da diana dream's

Nov 23, 2009

exam owh exam...











selesai sudah exam....
huhhh...
memang sangat mencabar keintelektuan dan keimanan aku untuk semester ini....
walau hanya ambil 18 jam kredit tapi jadual exam yang sangat padat telah melelahkan otak dan badan...

inilah jadual peperiksaan saya!!!

09HB NOV 09 - AEEA 2125 (03.00 PM)
10HB NOV 09 - AEEA 2308 (11.30 AM)
10HB NOV 09 - AEEA 2306 (03.00 PM)
11HB NOV 09 - AEEA 2309 (11.00 AM)
12HB NOV 09 - AEEA 2333 (08.30 AM)
19HB NOV 09 - AYEA 2319 (08.30 AM)

bayangkan lah, untuk 4 malam pertama peperiksaan saya langsung tidak tidur...
ini lah akibatnya bila study last minute,jadilah seperti saya ini.
kelam- kabut + ribut petir jadinya...
mencari nota yang tak berapa nak lengkap,
korek- korek pulak kertas kumal yang buat tulis note kuliah time2 tak bawak buku....
minta dari kawan2 handout dan asingment mereka....
itulah yang aku lakukan seminggu sebelum peperiksaan...
lepas dah rasa macam cukup je semua note2 tu...
erhmm...
sempat lagi berfoya2 untuk 2 hari,
tanpa langsung memandang lagi note2 yang terkumpul itu tadi...
lagi 1 hari nak exam,.....
huhhhhhh..............
bermulalah episod kelam kabut + ribut petir saya....
masuk hari ke lima, mata pon dah jadi macam panda....
melingkar je hitam kat mata ni...
badan pon memang dah tak bermaya langsung....
lemah longlai jadinya...
bayangkan la, saya cuma sempat tidur untuk 1-2 jam sahaja satu hari...
paling kesianya pada 2 orang romate saya...
mereka terpaksa tidur dalam keadaan lampu terpasang...
(kalau guna lampu study je, saya mesti mengantuk)
lepas itu, terpaksa pula tapaw kan makanan dari dewan makan untuk saya...
kesiankan mereka ini????
(thanks cik imah & adik nad kerana memahami)

bila dah habis 5 paper yang memeritkan tersebut,
ada 7 hari tanpa exam untuk paper yang terakhir...
masih belum serik....
apalagi,
3 hari saya hanya tidur dan tidur saja....
membayar kembali hutang tidur yang tertunggak.....
kemudian bermula lah episod tak tidur malam saya selama 2 hari...
tapi,\
masuk je malam terakhir nak exam tu...
huhhh,,,,
boleh pulak tertidur sampai langsung tak study...
ehrmmm...
entahlah,
kali ni saya betul2 vengong dan kelam kabut bersama ribut petir yang sembung- menyambung.
tak cukup dengan itu, ada pulak kilat yang menyambar...
huhuhu....(sangat hiperbola pulak)
sesungguhnya amat2 mencabar keintelektualan saya sebagai mahasiswi universiti terulung kebanggaan negara ini....

lastly....
just boleh berdoa saja la nanti pensyarah yang periksa paper saya boleh baca tulisan kesejukan dan kekejangan saya tersebut...(seperti cakar ayam)
minta2 tak berlaku masalah seperti anak2 bergaduh, menangis atau isteri / suami yang merajuk ketika pensyarah2 saya memeriksa....
janganlah berlaku masalah emosi yang mungkin menjejaskan pemarkahan paper saya...
semoga kesihatan para pensyarah dan keluarga sihat sejahtera....
dan............
semoga ALLAH mendegar doa dan permintaan saya yang kerdil lagi lemah tak merdaya ini untuk melakar kejayaan demi kejayaan dan mengekalkan kecemerlangan ini.

Nov 17, 2009

DALAM SETIAP SUJUD AKU











DALAM SETIAP SUJUD AKU...
TIDAK PERNAH AKU LUPA UNTUK MENDOAKAN AGAR

IBU DAN ABAH BEROLEH RAHMAT DAN KENAHAGIAN YANG BERPANJANGAN,
IBU DAN ABAH BEROLEH NIKMAT KESIHATAN YANG MENYENANGKAN,
IBU DAN ABAH BEROLEH REZEKI YANG BERLEBIHAN,
IBU DAN ABAH BEROLEH KASIH DAN CINTA ANAK-ANAK YANG BERPANJANGAN

DALAM SETIAP SUJUD AKU...
TIDAK PERNAH AKU ALPA MENDOAKAN KEBAHAGIAN ADIK BERADIK KU
(ALONG, ANGAH + ABG AROFF, ANJE)

KEJAYAAN KALIAN ADALAH KEBANGGAAN AKU,
KEGEMBIRAAN KALIAN ADALAH RAHMAT UNTUK KU,
KEKAYAAN KALIAN ADALAH NIKMAT UNTUK KU,
DAN APA SAHAJA YANG MEMUNGKINKAN KEBAHGIAN, KEGEMBIRAAN DAN KEJAYAAN KALIAN
ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KEBAHAGIAN KU

DALAM SETIAP SUJUD AKU...
AKU TIDAK PERNAH UNTUK TIDAK MENGHARAPKAN

AGAR IKATAN KASIH KITA AKAN TERUS BERKEKALAN SELAMANYA,
AGAR SAYANG INI KIAN UTUH DALAM SANUBARI BERSAMA- SAMA,
AGAR RASA CINTA KITA INI TIDAK MUNGKIN BERKURANGAN,
AGAR TAUFIK DAN HIDAYAH ALLAH AKAN TERUS MEMAYUNGI PERJALANAN INI

DALAM SETIAP SUJUD AKU...
AKU SENTIASA MENGHARAPKAN KALIAN BERHARAP

SEMOGA KEJAYAAN AKU MENJADI KEBANGGAAN KALIAN,
SEMOGA KEBAHAGIAN AKU MENJADI IMPIAN KALIAN,
SEMOGA KEGEMBIRAAN AKU MENJADI HARAPAN KALIAN,
SEMOGA CINTA DAN KASIH AKU TERUS KEKAL BUAT KALIAN

KERANA KALIAN MERUPAKAN...


SUMBER KEKUATAN DISAAT AKU LEMAH TIDAK BERDAYA LAGI,
SUMBER INSPIRASI DISAAT SEMANGAT PERJUANGAN MENIPIS PERGI,
SUMBER KEJAYAAN DISAAT KEKUATAN MULAI MENGHILANG PERGI
SUMBER KETENANGAN DISAAT JIWA DILANDA BADAI

TERIMA KASIH UNTUK TERUS UTUH DISISI AKU

DIKALA TANGIS PILU BERLAGU HATI,
DIKALA JERIH PERIT MELINGKARI DIRI,
DIKALA SENDU SYAHDU MENGUASAI HATI,
DIKALA AKU SANGAT PERLUKAN KALIAN UNTUK TERUS BERTEDUH....

Nov 6, 2009

khitbah_baru kini ku mengerti...


APAKAH ITU KHITBAH????
(ini jawapan aku berdasarkan pembacaan ku yang sgtlah sedikit)

  • khitbah merupakan satu peminangan / lamaran / merisik dari pihak lelaki atau sebaliknya (perempuan pon boleh memenang taw, setelah merasakan pasangan pilihan benar- benar menepati pilihan.
  • berdasarkan sebuah hadis, seseorang yang hendak meminang boleh melihat pasangannya dan berkomunikasi secara berhadapan,boleh juga melihat apa- apa yang membolehkan mereka berkeinginan untuk meneruskan penikahan kelak(terdapat 2 pandangan iaitu boleh lihat keseluruhan tubuh atau hanya muka dan tapak tangan sahaja)

Hukum khitbah adalah sunnah, Nabi Muhammad S.A.W. juga pernah berkhitbah terhadap isteri-isteri baginda, antaranya Saidatina ‘Aisyah bintu Abu Bakr dan Saidatina Hafsah bintu Umar R.A. Hukum melihat makhtubah (calon isteri) kita juga adalah harus, Riwayat dari Jabir R.A., telah bersabda Rasulullah S.A.W. : “ apabila salah seorang dari kamu mengkhitbahi perempuan, maka kamu mampu (noleh) melihat akan ia (wanita-wanita yang dikhitbah) untuk mengajak ke arah perkahwinan, maka lakukanlah ‘sempurnakanlah’, telah berkata akan Jabir R.A. : maka aku telah berkhitbah dan khitbah yang berlaku sehingga aku melihat akan makhtubah (calon isteri) itu mengajak ke arah perkahwinan maka aku kahwini akannya”. Hadith ini menkhabarkan hukum khitbah itu adalah sunnah seperti yang dilakukan oleh baginda Rasulullah S.A.W.

melepasi umur 21 tahun, aku akui sudah ada lelaki yang istimewa dalam jiwa qudus ini. mengenalinya sedari sekolah rendah lagi, satu tempoh waktu yang agak panjang juga. tapi pepatah ada cakap, "jangan diukur dalamnya kasih dan tebalnya cinta berdasarkan jarak dan waktu" (betul ke pepatah ni)hehehe. entah lah, setelah sekian lama dan semakin melepasi garis usia remaja, bab khitbah dan keinginan untuk meneruskan ikatan keperingkat yang lebih serius pernah dipersoalkan antara kami. keterujaan yang teramat tinggi dalam membicarakan hal- hal yang berkaitan dengan ini berlaku. sungguh!!!, sangat teruja keduanya kami. sama- sama berkejaran di taman, mandi di sungai, bermain becak dipadang,berkejaran bersama,jatuh dan bangun bersama, ketawa dan menangi bersama- sama, di hukum guru yang sama, dianugerahkan pelajar cemerlang bersama,dan segalanya dialam kanak- kanak kami tinggalkan berlalu pergi dalam lipatan kenangan yang tidak akan pernah hilang dalam memori ingatan. sungguh indah zaman kanak- kanak yang berlalu. kemudian, kami turut sama- sama melalui usia remaja... sama- sama melihat perubahan fizikal yang menggambarkan keremajaan kami. malah, sama- sama meluahkan rasa indah tatkala hati berdetik suka melihat kacak dan cantiknya lelaki dan perempuan lain. akhirnya, setelah agak lama tidak bersua muka disebabkan pertukaran alam persekolahan menengah, pertemuan di aidil fitri 2006 menerbitkan satu rasa dan perasaan yang tidak pernah kami alami sebelum ini terhadap satu sama lain. sama- sama memendam rasa, sama- sama tersipu malu, sama- sama memendam rasa. akhirnya sang kumbang meluahkan rasa, si bunga tersimpul malu... namun, kematangan persahabatan menjadikan keduanya saling berfikir panjang tentang hala tuju persahabatan kami. ternyata dalam proses mengenali sebagai pasangan dan bukanya seperti sahabat ketika dulu membawa seribu satu kenangan dan fasa keindahan antara kami... menyedari yang kami saling memerlukan (sokongan dan dorongan) lantas keputusan dibuat tanggal aidil adha sebagai proses pengenalan yang lebih serius. ternyata keputusan ini menimbulkan tanda tanya pada keluarga dan sahabat- sahabat kami yang lainya, juga pada kami sendiri. betulkah perhubungan ini? tidak takutkah andai nanti hubungan ini merosakan persahabat sekian lama kami andai tidak menjadi? sudah bersediakah menjalin cinta dengan sahabat sendiri? mampukah? bolehkah? berjayakah? persoalan- persoalan tersebut kami tinggalkan dengan senyuman sahaja =) (kerana kami sendiri tidak ada jawapan)

alhamdulillah, berkat doa dan restu keluarga serta rakan- rakan, hubungan ini tidak lah menempuhi fasa- fasa getir yang keterlaluan. memandangkan keluarga saling mengenali, sahabat- sahabta juga saling bersahabat antara kami. makin mudahlah proses hubungan ini... meninggalkan fasa remaja dan memasuki awalan kedewasaan, rezeki dan rahmat makin melimpahi dikalangan kami. si dia memperolehi pekerjaan tetap dan aku kini dapat pula melanjutkan pelajaran di IPTA (juga berkat doa ibu bapa, keluarga, rakan dan dia barangkali) malah kini sudah ditahun 2,... kedewasaan kami makin terserlah dipandangan keluarga dan diri sendiri apabila masing- masing bijak memainkan tanggungjawab dan peranan sendiri. menganjak ke usia perhubungan yang ke 4 ini (hubungan yang serius bukan dicampur dengan zaman kanak- kanak dahulu), kesyukuran yang tidak ternilai aku dan dia panjatkan pada Mu Ilahi Ya Rabbi, yang Maha Mengetahui Dan Yang meminjamkan Rasa Kasih diantara kami. syukur teramat sangat perhubungan ini tidak melalui detik getir seperti teman- teman ku yang lain, malah makin mencambahkan rasa yakin dan tanggungjawab kami. disebabkan itu, khitbah menjadi topik perbualan dan persoalan tiap kali bersua muka (memandangkan kami menjalinkan hubungan jarak jauh, dia di negeri kelahiran tercinta, mencurahkan bakti dan aku di ibu kota, berjihad menuntut ilmu...cewahh)

apabila ianya dipersoalkan....

keluarganya : abah dan mak tak ada masalah, malah kami setuju je dengan keputusan yang dipilih.lagipon dah kenal keluarga dia, semuanya baik- baik je..

keluarga aku(abah) : abah rasa macam baru tadi je abah iqamat dan azankan ke telingan ayang, macam baru semalam je abah belikan mainan doktor- doktor yang ayang merengek minta dibeli, macam baru kemarin je abah letakan minyak gamat di lutut ayang yang jatuh masa main dekat tamam permainan rumah kita.....kemudian sambil tersenyum, abah peluk aku erat!!!!!! terasa qudus kasih mu abah... terasa aliran sayang yang mengalir disetiap sarafku... kucupan hangat abah didahi tidak mungkin aku lupakan... berlagulah tangis syahdu, dan persoalan itu aku biarkan berlalu bersama pelukan hangat abah....
(ibu) : dah besar rupenye anak ibu, dah nak kawen ye??? tapi masak nasi pon kadang- kadang hangit, kadang- kadang lembik,macam mana nak jamu mak mentua makan nanti??(sambil senyum- senyum mengejek) tadi pun mintak ibu sikat dan tocangkan rambut, semalam pon tidur dicelah ketiak ibu lagi, kemarin pon cari ibu dan menangis di bahu ibu bila tak boleh nak hafal apa yang dibaca dan apa yang dipelajari dalam kuliah,(masih sama seperti zaman sekolah rendah bila sukar nak hafal sifir),,,:D tak sangka dah jadi anak dara anak ibu ni, cepatnya masa berlalu. dah tua ke ibu ni???(sambil masih boleh senyum- senyum kambing)macam baru semalam ibu rasa ayang bergerak- gerak dalam rahim ibu,menendang- nendang, tapi ibu tak rasa sakit pon sebab bahagia teramat sangat bila anak yang ibu kandung sihat dan aktif dalam kandungan. macam baru je tadi ibu tukarkan lampin dan cucikan najis di ponggong ayang, macam baru sangat je ibu kendong, belai dan tidurkan ayang dalam buaian sambil lagukan asmaul husna kegemaran ayang...belum sempat ibu teruskan kata- kata yang seterusnya, tangan yang sering membelai dan menyuci najisku dulu itu aku genggam erat...aku peluk kemas sesusuk tubuh gempal itu. hangat, dingin, sendu dan tangis pon berlagu pilu...
  • ya...sebenarnya aku belum cukup matang pada penilaian orang tua ku.belum cukup kuat, untuk menongkah arus kematangan
  • masih seperti anak kecil, yang masih bertatih dan tidak mampu untuk berjalan sendiri tanpa dipimpin...
  • aku lah itu, si anak kecil yang suka menangis bila berjauhan,
  • si anak kecil yang suka merajuk bila ada permintaan yang tidak ditunaikan,
  • si anak manja yang sering merengek-rengek minta dibelai,
  • si anak hingusan yang masih kecil dan tetap akan kecil selamanya dimata orang tua ku...

dimalam nya, kisah tangis dan sendu ku berpanjangan di talian bersama si dia.... keputusan di buat, biarlah dahulu hubungan ini... biar lah dahulu, sekurang- kurangnya aku tamatkan pengajian ini dahulu, biar lah dahulu, mungkin ada rahmat tersembunyi... DIA mahu kita terus mengenali dan mengenali lagi... mungkin belum cukup keyakinan ibu dan abah terhadap kita lagi... mungkin abah belum sedia lepaskan anak manja dia lagi kot... mungkin ibu belum puas tidurkan sayang lagi kot... dan kemungkinan kemungkinan yang lainya dijelaskan... pujuknya dalam tangis ku...

sungguh aku terharu diatas kasih dan sayang serta cinta yang dianugerahkan buat aku selama ini... sungguh aku terkesan yang teramat sangat dengan sendu dan syahdu tangisan malam itu... sungguh aku bersyukur dengan qudus dan mulusnya kasih abah, sungguh aku bersyukur dengan rahmat cinta dan belaian manja ibu... dan sungguh aku bersyukur dengan kematangan dia saat itu (usia kami sebaya) dan kesungguhan- kesungguhan inilah yang akhirnya menjadikan aku lebih bersungguh- sungguh mengejar cinta dan cita- cita...mendapat redha dan restu ibu dan abah...

sungguh,aku benar- benar bersungguh- sungguh (berapa banyak sungguh la aku ni)

p/s: sangat sayang ibu sangat kasih abah sangat rindu b aku sanagt- sangat cinta kalian...

Nov 4, 2009

aku dan tudung...


maChenteAty : thnks sayg..
me: thnks 4 wht??
maChenteAty: sbb syg pkey 2dung...i'm so hpy wit ur imej
me: =)
machenteAty: u know,u look so cute..suke sgt b jln kt psr ramdn td ngn ney wit ur new imej...
me: thnks 4 ur suport, alhmdlh...ney taw b mmg suke ney betudg, tp xpenh gtaw kan..npe??
machenteAty: sbb b xnk ney pkey 2dung sbb b yg surh, b nk ney pkey ngn kerelaan ney sndr... ikhls b ckp, mg b suke sgt, last b tgok ney pkey 2dung tym skul dlu je...i love it!!
thats msg at 22/08/09 = 1 ramadhan

  • after 65 day aku pkey tudung...td baren2 kat ktil belek2 hp tgok msg lame2..
dh lme berniat nk pkey,..tp xterzahirkan je...
bukn sbb tgok org pkey nmpk cute aku pon nk pkey gak...
bukn sbb ibu bebel2 suruh pkey (my parent xpenh pkse)
bukn sbb maChenteAty yg suh pkey...(die xpenh ckp pon tp aku taw die nk aku pkey sbb penh bg adiah tudung kt aku)
bukn sbb tgok fenyen 2dung yg cun2 kt pasrn...
nth la....
aku pon xsure ble kesedarn ni muncul...
aku taw mmg wajb bg aku yg dh baligh ni ttup aurat,
aku taw ttg aurat dan hukm hakm dlm mnjge aurat, (aku sek agm rakyt taw dlu..hehehe)
aku taw betape dosenye mendedahkan sehelai rambut pd yg bukn mahram,
aku taw betape para malaikat bergembira bila seseorg wanita itu mnjge kesucian dan aurtnye..
aku taw betape berharganye barg yg tertutp drp yg terdedah...
aku taw sume ni...
aku cukp taw....
sblm aku amik kptsn bertudung, bnyk yg aku bce ttg kemulian seorg wanita...
tp aku gak mkin bnyk taw ttg isi neraka...
ttg bnkynye wanita di neraka kelak melebihi bil lelaki...(sbb xtutup aurat)
aku semakin sedar dan insaf...
mnyedari yg nyawa hny pnjamn..
mnyedari yg aku hdp bukn utk menongkat dunia..
mnyedari yg keindahan dan kecantikn seseorg wanita itu lbih bernilai jika ianya ditutup rapi dan dipelihara seindh mungkin....
lantas,...
keputusn ini aku ambil...
bersama doa ibu yg xpernh lekang..
bersama kesyukurn yg abh pnjatkan...
bersama kegembiraan MaChenTeAty...
aku nekad dgn keputusan ini...

semoga penghijrahan ini mendapt redha ilahi
semoga hidayah yg ku perolehi ini berkekalan,
semoga kebhgian n kejyaan sntiasa mgiringi perjlnn hidpku...


AKU HANYALAH HAMBA MU YANG HINA YA ALLAH...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya AllahKau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu Aku cacat tanpa hidayahMu Aku hina tanpa Rahmat Mu.

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku hambaMu yang Solehah
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi Wanita Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah
Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi insan yang dirahmati
Insan yang dikasihi di dunia dan di akhiratMu
Wanita yang solehah keperibadianya,
seorang anak yang tidak pernah ingkar akan kedua ibubapanya, seorang adik dan kakak yang bisa dicontohi kerana akhlaknya Seorang sahabat yang sentiasa dihati sahabatnya, seorang pelajar yang bisa dibanggakan dengan kecemerlanganya, seorang teman yang bisa membimbingku ke syurga mu kelak...

Amin....





menagpa saya bertudung????

setelah 65 hari (4/11/09) aku memakainya....
sungguh banyak nikmat yang aku perolehi...
aku semakin selesa dan semakin yakin dengan apa yang aku kenakan...
sungguh,aku makin selesa...
tp tipu la aku xrase rimas mula2 dlu...
tipu la if aku ckp xpans tym start pkey dlu...
tp setelah kini, baru aku tahu nikmat nye menutup ape yg sepatutnye aku tutp dlu lg...