da diana dream's

Oct 6, 2010

~finally~

ini yang kamu angan- angankan




ini yang kamu idam- idamkan


ini yang kamu mahu kan??



ini yang kamu harap-harapkan sangat kan??







nahhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


alamak tak nampak pulak, lindung dek tangan...



jeng






jeng






jeng
.
.
.
.
.
.
.









dah dapat kan?

jom balik


tak payah tampar pipi


tak payah cubit lengan


sakit!!!


memang kamu dah dapat
apa mahu mu




memang kamu dah miliki kehendakmu






memang e72 tu milik kamu sekarang ini
jom balik um
ehhh
jap
jap






model untuk handphone sendiri boleh lah!!!

sangat gedik!!!

dah2

balik la oiiii

ok, sekian terima kasih

: : puas : :










































































Sep 28, 2010

keperluan & keinginan






"keperluan yang terhad, mengatasi keinginan yang tidak terhad"





itu perkara pertama yang aku belajar tentang ekonomi asas waktu ting. 4 dulu dan aku masih ingat sampai detik ini.




sebetulnya keperluan yang sepatutnya aku perlukan sememangnya sudah mencukupi. dikurniakan keluarga yang lengkap, punyai abah, ibu, abang, kakak dan adik. aku dikira antara yang bertuah kerana punya semua ini, tak seperti anak tunggal yang keseorangan, tidak seperti anak sulung yang tak punya abang dan kakak tempat mengadu, tak seperti si bongsu yang tak punya adik buat peneman bermain. bertuahkan aku?? kasih sayang kalian sudah melimpah ruah buat santapan aku, terima kasih ya.




aku punya teman yang sentiasa disisi, tika tangis dan gembira. tika susah dan senang, tika sibuk dan lapang, tika sunyi dan damai, tika badai dan gelora datang menghimpit, tika kesempitan dan segalanya. aku tetap punya teman yang sentiasa di sisi. thanks a lot babe!




aku punya cukup segalanya dalam kehidupan, berdirinya aku dalam usia 22 tahun ini, aku di isi dengan didikan yang cukup, pelajaran yang sempurna, malah melihat mereka yang tak punya apa yang aku miliki aku jatuh kasihan. mungkin ini takdir aku, dilimpahi nikmat yang indah. aku punya semua.




cukup segala keperluan aku sebagi manusia




keinginan yang tidak terhad aku telah mengatasi rasa syukur. punah segala didikan dan asuhan milik aku. sering meminta- minta untuk di kurniakan lebih apa yang telah aku miliki. bangga punyai keluarga yang sempurna, nahhh aku dihimpit gelora kasih beralih arah. seluruh anggota berhimpun mencari penyelesaian yang tak kunjung tiba. menangis, meratap mencari salah dan silap. ya, aku bukan berpegang pada fahaman liberal sepenuhnya yang mampu terima berlaku perkongsian kasih. tak rela diri andai kasih itu beralih arah. terasa bagai tak lagi diperlukan, bagai tak lagi punya kepentingan. resah aku dengan situasi ini.




punya abang dan kakak yang sentiasa disisi menemani malam- malam gelap sedari kecil. menjadi teman bermain. mendampingi di kiri dan kanan ku, menjadi pengawal keselamatan ku sedari lahir. namun kini, menjadikan aku cemburu melihat mereka dipimpin dan memimpin tangan pasangan masing- masing. mula menjarak atau hanya aku yang merasakan jarak dan sempadan yang sedang berlegar. tamak nya aku masih mahu dipimpin bergandingan bersama mereka lagi. tak puas kah aku disisi kalian sedari kecil. mengapa ada rasa iri hati ini?




punya teman yang sentiasa disisi. sentiasa menguatkan diri disaat lemah tersungkur. sering aku panjatkan doa agar dikau temui kebahagian setimpal dengan kebaikan peri laku mu. alhamdulillah, kamu sudah temui cahaya indah milik kamu. aku bersyukur, tapi kini hati sering pula merasakan kita tidak lagi punya cukup waktu bersama.




punya cinta yang satu, yang sentiasa melengkapkan setiap inci kekurangan diri. dan kini, memberi ruang untuk rasa kedua mengambil tempat di hati. membiarkan keduanya bersaing merebut takhta di sanubari. tamaknya aku, kejamnya aku. mempersenda cinta mereka. bukan, aku bukan mainkan jiwa mereka. aku mencari keserasian antara kalian.




apa sebenarnya mahu aku ya??




tidak bersyukurkah aku??








: : dah punya digital kamera, skrg mahu pula nikon 300 D : :


: : dah punya n73 dan samsung, mahu pula nokia e72 : :




hasrat, keinginan dan impian sanubari~

ada apa2 part tym job x??
yg gajinye nnt boleh aku beli
this gajet???










hasrat,





keinginan,





dan





impian sanubari




Sep 21, 2010

akhirnya~

dilahirkan untuk tidak mungkin manggapai impian dengan tanpa berusaha terlebih dahulu sudah cukup mendewasakan dan mematngkan. memiliki impian untuk punya sesuatu memerlukan usaha yang bukan sedikit kerana diri bukan dilahirkan dalam dulang emas mahupon tuah yang memihak. mahu milikinya sedari semester lepas lagi, namun hasrat hati terpaksa ditangguhkan berikutan keperluan diri lebih memerlukan si manis pink_blacky yang bisa memudahkan urusan perjalanan serta perjalanan seharian. terkenang pembelajaran ekonomi asas ketika di tahap menengah atas yang lalu menjadikan diri mengamalkan prinsip mendahului perkara yang penting terlebih dahulu. namun, impian hati tetap menjerit minta dituruti. akhirnya, atas keinginan yang menggunung berserta sedikit usaha, impian tersebut terlaksana jua~


akhirnye~


Aug 12, 2010

~biarlah~




2 ramadan sudh rupanya...diam tak diam, genap setahun aku bertudung ke cls....hanya ke cls je pon, tu pon nk kecoh!!!! buknnye aku jd ustzh cls fardhu ain pon....~
hahhahahaha...suka hati aku lah, blog aku kan??


serasa, terlalu pantas dan tangkas masa berlari, meninggalkan kenagan dan memori silam yang kadang kala termengah untuk aku kembalikan kesegaran daya ingatan memutarkan setiap peristiwa yang sudah- sudah. Baik yang indah, manis, ceria, bahagia mahupun yang suram, masam, masin, tawar juga yang melarakan hati dan sanubari..

yang dulu baik, bertegur sapa, senyum senantiasa tat kala bersua muka, bermanis wajah tika salm dihulur, kini bagaikan musuh untuk tujuh keturunan lagaknya. Berkongsi jalan yang sama terus dipalingkan wajah,, berselisih bahu dijalanan tanpa menoleh, tanpa renungan, terus meraba kocek, dan bercakap di telefon, tanpa senyum tanpa kata...ahhh, biarlah, tidak ada yang untung pun perilaku seperti itu,...

biarlah situasi itu terusan begini, biarkan kamu syg...aku masih disni, masih boleh tersenyum manis, lebih manis tatkala aku bersama kamu sedikit waktu lalu...sungguh, tidak ada apa-apa yang mengganggu rutin harian ku...bukan mahu mendabik dada tanda aku selesa tanpa kamu, bukan mahu bermegah jiwa biar kamu tak lagi disisi, bukan itu mksud hati.

biarlah.....~

yang pasti kini aku banyk pelajari erti kehidupan, erti kemanusian yang mungkin lagi banyak yang aku perlu tahu dan terus belajar. Tidak semua milik kita itu kekal disamping kita selamanya, ya..itu mmg pasti.

tidak semua teman disisi yang suatu ketika dulu bersama mengharung hujan, meredah panas terik mentari, berkongsi rojak sepinggan, menikmati sesudu cendol bersama, bergandingan mengelilingi gedung ilmu ini akan kekal terus bersama dan kekal senantiasa. Ini bukan nada rajuk atau terasa hati, tapi aku benar faham yakin dan percaya bahawa keindahan itu sedikit sebnyak kian menghilang ekoran tuntutan lain yang lebih indah dan agung.

apalah sangat dengan nilai perhubungan, andai ada lagi perhubungan yang lebih indah bisa terjalin selepas ini???

biarlah~

sekurang-kurangnya kita pernah bersama suatu ketiak dahulu kan??

buat teman-teman yang pernah disisi, masih disisi dan akan mungkin disisi suatu hari nnt, percayalah bahawa aku pernah bahagia dimiliki dan memiliki perhubungan indah ini. Tak perlu kita berusaha mengembalikanya,...

biarlah~

yang berlalu kita biarkan, yang tersinggung kita damaikan. Moga nnt, dikehidupan lain, di frasa akn datg, di lembaran hidup yang nanti- nanti kita ditemukan dengan teman yg lain, yang lebih indah yang bisa mencipta memorial lebih manis, yang pasti lebih melengkapkan ceritera 1001 kisah indah masing- masing.

terima kasih kerana pernah mengindahkan hari-hari lalu aku,sumpahhhh!!!!
aku xpernah harpkan yang indah itu dtg lagi, kerana aku percaya dgn hukum karma, hidup umpama bulatan roda yang perlu melalui sesi suai kenal, mengenal budi bicara, menanggani kepincangan pendapat dan akhirnya terkeluar terus dari gelincir roda tersebut. Dan walau hilangnya roda tersebut, namun yang pasti kadang kala naluri terusik juga mengenang yang sudah- sudah.

biarlah~