saya mahu kamuuuuuu~
da diana dream's
Oct 4, 2010
Sep 28, 2010
keperluan & keinginan
"keperluan yang terhad, mengatasi keinginan yang tidak terhad"
itu perkara pertama yang aku belajar tentang ekonomi asas waktu ting. 4 dulu dan aku masih ingat sampai detik ini.
sebetulnya keperluan yang sepatutnya aku perlukan sememangnya sudah mencukupi. dikurniakan keluarga yang lengkap, punyai abah, ibu, abang, kakak dan adik. aku dikira antara yang bertuah kerana punya semua ini, tak seperti anak tunggal yang keseorangan, tidak seperti anak sulung yang tak punya abang dan kakak tempat mengadu, tak seperti si bongsu yang tak punya adik buat peneman bermain. bertuahkan aku?? kasih sayang kalian sudah melimpah ruah buat santapan aku, terima kasih ya.
aku punya teman yang sentiasa disisi, tika tangis dan gembira. tika susah dan senang, tika sibuk dan lapang, tika sunyi dan damai, tika badai dan gelora datang menghimpit, tika kesempitan dan segalanya. aku tetap punya teman yang sentiasa di sisi. thanks a lot babe!
aku punya cukup segalanya dalam kehidupan, berdirinya aku dalam usia 22 tahun ini, aku di isi dengan didikan yang cukup, pelajaran yang sempurna, malah melihat mereka yang tak punya apa yang aku miliki aku jatuh kasihan. mungkin ini takdir aku, dilimpahi nikmat yang indah. aku punya semua.
cukup segala keperluan aku sebagi manusia
keinginan yang tidak terhad aku telah mengatasi rasa syukur. punah segala didikan dan asuhan milik aku. sering meminta- minta untuk di kurniakan lebih apa yang telah aku miliki. bangga punyai keluarga yang sempurna, nahhh aku dihimpit gelora kasih beralih arah. seluruh anggota berhimpun mencari penyelesaian yang tak kunjung tiba. menangis, meratap mencari salah dan silap. ya, aku bukan berpegang pada fahaman liberal sepenuhnya yang mampu terima berlaku perkongsian kasih. tak rela diri andai kasih itu beralih arah. terasa bagai tak lagi diperlukan, bagai tak lagi punya kepentingan. resah aku dengan situasi ini.
punya abang dan kakak yang sentiasa disisi menemani malam- malam gelap sedari kecil. menjadi teman bermain. mendampingi di kiri dan kanan ku, menjadi pengawal keselamatan ku sedari lahir. namun kini, menjadikan aku cemburu melihat mereka dipimpin dan memimpin tangan pasangan masing- masing. mula menjarak atau hanya aku yang merasakan jarak dan sempadan yang sedang berlegar. tamak nya aku masih mahu dipimpin bergandingan bersama mereka lagi. tak puas kah aku disisi kalian sedari kecil. mengapa ada rasa iri hati ini?
punya teman yang sentiasa disisi. sentiasa menguatkan diri disaat lemah tersungkur. sering aku panjatkan doa agar dikau temui kebahagian setimpal dengan kebaikan peri laku mu. alhamdulillah, kamu sudah temui cahaya indah milik kamu. aku bersyukur, tapi kini hati sering pula merasakan kita tidak lagi punya cukup waktu bersama.
punya cinta yang satu, yang sentiasa melengkapkan setiap inci kekurangan diri. dan kini, memberi ruang untuk rasa kedua mengambil tempat di hati. membiarkan keduanya bersaing merebut takhta di sanubari. tamaknya aku, kejamnya aku. mempersenda cinta mereka. bukan, aku bukan mainkan jiwa mereka. aku mencari keserasian antara kalian.
apa sebenarnya mahu aku ya??
tidak bersyukurkah aku??
: : dah punya digital kamera, skrg mahu pula nikon 300 D : :
: : dah punya n73 dan samsung, mahu pula nokia e72 : :
hasrat, keinginan dan impian sanubari~
Sep 21, 2010
akhirnya~
dilahirkan untuk tidak mungkin manggapai impian dengan tanpa berusaha terlebih dahulu sudah cukup mendewasakan dan mematngkan. memiliki impian untuk punya sesuatu memerlukan usaha yang bukan sedikit kerana diri bukan dilahirkan dalam dulang emas mahupon tuah yang memihak. mahu milikinya sedari semester lepas lagi, namun hasrat hati terpaksa ditangguhkan berikutan keperluan diri lebih memerlukan si manis pink_blacky yang bisa memudahkan urusan perjalanan serta perjalanan seharian. terkenang pembelajaran ekonomi asas ketika di tahap menengah atas yang lalu menjadikan diri mengamalkan prinsip mendahului perkara yang penting terlebih dahulu. namun, impian hati tetap menjerit minta dituruti. akhirnya, atas keinginan yang menggunung berserta sedikit usaha, impian tersebut terlaksana jua~
Aug 12, 2010
~biarlah~

2 ramadan sudh rupanya...diam tak diam, genap setahun aku bertudung ke cls....hanya ke cls je pon, tu pon nk kecoh!!!! buknnye aku jd ustzh cls fardhu ain pon....~
hahhahahaha...suka hati aku lah, blog aku kan??
serasa, terlalu pantas dan tangkas masa berlari, meninggalkan kenagan dan memori silam yang kadang kala termengah untuk aku kembalikan kesegaran daya ingatan memutarkan setiap peristiwa yang sudah- sudah. Baik yang indah, manis, ceria, bahagia mahupun yang suram, masam, masin, tawar juga yang melarakan hati dan sanubari..
yang dulu baik, bertegur sapa, senyum senantiasa tat kala bersua muka, bermanis wajah tika salm dihulur, kini bagaikan musuh untuk tujuh keturunan lagaknya. Berkongsi jalan yang sama terus dipalingkan wajah,, berselisih bahu dijalanan tanpa menoleh, tanpa renungan, terus meraba kocek, dan bercakap di telefon, tanpa senyum tanpa kata...ahhh, biarlah, tidak ada yang untung pun perilaku seperti itu,...
biarlah situasi itu terusan begini, biarkan kamu syg...aku masih disni, masih boleh tersenyum manis, lebih manis tatkala aku bersama kamu sedikit waktu lalu...sungguh, tidak ada apa-apa yang mengganggu rutin harian ku...bukan mahu mendabik dada tanda aku selesa tanpa kamu, bukan mahu bermegah jiwa biar kamu tak lagi disisi, bukan itu mksud hati.
biarlah.....~
yang pasti kini aku banyk pelajari erti kehidupan, erti kemanusian yang mungkin lagi banyak yang aku perlu tahu dan terus belajar. Tidak semua milik kita itu kekal disamping kita selamanya, ya..itu mmg pasti.
tidak semua teman disisi yang suatu ketika dulu bersama mengharung hujan, meredah panas terik mentari, berkongsi rojak sepinggan, menikmati sesudu cendol bersama, bergandingan mengelilingi gedung ilmu ini akan kekal terus bersama dan kekal senantiasa. Ini bukan nada rajuk atau terasa hati, tapi aku benar faham yakin dan percaya bahawa keindahan itu sedikit sebnyak kian menghilang ekoran tuntutan lain yang lebih indah dan agung.
apalah sangat dengan nilai perhubungan, andai ada lagi perhubungan yang lebih indah bisa terjalin selepas ini???
biarlah~
sekurang-kurangnya kita pernah bersama suatu ketiak dahulu kan??
buat teman-teman yang pernah disisi, masih disisi dan akan mungkin disisi suatu hari nnt, percayalah bahawa aku pernah bahagia dimiliki dan memiliki perhubungan indah ini. Tak perlu kita berusaha mengembalikanya,...
biarlah~
yang berlalu kita biarkan, yang tersinggung kita damaikan. Moga nnt, dikehidupan lain, di frasa akn datg, di lembaran hidup yang nanti- nanti kita ditemukan dengan teman yg lain, yang lebih indah yang bisa mencipta memorial lebih manis, yang pasti lebih melengkapkan ceritera 1001 kisah indah masing- masing.
terima kasih kerana pernah mengindahkan hari-hari lalu aku,sumpahhhh!!!!
aku xpernah harpkan yang indah itu dtg lagi, kerana aku percaya dgn hukum karma, hidup umpama bulatan roda yang perlu melalui sesi suai kenal, mengenal budi bicara, menanggani kepincangan pendapat dan akhirnya terkeluar terus dari gelincir roda tersebut. Dan walau hilangnya roda tersebut, namun yang pasti kadang kala naluri terusik juga mengenang yang sudah- sudah.
biarlah~
Jul 22, 2010
mampukah aku
menjengguk semula ke alam kampus, ahh sudah bergelar super senior rupanya aku. diam tak diam, sudah berada di tahun ke3,di tahun akhir, tahun yang penuh dengan ke'busy'an, bergelumang dengan nota2 kuliah, perlu rajin menjengukan wajah di perpustakaan, ke toturial tanpa perlu adanya kepontengan seperti semester2 yang lepas, tergapai- gapai mencari bahan untuk kajian tesis dan etc.....
huhhhh,bertanya pada diri "mampukah aku menjalani kesibukan di tahun akhir ini"???
seperti kata yang sering dilontarkan seorang sahabat seperjuangan yang masih belum bertemu muka untuk semester ini, Tores " mengapa tidak "...(sudh bgaikan tredmark si tores ini). terkesan dengan kata- kata tersebut, aku mengandaikan mengapa tidak untuk aku juga boleh seperti mereka2 yang lain.
hadir ke kuliah pertama, kuliah si bekas ketua jabatan yang tersgtlah comel dalam penglihatan,juga pernah merangkap bos dahulu, bercerita beliau akan kesibukan diri menguruskan urusan duniawi, akan kehebatan manusia yang berilmu,...
wahhhh, meneguk liur seketika mengagumi kepintaran akal. berkata lgi beliau tentang ilmu, tentang peluang pelajaran, tentang peluang yang perlu direbut dan diregut...
melihatkan prestasi diri, terasa bagai peluang kian menipis, ruang semakin sempit untuk turut serta menjadi antara yang menyumbangkan ilmu duniawi. menilai pula tahap kemalasan minda bergerak, mencerna hujah2, mematahkan petah2 dan memutar belitkan kata...ahh, mmg aku bukan manusia yang mampu untuk itu. melihat pula akan slip keputusan peperiksaan (agak memberangsangkan) namun masih belum cukup untuk mendapatkan apa yang diperlukan bagi merebut peluang yang terhidang didepan mata.
yang aku mampu ketika kata masih diungkapkan, hanyalah menundukan wajah, melihat sandal rm6.90 itu, merenung ke dada lantai dewan kuliah, menangis sudah hati, menjerit pula sanubari.
AKU SUDAH JADI ORANG YANG GAGAL!!!
namun, di belek2 kemudianya slip exam, mengira pointer di skrin n73, mencongak pendapatan A untuk kursus yang bakal diambil...
AKU MASIH PUNYA HARAPAN!!!(namun sangat mustahil kebarangkalianya)
Arghhhh....biarlah, jika sudah terbentang mmg itu rezeki milik aku, adalah ia,tidak kira di mana pun aku nnt, tidak semestinya di gedung ilmu kampus bertaraf perdana ini sahaja, mungkin masih ada di luar nanti peluang dan ruang berpihak pada seorang aku.mana tahu mungkin nanti ada ruang untuk aku mengenggam phD biar sudah bergelar isteri orang, sudah bergelar mummy beranak lima,...hahahahhaha~
moga usaha aku kian melangit tinggi di awan biru dan terus melepasi galaksi bulan yang terang~
Jul 11, 2010
puyuh dan panda
ahhh....
bersama menghirup udara yang sama,
mengisi ruang- ruang kosong yang ditinggalkan
menganyam impian yang awalnya milik sendiri- sendiri.
mungkin nanti yang sendiri itu jadi hak bersama, ( tersenyum sendiri)
ahhh....
syukur,
menadah tangan kehadap dia yang esa, kerna mengirimkan saya si puyuh itu,
kerna juga memberikan saya ruang berkongsi ceritera bersama si anak emak itu.
terasa mahu terus berdondang sayang mengikut rentak jazz, sambil tersenyum-senyum tanpa perlu menoleh ke belakang melihat ceritera yang lepas- lepas. kerna saya akan lemas bila mengenang yang lepas- lepas itu
mogo si puyuh terus menjadi puyuh buat si panda ini, kerna si panda kamu ini perlukan kopi dimalam-malam harinya, hanya puyuh yang bisa menjadi kopi buat si panda.
terima kasih sebab selalu jadi kopi untuk malam- malam resah saya tau!!!!
bersama menghirup udara yang sama,
mengisi ruang- ruang kosong yang ditinggalkan
menganyam impian yang awalnya milik sendiri- sendiri.
mungkin nanti yang sendiri itu jadi hak bersama, ( tersenyum sendiri)
ahhh....
syukur,
menadah tangan kehadap dia yang esa, kerna mengirimkan saya si puyuh itu,
kerna juga memberikan saya ruang berkongsi ceritera bersama si anak emak itu.
terasa mahu terus berdondang sayang mengikut rentak jazz, sambil tersenyum-senyum tanpa perlu menoleh ke belakang melihat ceritera yang lepas- lepas. kerna saya akan lemas bila mengenang yang lepas- lepas itu
mogo si puyuh terus menjadi puyuh buat si panda ini, kerna si panda kamu ini perlukan kopi dimalam-malam harinya, hanya puyuh yang bisa menjadi kopi buat si panda.
terima kasih sebab selalu jadi kopi untuk malam- malam resah saya tau!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)



