da diana dream's

Apr 14, 2010

CINTA KALIAN YANG KU RASAKAN BODAH

cinta itu satu anugerah
cintu itu perasaan indah yang sukar digambarkan
keasyikannya
kenyamanannya

aku juga pernah dan sedang melaluinya...

tapi kenapa ya???
kerana cinta banyak manusia jadi bodah??
kenapa tidak disimpan kebodohan diri itu dalam almari dapor sahaja?
kenapa tidak dibiar kebangangan diri itu dalam peti ais sahaja?

huh.....
semakin hari, melepasi alam riang kanak-kanak, melangkaui keindahan zaman remaja dan kini meniti usia kedewasaan...
sungguh!!!
aku penat melihat cinta BODOH kamu dan kamu itu
bukan aku mahu salahkan perasaan qudus kurniain ALLAH SWT itu,
bukan aku mahu menghukum pemilik cinta indah itu.
bukan...
bukan itu niat aku...

ini hanya kerana melihat dan mendengar kisah cinta bodoh kamu, kamu dan kamu itu menjadikan aku bengang, geram, benci dan meluat untuk terus mendengar kisah bodoh kamu...


kes pertama

kawan baik aku,
dari sekolah rendah,
seorang kawan yang selalu melindungi aku dahulu,
sekarang bekerja dalam perkhidmatan awam,
bangga aku melihat sesusuk tubuh nya dengan unifom idaman beliau dari dahulu lagi,
punya teman lelaki yang tidak bekerja,
sebaya,
juga kenalan aku,
bayangkan...
duit gajinya di guna untuk menyara si durjana pemalas itu,
menanggung biawak hidup yang menjelikkan pandangan aku,

si biawak hidup itu mahu kereta, di hadiahnya myvy hitam
tak cukup duit buat bayaran muka, dipinjamnya dengan koperasi kerajaan,
si biawak berjudi lalu meminjam wang ah long
si bodoh ini pula yang menyerah diri sebagai penjamin sehingga menyerahkan kad may bank pada si ah long,
myvi hitam si bodoh yang bayar, tapi si biawak usung perempuan lain ke disco, alsanya, nnt bawak si bodohh kalau ada serbuan pihak berkuasa si bodoh kene buang kerja. bukanya si bodoh tidak tahu biawak hidup itu mengusung betina lain dalam myvi hitam yang dibayarnya saban bulan itu. kerana sayang dan cinta bodoh si bodoh itu, maka bersabar sahaja lah wahai hati!! malah, biawak hidup menogak arak pon mintak duit dari si bodoh tuli dan dengan kebodohan juga si bodah beri duit buat biawak bersuka ria. tinggal lah si bodoh di rumah sewaan bersama tapi di bayar si bodoh seorang diri itu tersedu sedan telefon aku dan cerita.

dengan penuh rasa kasih dan sayang aku mohon si bodoh berfikir untuk tinggalkan biawak hidup itu,..
tak mahu!!!
tidak mengapa,aku faham. mungkin sayang sangat.
dengan rasa kasihan aku minta sibodoh suruh biawak hidup belaanya itu mencari kerja,..
ok, nnt aku suruh!!!

tapi, aku tengok dah 3 tahun si bodoh terus membela biawak hidup.
yang lebih menunjukan kebodohan si bodoh bila berlaku pertelingkahan antara mereka baru- baru ini sehingga biawak tersebut mencederakan si bodoh sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di klinik yang menelan kos lebih seratus ringgit Malaysia, aku jadi pelik...bila seminggu kemudian, biawak dan si bodoh masih tinggal bersama.

kes kedua
gempar satu negara kecil milik kita ini bila arwah adik syafia mati di dera teman lelaki ibu sendiri. kecoh seantero Malaya ini bila tahu ibu dan si pembunuh binatang itu rupanya tinggal bersaam sehingga telah dan bakal pula melahirkan adik- adik buat arwah syafia. bukan kah juga cinta bodoh buat wanita yang masih berstatus isteri tinggal bersama lelaki panas baran bertaraf syaitan ini??
malah,status syafia sendiri menurut pertimbangan aku perlu di cari gali lagi jika mahu melihat betapa bodohnya cinta si bodoh ini, kerana suami si bodoh ini dipenjarakan sejak tahun 2006 sedangkan syafia baru berusia 3 tahun pada awal 2010. ibu bapa pada si bodoh ini juga pada aku mungkin terlepas pandang bahawa anak mereka itu sebenarnya masih bersuami, bersuami baru atau belom pon bersuami???
tapi, yang pelik dan musykilnya aku dan seluruh yang mengambil tahu kisah tragis ini, mana mungkin ibu bapa si bodoh kedua ini yang juga merangkap datuk dan nenek adik syafia ini tidak tahu anak mereka bersekedudukan dengan binatang kejam itu sehingga telah pon lahirkan adik buat arwah syafia???
entah,aku jadi keliru...dan aku pasti ramai yang masih pening lalat dengan status mereka yang terlibat dalam kisah tragis ini.
tak kisah lah siapa pon bapa kepada adik syafia ini, bukan jadi kudis pon buat aku. tapi aku hairan bagaimana seorang ibu sanggup biarkan si kekasih hati mencederakan dan mendera anak yang hidup dirahim nya selama 9 bulan itu, yang dilahirkan nya sendiri itu??
semua nya kerana cinta bodoh, betol kan???

kes ketiga
kes- kes pembuangan bayi lewat tika ini pula menunjukan dengan jelas akan kebodohan demi kebodohan cinta si bodoh di mata dunia


semoga aku dan orang sekeliling seterusnya seluruh manusia di alam ini terlepas dari kebodohan akibat cinta ini
amin~


No comments:

Post a Comment