da diana dream's

Dec 30, 2009

setelah 7 tahun + 3 tahun ini.....

selepas mengemaskini jadual kuliah utk sem ini, sambil bersms dgn mr. gem...
melihat tarikh di calender comey ku...
huhuhu....
sebenarnya sudh semakin bnyk masa yg diluangkan dalm perhubungan yang tidak dijangkakan ini
sudah agak panjang perjalann yang mengasyikan ini
sudah semakin lewat jumlah hari yang dilalui...

yups...
mengenali mr. gem di usia kanak-kanak,
melepasi alam anak- anak hinusan bersama yang lain
melayari awal remaja yang menyeronokan
dan akhirnya...
setelah
beberapa ketika tidak bersua wajah dan berita...

tiba- tiba...
hati kau dan aku sama-sama
dialun resah
dipukul rindu
di imbau nostalgia
dan
kamu memandang aku sambil tersenyum
senyuman yg tidak pernah aku lihat semanis dan seindah itu walau sudah hampir 7tahun mengenal nakal mu
mengenal jahat mu
mengenal buruk mu
mengenal jelik mu
mengenal hodoh mu
mengenal hitam pekat wajah mu...

*senyum sorang2 bila teringt saat ini*

pelik
hairan
musykil

kenapa ya?
bgaimana ni?
bila pulak ianya berlagu riang dalam hati ini?

entah!!!!

yang hairan,
aku terus mengangguk setuju menjadi sebahagian antara kamu
menyambut huluran kasih sahabat yang kini bertukar menjadi sayang si adam kepada hawanya
menyatakan untuk sama-sama mencuba mengenali kejadian mu yang sebenar

ahhhh....
kelakar plak pk2 blik

disaat itu
sehinggalah 3 tahun ini...

menjangkau seabad perhubungan indah
persahabatan yang menjdi perhubungan hati yang indah
gelak tawa riang di sungai bermandi manda menjadi senyum rindu dendam melihat bulan nan indah
melihat tingginya bintang di dada langit nan indah

sungguhhhhh

aku sendiri tidak menyangkakan sejauh ini perhubungan kita sayang..
sejauh ini sudah kita rentas
sehebat ini sudah kita lalui
seindah ini sudah kita tempoh
sehangat ini asmara indah
ahhhh....

*aku jadi malu*

namun
sejuta kesyukuran aku panjatkan
kepada MU kerana memberikan aku kesempatan merasai
nikmat dan bahagia disayangi dan menyayangi

tempoh enam bulan terpisah jasad darimu setelah meletakan hati mu dalam hatiku
benar-benar mendewasakan kita sayang
benar-benar mematangkan kita
benar-benar mengajar aku erti rindu

sungguh
aku rindu kamu saat itu
aku jadi panasaran tanpa berita mu
aku jadi lemah tanpa suara mu
aku jadi lembik tanpa sokongan mu
aku jadi hilang arah tanpa jasad mu

ahhhh
sekejap saja masa berlalu kan sayang???
aku tahu engkau jua rindu aku
rindu dengan comot wajah ku
rindu dengan rengek manja ku
rindu dengan keras batu kepala ku
rindu dengan rajuk buruk ku

tapi kau terpaksa tinggalkan ketika aku mahu berjihad menghadapi peperiksaan
kerana kamu juga sedang berperang dengan masa depan kita bersama

akhirnya
bersama rindu kita ini
aku dengan keputusan cemerlang yang melayakan aku ke menara gading
kamu dengan kerjaya idaman mu

hebatkan kita??
handalkan kita??
baguskan kita??

semoga hari2 dan tahun yang keseterusnya menjadikan kita semakin dan lebih
hebat
handal
bagus



selamat ulang tahun sayang~