da diana dream's

Oct 27, 2010

: : tunjuki aku jalan Mu : :


Menjenguk ke episod akhir pembelajaran bagi sesi semester ke lima di kampus perdana ini, erhmmm~. Diam tak diam sudah ke lorong hampir akhir rupanya. 14 minggu yang tidak dirasai putaran masanya kian hampir ke penghujung episod. Sayang pula mahu meninggalkan detik- detik akhir ini, pasti ada nada syahdu di akhir garisan andai nanti aku tertoleh menjengguk yang sudah- sudah di masa nanti- nanti. Pasti ada antonasi rindu untuk setiap pengakhiran episod, sama seperti yang lepas- lepas. Mengulangi putaran bermula aku ke kampus unggul di semester lima ini, ada air mata yang mengiringi. Namun ada pula senyum semangat pembawa jalan ke tepian buat aku. Alhamdulillah.

Awal semester dikejutkan dengan gelora dan badai keluarga buat aku terpempan tidak berkata. Terkaku tidak berkutik. Terdiam tanpa suara. Yang ada hanya air mata dan dendam kesumat di jiwa. Arhhhh, mahu aku lari jauh-jauh dari rasa untuk kenang segala macam yang ngeri lalu itu. Mahu aku berjaghaton merentas ombak bergelora. Mahu aku daki bukit meninggalkan duri- duri tajam menusuk kalbu. Kerana bila di seru memori memutarkan ceritera aib itu, pasti pilu pula yang di palu datang menghimpit resah. Bukan mahu tinggalkan amanah juang itu, tapi atas merasakan aku terlalu lemah untuk itu. Hampir aku terduduk tanpa kaki untuk uji Mu itu. Hampir aku terpesong lorong untuk cuba Mu itu. Hampir aku meninggalkan alam kampus untuk duga Mu yang itu. Ya, aku hampir untuk kehilangan impian yang terakam sedari aku mengenal ilmu. Bagai nyawa tak punya roh, bagai tawa tanpa suara, bagai badan tanpa kulit, bagai mulut tanpa lidah, bagai basikal tanpa tayar, bagai helang tanpa sayap aku gagahkan diri melangkah meneruskan juang yang telah separuh ku redah.

Mahu aku biarkan terus rasa pilu itu tanpa nanti akan kunjung menjengah datang. Mahu aku untuk lupakan terus bagaimana rasa pilu itu pernah menapak datang. Mahu ku bakar kotak memori mengenangkan memorial dajal itu. Sudah...aku mahu lupa terus ia. Jangan datang- datang lagi wahai musibah durjana. Jangan kau hampiri lagi wahai pemusnah bahagia. Pergi kau mampus bergolek di lantai neraka. Nyah kau dari sisi indah damai aku. Aku haramkan kau untuk menjengah datang lagi wahai jadah keparat.

diam tanpa kata- kata, pejam mata rapat- rapat, tarik nafas dalam- dalam. Hembus perlahan- lahan.

Biar itu jadi sejarah, biar itu jadi rahsia kita- kita sahaja. Uji Kamu ini sangat hebat untuk seorang aku yang lemah ini. Duga Kamu ini sangat dahsyat untuk seorang aku yang kerdil ini. Cuba Kamu ini sangat goyah untuk seorang aku yang tersangat tidak punya kekuatan ini. Memang aku akan terus terduduk jatuh menyembah bumi andai duga, uji dan cuba Kamu ini aku keseorangan. Namun, Kau kirimkan aku kekuatan jiwa, Kau kirimkan aku pembakar resah, Kau kirimkan aku pendorong fisabilillah. Terima kasih Ya Allah, atas budi Mu itu. Syukur aku untuk di beri oleh Mu keindahan itu.

Bersama pengakhiran untuk sebuah ujian yang maha hebat tamparan buat seisi insan sekeliling, Kau ilhamkan aku sebuah pertemuan indah. Kau kirimkan aku permulaan sebauh perhubungan indah. Terlalu indah hadiah Mu buat insan yang hampir menyalahkan Mu, buat manusia seperti aku yang hampir terpesong dari amar makruf Mu ya Rabb.

Menyusuri lewat 14 minggu ini bersama kiriman Mu itu, aku jadi resah. Aku jadi sasau. Aku jadi malu. Aku jadi ntah apa- apa. Di pertengahan semester ini, kiriman Mu mula menyeru aku untuk rasa yang lebih indah. Mula memberi aku untuk rasa yang kian lupa bagaimana indahnya senyum. Mula beri aku sedikit lorong penyuluh jalan. Mula yakinkan aku akan rasa yang ditinggal pergi aku dulu. Mula tunjukkan aku ada pelangi indah memayungi jalan aku di dada langit biru. Mula beri aku rasa dalam jiwa. Mula hadiahkan rama- rama kecil di kardivaskular aku. Mula beri aku warna- warna indah di setiap pembuluh saraf aku.

kiriman Mu ini terlalu sempurna untuk insan seperti aku. Aku resah untuk sahut seru nya itu. Aku gelisah untuk beri jiwa mintaan nya itu. Aku susah untuk sambut huluran kasih nya itu. Bukan aku tak rasa apa rasanya, bukan aku tak sudi apa pinta nya, bukan aku tak mahu apa mahu nya. Tapi aku tak sanggup untuk tidak mampu beri apa impian nya.

Aku mahu untuk lengkapi nya. Aku mahu untuk sempurnakan nya. Aku mahu jadi sebahagian milik nya. Aku mahu beri untuk semua pinta nya. Aku mahu sahut untuk semua seru nya. Aku mahu sambut untuk semua hulur nya. Aku memang mahu kiriman Mu itu lengkapi jiwa aku ini.

Hingga ke akhir sesi ini, pinta nya, seru nya, hulur nya, masih diam bisu tanpa kata. Masih kaku tanpa suara. Masih statik tanpa arah. Tergantung harapan tanpa tali yang mengikat hati. Biarlah, aku mahu tunggu hingga yakin aku benar pasti kiriman Mu ini tepat buat lengkapi jiwa aku.


: : mohon tunjuki ku jalan Mu : :

No comments:

Post a Comment