aku jatuh kasihan. mungkin ini takdir aku, dilimpahi nikmat yang indah. aku punya semua.




cukup segala keperluan aku sebagi manusia




keinginan yang tidak terhad aku telah mengatasi rasa syukur. punah segala didikan dan asuhan milik aku. sering meminta- minta untuk di kurniakan lebih apa yang telah aku miliki. bangga punyai keluarga yang sempurna, nahhh aku dihimpit gelora kasih beralih arah. seluruh anggota berhimpun mencari penyelesaian yang tak kunjung tiba. menangis, meratap mencari salah dan silap. ya, aku bukan berpegang pada fahaman liberal sepenuhnya yang mampu terima berlaku perkongsian kasih. tak rela diri andai kasih itu beralih arah. terasa bagai tak lagi diperlukan, bagai tak lagi punya kepentingan. resah aku dengan situasi ini.




punya abang dan kakak yang sentiasa disisi menemani malam- malam gelap sedari kecil. menjadi teman bermain. mendampingi di kiri dan kanan ku, menjadi pengawal keselamatan ku sedari lahir. namun kini, menjadikan aku cemburu melihat mereka dipimpin dan memimpin tangan pasangan masing- masing. mula menjarak atau hanya aku yang merasakan jarak dan sempadan yang sedang berlegar. tamak nya aku masih mahu dipimpin bergandingan bersama mereka lagi. tak puas kah aku disisi kalian sedari kecil. mengapa ada rasa iri hati ini?




punya teman yang sentiasa disisi. sentiasa menguatkan diri disaat lemah tersungkur. sering aku panjatkan doa agar dikau temui kebahagian setimpal dengan kebaikan peri laku mu. alhamdulillah, kamu sudah temui cahaya indah milik kamu. aku bersyukur, tapi kini hati sering pula merasakan kita tidak lagi punya cukup waktu bersama.




punya cinta yang satu, yang sentiasa melengkapkan setiap inci kekurangan diri. dan kini, memberi ruang untuk rasa kedua mengambil tempat di hati. membiarkan keduanya bersaing merebut takhta di sanubari. tamaknya aku, kejamnya aku. mempersenda cinta mereka. bukan, aku bukan mainkan jiwa mereka. aku mencari keserasian antara kalian.




apa sebenarnya mahu aku ya??




tidak bersyukurkah aku??








: : dah punya digital kamera, skrg mahu pula nikon 300 D : :


: : dah punya n73 dan samsung, mahu pula nokia e72 : :




hasrat, keinginan dan impian sanubari~

ada apa2 part tym job x??
yg gajinye nnt boleh aku beli
this gajet???










hasrat,





keinginan,





dan





impian sanubari




Sep 21, 2010

akhirnya~

dilahirkan untuk tidak mungkin manggapai impian dengan tanpa berusaha terlebih dahulu sudah cukup mendewasakan dan mematngkan. memiliki impian untuk punya sesuatu memerlukan usaha yang bukan sedikit kerana diri bukan dilahirkan dalam dulang emas mahupon tuah yang memihak. mahu milikinya sedari semester lepas lagi, namun hasrat hati terpaksa ditangguhkan berikutan keperluan diri lebih memerlukan si manis pink_blacky yang bisa memudahkan urusan perjalanan serta perjalanan seharian. terkenang pembelajaran ekonomi asas ketika di tahap menengah atas yang lalu menjadikan diri mengamalkan prinsip mendahului perkara yang penting terlebih dahulu. namun, impian hati tetap menjerit minta dituruti. akhirnya, atas keinginan yang menggunung berserta sedikit usaha, impian tersebut terlaksana jua~


akhirnye~