da diana dream's

Apr 22, 2010






along aku mahu kahwen...

dia satu-satunya abg aku, dia jugak satu-satunya putera dalam keluarga, dialah si sulung yang selalu melindungi puteri- puteri keluarga, dialah yang sering memantau kelibat para adinda berpeleseran, merisik disetiap ruang sudut kehidupan para adinda terbaik miliknya. along aku mahu kahwen... aku sebenarnya tidak mahu dia kahwen lagi, tidak bisa rasanya hati ini berkongsi kasih bersama ipar duainya nanti, tidak tertanggung rindu di pagi syawal tatkala dia dirumah mentua, tidak boleh pula hati ini melihat perhatianya kini dibahagi-bahagi cambahan rasa tanggungjawabnya setelah aku dan hanya kami bertiga sahaja dalam pemerhatianya selama ini.

along aku mahu kahwen...

ntah??
tak tahu sebenarnya apa perasaan ini?? gembira? sedih? benci?terluka? atau apa sebenarnya?


along aku mahu kahwen...


tamak kan aku ini??
hanya mahu aku sahaja dan kami adindanya sahaja yang menjadi pemerhatianya, tak mahu berkongsi kasih, apatah lagi bersaing sayang bersama sederetan adinda barunya

along aku mahu kahwen...

dulu, aku lah si adik yang membonceng bmx along (duduk di handle menghadap along, pegang bahunya sbb basikal bmx tidak ada pelantar duduk belakang), pernah juga kami terjun bersama bmx itu ke parit, kecoh juga jadinya bila aku lemas di dasr parit depan kedai mi kuah dulu. teruk along dimarh abh, capang telinga along di pulas ibu bila aku menangis ketika itu. along diam,takut.

akulah si adik yang akan dibawanya bersama bermain (sebb along kene jaga adik2 walaupon pergi main,kalau xbwk sama nnt along xboleh keluar main),itu mmg peraturan ibu dah tetapkan.

akulah yang mahu mandi bersama along (sbb dia pandai syampokan rambut dan buat aku tak pedih mata),

akulah si adik yang mengongoi menangis bila ditarik tocang kuda di sekolah,
akulah si adik yang masih mahu di suapkan nasik sambil tengok cartoon oleh along, akulah si adik yang masih adik seperti 22 tahun dahulu...

along aku mahu kahwen...

bila meningkat remaja ini, hati diusik, hubungan pon terjalin, tapi...
along marah,dia tak suka,.. bukan dia tak suka dengan pilihan aku,tapi dia tak suka aku ada hubungan dengan sapa2 pon... dia tak mahu aku dijaga oleh lelaki lain
dia tak mahu aku mendapat perhatian oleh lelaki lain dia tak mahu aku ada lelaki lain selain dia sebab...
selama ini hanya dia lelaki milik aku hanya dia lelaki yang menjaga aku hanya dia yang memanjakan aku ya hanya dia...

along aku mahu kahwen...

melewati tarikh2 akhir majlisnya
bicara kami dari hati kehati terungkai
katanya:
"along tak mahu jadi along yang gagal"

along tak masuk universiti,along tak pandai macam adik2 along semua,along bukan kebanggaan keluarga dalam pelajaran,along nak ayg belajar pandai2, sampai graduate,sampai boleh jadi kebanggaan keluarga...
biar nnt, selain abah,along lelaki yang datang dihari konvokesyen nanti,bukan lelaki lain yang hadiahkan bunga besar yang ada tedy bear mcm yang ayg tulis dalm diary pink ayg masa kecik2 dulu tu, along tak nak ayg gagal,sebb ayg adik kebanggaan along. dari dulu ayg yang paling pandai,cepat je hafal sifir dari along dan angah,salu dapat no.1 dalam kelas bila peksa,salu dapat hadiah yang best2 dari abh sbb dapt no.1, tym tu, along tak penah jeles, tak penah cemburu sbb kalau boleh along pon nk bagi mainan dokter2 yang ayg nak,(tadika) along pon nk bg beg convers yg ayg nak (darjah 6), along pon nk bg jam swatch yg ayg nak tu (ting.2)... along tak kisah abh bg sume tu kat ayg, sbb mmg ayg layak dapt.

bila along bawak ayg ikot tgok along main bola kat padang, ikot along main futsal.. kalau ada kawan2 along yang kirim salam, cakp adik along cantik, tny pasal ayg,..
along marh,tunjuk penumbuk kat kawan2 along,kadang2 tunjuk fuck bila ada yang panggil along abg ipar..

tapi ayg taw tak, sebenarnya along suka bawak ayg ikot, sbb kawn2 salu puji adik along cantik, mata ayg cantik, comey, along bangga, ati pon kembang bila kawan2 ckap mcm tu, sbb adik along mmg cantik..
sebb tu, sampai sekarang pon along salu bawak ayg ikot along, sampai kadg2 p ofice along pon, along bawak. bila kwn2 tny, along bangga bila cerita adik along pandai, belajar kat University, along bangga.


hubungan kita jadi renggang,jadi jauh,

bila ayang bawak dia dtg rumah masa raya ritu, mmg along tak suka. along tak boleh terima kenyataan. along masih rasa adik along kecik2 lagi. sampai kadg2 angh yang dah kawen pon along rasa masih adik yang along bawak ke hulu ke hilir mcm dulu lagi. along taw, mmg along biadap bila terus masuk bilik masa tu, mmg along tak suka sebenarnya.
sebab along tak nak adik along gagal dalam bercinta, along tak nak nnt hati adik yang along sayang terluka nnt, along takut ada lelaki yang nak rosakkan adik along. sebb kalau semua tu jadi, along dah jadi abg yang gagal!! along tau, ayang pandai jaga diri, tapi along tetap risau jugak, sabb mmg along selalu risau pon. sebb tu, tiap2 minggu bila xda class ayg mst along angkut bawak balik rumah angh, kalau ayg balik kg. baru hati along lega. along risau ayg merayap merata-rata kat kl ni. kalau ayg rasa along over protected, along tak kisah sbb mmg along tetap akan jaga adik2 perempuan along macmni dari dulu sampai sekarang dan sampai bila- bila

menangis,mengongoi,berhingus sudah hidung... tak terkata-kata aku tak terluah bicara aku yang ada hanya lagu sendu rungkaian itu, aku biarkan tergantung bersama basah dan lecah muka dengan air mata...


sebb banyak yang aku mahu luahkan sebenarnya, ada lagi yang aku mahu bicarakan sedalamnya, juga mahu membidas setiap perkataan itu semahuku... sebb aku juga tak mahu along ada perempuan lain dalam pemerhatianya, dalam kasih sayangnya, dalm penjagaanya. tapi aku tak bisa,

kerana aku sedar..


sama seperti aku yang tetap perlukan seorang putera untuk melindungi walaupon dikawal dan dilindungi oleh pengawal.
along juga tetap perlukan permaisuri untuknya jaga walaupon banyak lagi yang perlu dipeliharanya...




:: aku juga tak mahu jadi adik dan manusia yang gagal ::


No comments:

Post a Comment