da diana dream's

Nov 25, 2010

~Hukuman ngeri di dunia~

sekadar perkongsian untuk renungan bersama:

1.) Di ikat untuk dihurungi serangga

hukuman ini bermula pada pemerintahan Parsi Purba. Mula- mula, pesalah yang didapati bersalah itu akan dibogelkan hingga tidak ditutupi waima seurat benang pun. kemudian, tangan, kaki,badan dan kepala akan di ikat pada sebatang papan atau kayu. Setelah itu, pesalah ini akan dibiarkar terapung dalam kolam atau di jemur dibawah terik mentari dalam keadaan menelentang.
Hukuman ini sangat menakutkan kerana sebelum diikat dan dijemur, pesalah terlebih dahulu akan dipaksa menelan susu bersama madu dalam kuantiti yang banyak sehingga memampukan mereka mengalami cirit- birit kronik. Tidak cukup dengan itu, susu dan madu yang sangat berkhasiat itu pada asalnya, turut disapukan ke seluruh anggota badan yang sedia ada bogel itu.
Disebabkan madu dan susu yang dipaksa minum itu, pesalah akan mengalami cirit- birit. ini menyebabkan najis yang bertaburan dan berbau hebat itu berserta aroma indah madu dan susu dengan pantas akan menarik perhatian serangga seperti lalat, lebah, langau, semut, kumbang, tebuan dan yang seangkatan dengan spesis serangga ini. Haiwan- haiwan ini akan dibiarkan menghurung serta menggigit dan menyengat pesalah sesedap rasa mereka. Malah, serangga tersebut dibiarkan bertelur dan bersarang di badan pesalah tersebut. Hukuman diteruskan dengan pesalah sekali lagi diberi minuman susu berserta madu dalam kuantiti yang banyak bagi membolehkan cirit birit dialami dengan lebih kronik. Selain itu, manfaat diberikan susu dan madu tersebut juga adalah kerana agar pesalah tidak mati kebuluran dan dapat melalui hukuman yang diberikan dengan lebih lama dan terseksa.
Walaupun kajian sains mendapati susu dan madu memberi manfaat dan khasiat seperti menambah tenaga. Namun jika diambil dalam kuantiti yang banyak sekali gus, ini akan mengundang cirit- birit dan akhirnya akan mengundang lebih banyak serangga di tubuh pesalah tersebut.
hukuman yang hampir serupa turut dilaksanakan di Sepanyol. Pesalah yang ditangkap akan disumbat di dalam tong yang hanya cukup memuatkan tubuh badan mereka sahaja. Kepala sengaja dibiarkan terjulur pada lubang bahagian atas tong, seterusnya dijemur di tengah- tengah terik mentari. selagi pesalah itu hidup, selagi itulah akan dibiarkan didalam tong terendam bersama najis mereka sendiri dan yang pasti akan mengundang serangga menghurung dan menyengat sehinggalah pesalah terbabit mati.
Di Seberia juga suatu ketika dahulu, seseorang pesalah akan dihukum dalam cara yang hampir sama. Mereka diikat dalam keadaan berbogel pada sebatang pokok lalu dibiarkan mati kebuluran tanpa makan dan minum serta disengat serangga.
2.) Disiat Kulit
Hukuman mengerikan ini telah dijalankan oleh pemerintah Assyria pada tahun 200-600 S.M. Musuh dan para pembesar yang cuba mengkhianati dan memberontak akan ditangkap lalu kulit mereka akan disiat. Hukuman ini sangat mengerikan kerana dilakukan ketika pesalah yang didapati bersalah itu dalam keadaan mereka masih bernyawa dah hidup- hidup. Tubuh pesalah tadi yang telah disiat dan dipenuhi darah akan dibiarkan begitu sahaja malah kulit mereka yang disiat tadi akan di pakukan di dinding sebagai amaran dan pengajaran kepada yang lain.
Hukuman yang sama juga dilakukan di Eropah pada zaman pertengahan sebagai seksaan kepada pembelot. Manakala di Perancis, hukuman seperti ini sudah dilakukan pada awal tahun 1700 lagi.
Di Britain pula, hukuman seperti ini dilakukan terhadap penceroboh gereja. Pada 1303 misalnya, tiga buah pintu biara Pyx telah dipaku dengan kulit penceroboh yang telah ditangkap kerana memecah masuk dan mencuri barang- barang dalam gereja.

3.) Keelhauling

Berasal daripada perkataan Belanda iaitu "kielhalen keel". Caranya, apabila kelasi kapal ditangkap kerana membuat kesalahan berat mereka akan diikat dan kemudian dicampak dilaut sebelum ditarik oleh sebuah bot merentasi kawasan cetek yang mempunyai banyak batu karang di permukaannya. Hukuman ini amat mengerikan kerana ketika pesalah dibenam dan diseret, badannya akan melanggar batu- batu karang yang tajam itu. Ini menyebabkan badan akan luka teruk dan lemas. Hukuman ini dilakukan dalam masa yang cepat dan pantas. Hal ini kerana jika dilakukan dalam keadaan perlahan dikhuatiri pesalah akan terselamat dan dapat mengelak dari terkena batu karang.
Keelhauling ini dilakukan oleh tentera laut Belanda bermula sekitar 1560 hinggalah hukuman ini dihapuskan pada tahun 1853. Tentera Laut Diraja British turut laksanakan hukuman seperti ini bagi membendung kegiatan lanun yang berleluasa ketika itu.




4.) Dibuang Ke Pulau
Kepten atau kelasi kapal yang didapati melakukan kesalahan besar, mereka akan dibuang ke sebuah pulau kecil yang kering kontang, yang tiada apa- apa di pulau itu kecuali pasir. Bekalan yang diberikan sedikit minuman bersama sepucuk pistol untuk membolehkan pesalah membunuh diri sendiri jika mahu. Lanun- lanun di perairan Eropah sekitar abad ke-17 dan abad ke-18, turut melaksanakan hukuman seperti ini tetapi hukuman dilakukan keatas rakan mereka yang didapati mengkhianati mereka.


5.) Hukuman Liwat di Yaman
lihat sahaja gambar tersebut bagaimana hukuman dilakukan keatas seorang tukang gunting rambut yang meliwat seorang kanak- kanak lelaki berusia 11 tahun yang datang ke kedainya untuk menggunting rambut. Setelah meliwat kanak- kanak tersebut, pesalah terlah membunuh dan mengerat- ngerat badan kanak- kanak itu dan membuangnya ke dalam sungai.






:-hukuman ini dilakukan di pasar yang disaksikan oleh rakyat Yaman sendiri.

bagaimana pula hukuman ke atas pesalah di Malaysia jika didapati meliwat kanak- kanak? cukupkah hanya sekadar penjara dan hukum sebat? adil kah perundangan Malaysia?




bagaiman pula akan hukuman terhadap tokoh ini andai dakwaan beliau meliwat bekas setiausahanya,Saiful didapati bersalah??

bagaimana pula dengan hukum bunuh, perkosa, mencuri, dan pelbagai jenayah lain di Malaysia?? cukup setimpalkah hukuman yang dijatuhkan dengan apa yang dilakukan??

sekadar pertanyaan kosong untuk renungan bersama


6.) Hukum Sula




ini pula hukum sula.


AMARAN: ibu mengandung dan kanak- kanak di bawah umur perlukan pengawasan untuk menonton. Jangan tiru aksi ini di rumah



7.) Digantung dalam keadaan kepala ke bawah, dan kaki di ikat keatas


hukuman keatas Tok Janggut, seorang pejuang tanah air

:: bagaimana dengan sebuah negara yang dinamakna negara islam tetapi tidak melaksanakan hukum hudut mengikut syariat islam ::

Nov 23, 2010

~ aku bukan lagi keindahan kamu ~


Mungkin terlalu pantas menganyam janji, mematri ikrar, melafaz sumpah, melakar mimpi indah bersama buat aku jatuh tersungkur bila ianya kian berundur pergi tinggal aku sendiri. Tertinggal lagi aku dengan keindahan ciptaan fantasi. Ceritera keindahan yang kini kian hanyut pergi jauh dari sisi indah aku. Lebih baik ianya pergi tinggal aku bila ceritera ini masih terlalu jauh untuk di lalui. Lebih baik ianya jauh dari sisi bila ceritera indah ini sudah tidak lagi indah buat kamu. Lebih baik ianya hilang dari mimpi indah aku bila ceritera indah ini mula menjadi igauan ngeri di malam hari aku. Aku mungkin bukan lagi keindahan buat kamu. Tanpa kamu sedar atau tidak mahu aku sedar, itulah hakikatnya. Berdiam mungkin jalan terbaik. Membisu pasti akhiran terbaik ceritera indah ini. Kamu mengundur, aku juga mengundur. Kamu hilang, aku juga bisa menghilang. Kamu pergi, aku juga mampu pergi jauh dari mimpi kamu. Kamu bukan di sisi, aku juga bisa ghaib dari sisi kamu. Jika ini mahu kamu, aku bisa menurut apa hendak mu. Maaf bila aku terlalu berhati- hati dalam menjaga hati sendiri.



: : aku bukan lagi keindahan kamu : :

Nov 10, 2010

Anang H & Syahrini - Jangan Memilih Aku ( Video Clip )

~ceritera semalam~



semalam yang lepas


dah pon berlalu




semalam yang lalu


dah pon pergi




semalam yang pergi


dah pon hilang




semalam yang hilang


tak kan kunjung tiba lagi




untuk menjengguk aku di sini


untuk melihat aku di sini


untuk melawat aku di sini


untuk menyapa aku di sini


tika kini dan saat ini


Oct 30, 2010

: : kita makin jauh : :


Diana Azman October 29 at 9:42am
so sad :-'( kamu dah jauh dgn saye, kamu dah xmoh kawn saye lagi...xpelah, mybe sbb sye xcukp untuk sama2 bergandingn sama kamu. xpe, saye faham. mahu liht kamu senyum2 selalu, tapi dari jauh2 je~



Ain Muin October 29 at 9:49am Report
sayanggg, jgn gni..ain slalu igt ayang taw..sblm tdoe setiap malam n setiap kali bgon pg ain slalu igt, ain ade jnji ngn ayang, tp ain x tunaikan lagi...ain sibuk sikit skrg, x sempat lg..ain kelam kabut sket sbb aritu pegi umh taf..so byk keje ttangguh...ain tgh byk masalah skrg, xtaw nk crite kt sape..dulu dekat ngn ayang, skrg da jaoh...huhuuuuu....

Diana Azman October 29 at 9:55am
xpe...saye fahm sgt2 situasi kamu. Bukan sbb janji kamu itu,langsung tak kisah sama mkn2 juga minum2 free itu. Tapi sbb saye sngt rindu sama duduk himpun bersama kamu, mahu bergebang sakan sama2 kamu..itu sahaje. Bukn saye yg jauh sama kamu, bukn juge kamu hilng dari saye,..keadaan dan masa yg kian sedikit ini sudah rampas indah cerita kite...saye fahm~

Ain Muin October 29 at 10:07am Report
terime kasih kerana sentiase mamahami diri ini...saye taw, kamu mmg baik, tp sy tetap akan tunaikan jnji sy itu wlupun saye taw kamu x kisah...saye balik kampung lambat lagi, maybe dekat nk raye baru saye bole balik ss saye terikat dgn projek..kamu berada di UM sampai bila??serius saye sgt rindukan kamoo, naseb baik ade cik mah yg selalu menceritakan tntang kamoo kepada saye..terubat sikitt laa rindu(sy dapat bayangkan kamu
aerobik dgn gewdiknyer di atas pentas)heheheeeee...

Diana Azman October 29 at 10:13am
hahahhaha....sengeh2 bace msj ini sambil air mate bergenang- genang..(ishhh kacau je kan, buat kabur mate je air mate ni) saye mmg mahu sntiase jd terbaik untk kamu. Saye xperlu blik pon ke kg untk berhari raye, cukp raikanye hanye di rantauan..mungkin itu akn lebih indah untuk raye sye nnt. Kmu mungkin boleh fhm kan sbb nye kenape? saye pon slalu tny2 cerite kamu dari cik mah, selalu senyum2 bile beliau sebut2 kisah kamu. Itu sudh cukp buat rndu saye pade kamu terubat. dimana2 saje saye mmg sntiase gedik~ hahahahahah

Ain Muin October 29 at 12:13pm Report
iyer, bukan hanye kamuu, saye juge sentiase dewdik di mane2 saje x kire mase..walau masalah x henti2, kite sentiase senyumm kan...kite bukan jenis yg emo kn....x mcm org lain, slalu nk emo, tarik muncung panjang 5 kaki!!!ishhhhh, rase cm nk sepak jew laju2!!!heheeee...saye mmg mahu bertanyekan hal itu dgn kamu, tp kite xder mase untuk berdua duaan....itulahh yg membataskan...nanti ade mase kite crite2 eaa...xper laaa, kamoo nangis je lau kamu rase sedihhh...saye pon cmtu juge..walaupon masalah saye x sebesar masalah kamu, siang saye hepy2 ngn kwn2, mlm saye nangis sorg...xder sape yg taw kn...kamoo nanges je sayanggg...its okay.....(wahhh, makin panjang luahan hati nih, da cm abstrak thesis nih)hihiiii


ini hanya mungkin rase rindu yang menjadi nada sangat gedik pada yang lain, itu pun kalau ada yang terbaca mesej ini,...hahhahhahaha

biarkan lah kalau ada rasa jelik untuk rasa syahdu ini.
biar tak selalu bersama tetapi ada rasa rapat terlekat sudah,
biar tak serasi bergandingan berfoya-foya di ruang hiburan tapi ada cerita dalam hati sendiri-sendiri,
biar jauh tak terjangkau dek tangan berpimpinana tapi ada jiwa yang dekat di degupan nadi jaluran,
biar ketawa tak pecah bersama, tapi ada tangis sayu seiringan.

maaf mencuri fota kegemaran saya ini tanpa izinan kamu

mengenang gedik jelik riang bersama suatu waktu dulu
: : kita tak pernah jauh : :

Oct 28, 2010

: : DISIPLIN : :



Bukan sedikit harga untuk segulung ijazah idaman hati. Bukan percuma memiliki ijazah impian sanubari. Bukan pula setahun jagung masa diambil bagi memperolehi. Bukan, ini bukan murahan nilainya, ini bukan percuma milikinya, ini bukan sekejapan perolehinya. Tanpa disiplin diri, mana mungkin hajat duniawi ini akan tercapai. Tanpa yang di panggil disiplin ini, berciciranlah cita- cita yang dilaung sedari hingusan.
erhmmm~
Berkata tentang disiplin, aku bukan seorang yang punyai nilai tinggi untuk sebuah yang dinamai disiplin. Aku bukan si penurut perintah, bukan juga si pengikut arahan. Bukan pula si penekur suruhan. Bukan, itu bukan aku. Tanpa tunggu ibu di muka pintu bilik siraman di pagi- pagi persekolahan tidak bersabunlah aku ke sekolah. Tanpa jegil bulat mata abah di papan tulis berkaki empat di anjung rumah, tak siaplah suruhan kerja lebihan cikgu kelas. Tanpa cubit ketam ibu di peha, tak berangkatlah baju di jemuran. Tanpa jentik lentik tangan si kakak, berkumanlah kuku tak bercepit. Tanpa suruh jerit si abang membingit, tak bangun melihat mentarilah aku di hari- hari santai. Tanpa ngongoi tangis si adik, tak penuhlah susu di botol pintanya. Tanpa tengking pekik Ibu, tak berganjaklah aku terkinja- kinja melompat getah di gelanggang permainan. Tanpa rotan di tangan abah, tak berganjaklah aku di dada peti kaca menyaksi detective conan menghurai kisah biar azan bertalu di corong surau. Tanpa getah paip melibas di belakang badan, tak berhafallah sifir buat kekal di ingatan menjawab peperiksaan.
Aku langsung tidak punyai disiplin diri yang kuat. Langsung tak punya aku akan disiplin. Akulah yang pertama di tahan pengawas si balaci di tapak perhimpunan. Akulah anak yang membawa abah menjejak sekolah untuk di beri kaunseling atas salah laku si anak melanggar atur sekolah. Akulah manusia yang tidak mahu dekat dengan apa yang dinamai disiplin. Bukan salah didikan orang tua. Bukan salah tunjuk abang. Bukan buruk laku si kakak. Bukan jelik perangai teman punya angkara. Bukan. Bukan salah mereka.
Memang aku bukan pengikut arahan, memang aku bukan penurut perintah, memang aku bukan pengakur suruhan. Buruk, hodoh, bangang, bongkak, sial, babi, celaka, anjing, beruk, lotong, bebal...katalah aku apa saja lepas munggil bicara kamu semua. Kerana semua itu memang layak untuk aku si pelanggar aturan.
Melepasi usia mentah, melihat sebenar duniawi, melakar impian mendatang. Aku jadi kalut dengan perilaku kendiri, aku jadi resah mengenang buruk laku, menilai tabiat hodoh milik sendiri aku. Andai bukan esok tarikh akhir serah tugasan, berpeleseranlah aku di alam maya menceduk mimpi, berteman syaitanlah aku mengilai tawa berjenaka bodoh di meja- meja hiburan, bersenang lenanglah aku melayani lena yang syahdu di bantal hingga lencun bersama liur yang basi. Huhhh, itulah aku. Tanpa paksa dan suruh yang dinamai arahan, tak berganjaklah aku bagai paku tak berketuk penukul. Statik tak bergerak menyelesaikan yang mahu dipinta.
Diakhir hari terakhir pengkuliahan bagi sesi ini, nahhhh...baru aku disedarkan bab 1 perlu diselesaikan sebelum cuti bermula. Padahal, satu kejadah apapun belum disentuh, belum di usik, belum di kuis, belum di jengah tengok lihat oleh bulat mata milik aku. Bongkak aku hanya melihat sepi kitab- kitab berhabuk di susun rak indah itu. Jangan menangis mengongoi melihat teman sesesi bergaya merakam foto kenangan di puncak dtc. Usah meratap hiba mendengar teman sesesi bergaya mewah menjawat jawatan pegawai di akhiran sebuah pertemuan. Terus lah aku dengan tak punyai disiplin diri. Aragonlah aku dengan tak perlu melihat kejaran masa di belakang seinci cuma. Lepak lah aku di kedai mamak biar dinihari menghimpit pagi, biar berembun ubun- ubun merayau mencari fantasi indah. Biar kan aku begitu. Biar sampai mampus duduk aku itu. Biar sampai celaka hidup aku mendatang. Kerana durjana itu, aku sendiri yang undang. Selamat terus bermaharaja lela kemalasan. Tak payah pergi ke ayat "pendahuluan" wahai si jari montok, teruslah aku bersosial di alam maya.

: : datanglah wahai rajin : :
: : jemput kemari wahai disiplin : :

Oct 27, 2010

: : tunjuki aku jalan Mu : :


Menjenguk ke episod akhir pembelajaran bagi sesi semester ke lima di kampus perdana ini, erhmmm~. Diam tak diam sudah ke lorong hampir akhir rupanya. 14 minggu yang tidak dirasai putaran masanya kian hampir ke penghujung episod. Sayang pula mahu meninggalkan detik- detik akhir ini, pasti ada nada syahdu di akhir garisan andai nanti aku tertoleh menjengguk yang sudah- sudah di masa nanti- nanti. Pasti ada antonasi rindu untuk setiap pengakhiran episod, sama seperti yang lepas- lepas. Mengulangi putaran bermula aku ke kampus unggul di semester lima ini, ada air mata yang mengiringi. Namun ada pula senyum semangat pembawa jalan ke tepian buat aku. Alhamdulillah.

Awal semester dikejutkan dengan gelora dan badai keluarga buat aku terpempan tidak berkata. Terkaku tidak berkutik. Terdiam tanpa suara. Yang ada hanya air mata dan dendam kesumat di jiwa. Arhhhh, mahu aku lari jauh-jauh dari rasa untuk kenang segala macam yang ngeri lalu itu. Mahu aku berjaghaton merentas ombak bergelora. Mahu aku daki bukit meninggalkan duri- duri tajam menusuk kalbu. Kerana bila di seru memori memutarkan ceritera aib itu, pasti pilu pula yang di palu datang menghimpit resah. Bukan mahu tinggalkan amanah juang itu, tapi atas merasakan aku terlalu lemah untuk itu. Hampir aku terduduk tanpa kaki untuk uji Mu itu. Hampir aku terpesong lorong untuk cuba Mu itu. Hampir aku meninggalkan alam kampus untuk duga Mu yang itu. Ya, aku hampir untuk kehilangan impian yang terakam sedari aku mengenal ilmu. Bagai nyawa tak punya roh, bagai tawa tanpa suara, bagai badan tanpa kulit, bagai mulut tanpa lidah, bagai basikal tanpa tayar, bagai helang tanpa sayap aku gagahkan diri melangkah meneruskan juang yang telah separuh ku redah.

Mahu aku biarkan terus rasa pilu itu tanpa nanti akan kunjung menjengah datang. Mahu aku untuk lupakan terus bagaimana rasa pilu itu pernah menapak datang. Mahu ku bakar kotak memori mengenangkan memorial dajal itu. Sudah...aku mahu lupa terus ia. Jangan datang- datang lagi wahai musibah durjana. Jangan kau hampiri lagi wahai pemusnah bahagia. Pergi kau mampus bergolek di lantai neraka. Nyah kau dari sisi indah damai aku. Aku haramkan kau untuk menjengah datang lagi wahai jadah keparat.

diam tanpa kata- kata, pejam mata rapat- rapat, tarik nafas dalam- dalam. Hembus perlahan- lahan.

Biar itu jadi sejarah, biar itu jadi rahsia kita- kita sahaja. Uji Kamu ini sangat hebat untuk seorang aku yang lemah ini. Duga Kamu ini sangat dahsyat untuk seorang aku yang kerdil ini. Cuba Kamu ini sangat goyah untuk seorang aku yang tersangat tidak punya kekuatan ini. Memang aku akan terus terduduk jatuh menyembah bumi andai duga, uji dan cuba Kamu ini aku keseorangan. Namun, Kau kirimkan aku kekuatan jiwa, Kau kirimkan aku pembakar resah, Kau kirimkan aku pendorong fisabilillah. Terima kasih Ya Allah, atas budi Mu itu. Syukur aku untuk di beri oleh Mu keindahan itu.

Bersama pengakhiran untuk sebuah ujian yang maha hebat tamparan buat seisi insan sekeliling, Kau ilhamkan aku sebuah pertemuan indah. Kau kirimkan aku permulaan sebauh perhubungan indah. Terlalu indah hadiah Mu buat insan yang hampir menyalahkan Mu, buat manusia seperti aku yang hampir terpesong dari amar makruf Mu ya Rabb.

Menyusuri lewat 14 minggu ini bersama kiriman Mu itu, aku jadi resah. Aku jadi sasau. Aku jadi malu. Aku jadi ntah apa- apa. Di pertengahan semester ini, kiriman Mu mula menyeru aku untuk rasa yang lebih indah. Mula memberi aku untuk rasa yang kian lupa bagaimana indahnya senyum. Mula beri aku sedikit lorong penyuluh jalan. Mula yakinkan aku akan rasa yang ditinggal pergi aku dulu. Mula tunjukkan aku ada pelangi indah memayungi jalan aku di dada langit biru. Mula beri aku rasa dalam jiwa. Mula hadiahkan rama- rama kecil di kardivaskular aku. Mula beri aku warna- warna indah di setiap pembuluh saraf aku.

kiriman Mu ini terlalu sempurna untuk insan seperti aku. Aku resah untuk sahut seru nya itu. Aku gelisah untuk beri jiwa mintaan nya itu. Aku susah untuk sambut huluran kasih nya itu. Bukan aku tak rasa apa rasanya, bukan aku tak sudi apa pinta nya, bukan aku tak mahu apa mahu nya. Tapi aku tak sanggup untuk tidak mampu beri apa impian nya.

Aku mahu untuk lengkapi nya. Aku mahu untuk sempurnakan nya. Aku mahu jadi sebahagian milik nya. Aku mahu beri untuk semua pinta nya. Aku mahu sahut untuk semua seru nya. Aku mahu sambut untuk semua hulur nya. Aku memang mahu kiriman Mu itu lengkapi jiwa aku ini.

Hingga ke akhir sesi ini, pinta nya, seru nya, hulur nya, masih diam bisu tanpa kata. Masih kaku tanpa suara. Masih statik tanpa arah. Tergantung harapan tanpa tali yang mengikat hati. Biarlah, aku mahu tunggu hingga yakin aku benar pasti kiriman Mu ini tepat buat lengkapi jiwa aku.


: : mohon tunjuki ku jalan Mu : :