:: engkau yang tak pernah aku salahkan ::
:: mungkin hadir kamu untuk uji duga hubungan yang sedia ada ::
:: engkau yang tak pernah aku salahkan ::
Berakhir sudah putaran 365 hari di tahun 2010, kini bermula pula hari pertama untuk 2011. Melalui pahit maung, gundah gulana dan resah desah 2010 telah memberi banyak pengertian. Pergolakan jiwa, semaian kasih sayang, ujian perasaan dan hilangnya kepercayaan menjadikan pengertian yang semakin diertikan kian bermakna untuk bekalan dihadapan kemudian hari nanti. Terima kasih untuk setiap yang telah dilalui, yang telah diberikan, yang telah mendewasakan sedikit demi sedikit pemikiran juga emosi sendiri. Terima kasih untuk di uji dan di duga, segalanya membawa memori yang tak bisa dilupakan. Terima kasih juga untuk yang singgah sebentar dan berlalu pergi, percayalah persinggahan itu juga telah mewarnai lagi coretan kanvas milik aku. Terima kasih kepada yang masih dan sentiasa disisi, yang sentiasa ada untuk setiap duka serta sendu tangis dan esak resah aku. Segalanya buat aku terpaku tak berganjak,mahu sentiasa terus disisi kamu, untuk terus dibelai dan dijaga kamu. Terima kasih untuk yang telah memeriahkan diari 2010 aku.
Untuk insan seperti aku yang tak pernah punya azam, hanya mengharapkan diberi lebih duga agar aku lebih tabah dari sebelum ini, semoga ujian yang akan datang lebih mendewasakan pemikiran serta emosi, semoga yang digenggam masih ditelapak tangan, kukuh, statik tak berganjak tak menghilang seperti yang sudah- sudah. Kepada yang mendoakan kejatuhan dan kemusnahan aku, percayalah doa kalian buat aku makin kuat dan teguh utuh berdiri menongkah gelombang duga. Mereka- mereka yang sentiasa menggenggam jemari tika aku resah, sentiasa menadah tangan mengharapkan kejayaan, sentiasa di sisi dan dibelakang sebagai pemangkin tika aku jatuh tersungkur menyembah bumi, yang sentiasa biarkan aku mengisi kekosongan jiwa...terima kasih atas segalanya.
sarapan: nasi goreng sotong, nasi lemak, mihun / mi goreng, roti canai (beli)cucur udang/ cucur jagung.
mari ke mari sekalian manusia cerita sama aku siapa yang tidak akan terbuka seleranya, ditambah makan seisi keluarga bersama- sama?
mahu tak terbuka segala pintu selera aku?? Nafsu makan pon meronta- ronta untuk sentiasa rasa lapar.
makan, makan dan makan sampai kenyang. Lepas makan golek- golek depan tv tengok chanel 611 cerita hagemaru. Memang moment indah, nanti petang menyusul pula bubur kacang, pisang goreng, lepat ubi, karipap juga donat. Menu serta rancangan tv sudah mampu buat aku makn sambil meniarap. Hurhhh, gila punya buruk perangai.
makan dengan rakus, sambil rebut- rebut sama along, angah juga anjee. Belom lagi ditambah sama abg juga si kakak ipar. Perangai tak cukup makan buat ibu geleng kepala, jadi sukatan beras ditambah agar anak- anak kekenyangan juga mahu lena anak- anak di buai mimpi indah sesudah makan malam bersama menu baru.