da diana dream's

Jul 11, 2010

puyuh dan panda

ahhh....
bersama menghirup udara yang sama,
mengisi ruang- ruang kosong yang ditinggalkan
menganyam impian yang awalnya milik sendiri- sendiri.
mungkin nanti yang sendiri itu jadi hak bersama, ( tersenyum sendiri)


ahhh....
syukur,
menadah tangan kehadap dia yang esa, kerna mengirimkan saya si puyuh itu,
kerna juga memberikan saya ruang berkongsi ceritera bersama si anak emak itu.
terasa mahu terus berdondang sayang mengikut rentak jazz, sambil tersenyum-senyum tanpa perlu menoleh ke belakang melihat ceritera yang lepas- lepas. kerna saya akan lemas bila mengenang yang lepas- lepas itu

mogo si puyuh terus menjadi puyuh buat si panda ini, kerna si panda kamu ini perlukan kopi dimalam-malam harinya, hanya puyuh yang bisa menjadi kopi buat si panda.
terima kasih sebab selalu jadi kopi untuk malam- malam resah saya tau!!!!

Jun 13, 2010

menghormatinya satu tanggungjawab!!!


penghormatan yang di beri
kasih yang di baja
sayang yang di simbah

namun kenapa masih ada pengkhianatan
mengapa masih wujud insan yang mengkhianati rasa itu
kenapa masih perlu biarkan ianya bernyawa di muka bumi ini??

adilkah???

Apr 29, 2010

:: menanti ::



kalut sudah hati
resah sudah jiwa

berlalu pergi kenangan itu
ditinggal pergi sejarah itu

terbiasa di teman kamu
terseret aku di lembah duka
tika kini,
setelah tiada

terbiasa hidup tanpa kamu
kini,
dirayu,
dipujuk,
diruntun,
dibelai kembali

ahhh....
hati jadi sejuk
jiwa jadi sayu
resah kembali surut

entah,

dihati masih pilu
dijiwa masih rindu

menganyam memori semalam
tersenyum aku sendirian
melirit kisah yang sudah
menangis hati sendirian

bukan mahu lari
aku masih disina
kaku
statik
tak berganjak

menanti ditarik
menanti dipimpin
menanti dipeluk
dibawa pergi ke jalan
impian



:: rindu itu syahdu ::

Apr 23, 2010

~ ini cara saya study ~
:: sila jangan ikut ::
::: ini hanya pembacaan bagi yang malas seperti saya :::



lepas bangun tidor walaupun pukul 12 tghri ketika itu, perlu terus mandi. saya memang akan terus mandi selepas bangun, ini kebiasaan saya sebb lepas mandi saya akan jadi segar bugar, mata pon akan jadi cerah, tidak lesu melihat note2 saya itu.

asingkan kan note2 yang sepatutnya di stdy elok2. maksudnya, saya mesti pastikn note2 yg saya baca itu nnt kemas, cantik dan tersusun rapi. jika mahu lebih cantik, dan lebih cute, kepilkan note2 wajib itu dengan pengepit yg comey2. kadang2 saya juga gunakan penyepit atau kelip rambut saya.

dah mandi, dah asingkan dan dah kemaskan note2 tersebut,

jom mula stdy.
saya akan stdy subjec atau topic yg sudh lengkap, sbb note saya selalu nya tdk lengkap, ini kerana saya selalu mls nk salin note2 dalm kuliah kerana tgn kiri saya ini sgt cept lenguhh. owhhh, alasan indah saya je tu. sila jgn contohi.

baca dan baca terus baca.

untuk note2 yg tdk lengkap, akn saya lengkapkan dgn minta dari kawan2 yang rajin menylin note kuliah, juga kepada mereka yg bernasib baik kerana asgmnt mereka keluar exm. ini adalah berdasarkan sport question bersama.


dah julen bijik mata bace, dah nk tekeluor ank mata tu tapi xdapt gak. ehrrmmm, saya akn gunakan hightlight yang berwarna-warni seperti bubur caca kegemaran saya untuk lebih memberikan tarikan terhadap note2 tersebut. pastikan berwarna- warni, baru meriah ok.


owh lupa pulak, sebelum tu, pastikan bekalan air masak yang penuh sekole atau bahasa betulnya sejag atau sebotol. sebb air penting untuk oksigen yg cukup. lagi satu, bila saya minum bnyk air, saya akn selalu nak buang air, jadi saya tidak akan boleh culas iaitu tidor kerana saya pasti terjage sbb perlu ke bilik air. wahhh, inilah petua saya tidk mengantuk ketika stdy.


lepas bace note yg berwarna warni ala2 burung merak itu, cepat2 buat note kecik2 yg comey pula. iaitu, dgn gunakan kertas yg kecil2 atau pon yg di lipat2 cantik supaya timbul mood stdy.
note2 kecik yg comey ini juga akan memudahkan untk dibawa kemana sahaja waima ke tandas sekali pon nnt. percayalah!!!

perlu di ingtkan, selain air masak, saya juga gunakan air kopi dan nescafe utk saya tdk tetidor di meja stdy. juga sediakan sedikit jajan yg menjadi kegemaran.

mahu lebih enjoy?? saya juga akan buat game utk diri saya sendiri. iaitu, selepas hafal, faham, ingt dah kira mmg boleh jawab la if soaln exm keluar nnt. saya akn dapt nikmati jajan kegemarn yg saya sendiri sediakan. hahahahhh, ni tips terbaik saya ok!!!

untuk tdk bosan, saya akn dgr music. contohnya lagu2 dangdut ke, hindustan ke, yg leleh2 ke. layan je, buat halwa telinga capang saya ini.

lagi satu tips stdy supaya tdk bosan ialah lepas habis stdy sesuatu topic itu, lepas mkn jajan yg ada tu, buat panggilan telefon pda sesape je yg tdk ckp soal stdy. atau jgak saya akan sms pada kwn2 dan insan2 terpilih pilihan saya. tapi tips ini tdk di sokong ibu saya yang tercinta ok.

ok

dah habis buat semua ni, ulang semula untuk subjek atau topik yang seterusnya...

tolong sila jgn salahkan saya jika ada yg ikot tapi result nnt mengecewakan anda, sbb setiap org punya cara stdy yg tersendiri.


:: mahu result lebih hebat utk sem ini ::

Apr 22, 2010






along aku mahu kahwen...

dia satu-satunya abg aku, dia jugak satu-satunya putera dalam keluarga, dialah si sulung yang selalu melindungi puteri- puteri keluarga, dialah yang sering memantau kelibat para adinda berpeleseran, merisik disetiap ruang sudut kehidupan para adinda terbaik miliknya. along aku mahu kahwen... aku sebenarnya tidak mahu dia kahwen lagi, tidak bisa rasanya hati ini berkongsi kasih bersama ipar duainya nanti, tidak tertanggung rindu di pagi syawal tatkala dia dirumah mentua, tidak boleh pula hati ini melihat perhatianya kini dibahagi-bahagi cambahan rasa tanggungjawabnya setelah aku dan hanya kami bertiga sahaja dalam pemerhatianya selama ini.

along aku mahu kahwen...

ntah??
tak tahu sebenarnya apa perasaan ini?? gembira? sedih? benci?terluka? atau apa sebenarnya?


along aku mahu kahwen...


tamak kan aku ini??
hanya mahu aku sahaja dan kami adindanya sahaja yang menjadi pemerhatianya, tak mahu berkongsi kasih, apatah lagi bersaing sayang bersama sederetan adinda barunya

along aku mahu kahwen...

dulu, aku lah si adik yang membonceng bmx along (duduk di handle menghadap along, pegang bahunya sbb basikal bmx tidak ada pelantar duduk belakang), pernah juga kami terjun bersama bmx itu ke parit, kecoh juga jadinya bila aku lemas di dasr parit depan kedai mi kuah dulu. teruk along dimarh abh, capang telinga along di pulas ibu bila aku menangis ketika itu. along diam,takut.

akulah si adik yang akan dibawanya bersama bermain (sebb along kene jaga adik2 walaupon pergi main,kalau xbwk sama nnt along xboleh keluar main),itu mmg peraturan ibu dah tetapkan.

akulah yang mahu mandi bersama along (sbb dia pandai syampokan rambut dan buat aku tak pedih mata),

akulah si adik yang mengongoi menangis bila ditarik tocang kuda di sekolah,
akulah si adik yang masih mahu di suapkan nasik sambil tengok cartoon oleh along, akulah si adik yang masih adik seperti 22 tahun dahulu...

along aku mahu kahwen...

bila meningkat remaja ini, hati diusik, hubungan pon terjalin, tapi...
along marah,dia tak suka,.. bukan dia tak suka dengan pilihan aku,tapi dia tak suka aku ada hubungan dengan sapa2 pon... dia tak mahu aku dijaga oleh lelaki lain
dia tak mahu aku mendapat perhatian oleh lelaki lain dia tak mahu aku ada lelaki lain selain dia sebab...
selama ini hanya dia lelaki milik aku hanya dia lelaki yang menjaga aku hanya dia yang memanjakan aku ya hanya dia...

along aku mahu kahwen...

melewati tarikh2 akhir majlisnya
bicara kami dari hati kehati terungkai
katanya:
"along tak mahu jadi along yang gagal"

along tak masuk universiti,along tak pandai macam adik2 along semua,along bukan kebanggaan keluarga dalam pelajaran,along nak ayg belajar pandai2, sampai graduate,sampai boleh jadi kebanggaan keluarga...
biar nnt, selain abah,along lelaki yang datang dihari konvokesyen nanti,bukan lelaki lain yang hadiahkan bunga besar yang ada tedy bear mcm yang ayg tulis dalm diary pink ayg masa kecik2 dulu tu, along tak nak ayg gagal,sebb ayg adik kebanggaan along. dari dulu ayg yang paling pandai,cepat je hafal sifir dari along dan angah,salu dapat no.1 dalam kelas bila peksa,salu dapat hadiah yang best2 dari abh sbb dapt no.1, tym tu, along tak penah jeles, tak penah cemburu sbb kalau boleh along pon nk bagi mainan dokter2 yang ayg nak,(tadika) along pon nk bg beg convers yg ayg nak (darjah 6), along pon nk bg jam swatch yg ayg nak tu (ting.2)... along tak kisah abh bg sume tu kat ayg, sbb mmg ayg layak dapt.

bila along bawak ayg ikot tgok along main bola kat padang, ikot along main futsal.. kalau ada kawan2 along yang kirim salam, cakp adik along cantik, tny pasal ayg,..
along marh,tunjuk penumbuk kat kawan2 along,kadang2 tunjuk fuck bila ada yang panggil along abg ipar..

tapi ayg taw tak, sebenarnya along suka bawak ayg ikot, sbb kawn2 salu puji adik along cantik, mata ayg cantik, comey, along bangga, ati pon kembang bila kawan2 ckap mcm tu, sbb adik along mmg cantik..
sebb tu, sampai sekarang pon along salu bawak ayg ikot along, sampai kadg2 p ofice along pon, along bawak. bila kwn2 tny, along bangga bila cerita adik along pandai, belajar kat University, along bangga.


hubungan kita jadi renggang,jadi jauh,

bila ayang bawak dia dtg rumah masa raya ritu, mmg along tak suka. along tak boleh terima kenyataan. along masih rasa adik along kecik2 lagi. sampai kadg2 angh yang dah kawen pon along rasa masih adik yang along bawak ke hulu ke hilir mcm dulu lagi. along taw, mmg along biadap bila terus masuk bilik masa tu, mmg along tak suka sebenarnya.
sebab along tak nak adik along gagal dalam bercinta, along tak nak nnt hati adik yang along sayang terluka nnt, along takut ada lelaki yang nak rosakkan adik along. sebb kalau semua tu jadi, along dah jadi abg yang gagal!! along tau, ayang pandai jaga diri, tapi along tetap risau jugak, sabb mmg along selalu risau pon. sebb tu, tiap2 minggu bila xda class ayg mst along angkut bawak balik rumah angh, kalau ayg balik kg. baru hati along lega. along risau ayg merayap merata-rata kat kl ni. kalau ayg rasa along over protected, along tak kisah sbb mmg along tetap akan jaga adik2 perempuan along macmni dari dulu sampai sekarang dan sampai bila- bila

menangis,mengongoi,berhingus sudah hidung... tak terkata-kata aku tak terluah bicara aku yang ada hanya lagu sendu rungkaian itu, aku biarkan tergantung bersama basah dan lecah muka dengan air mata...


sebb banyak yang aku mahu luahkan sebenarnya, ada lagi yang aku mahu bicarakan sedalamnya, juga mahu membidas setiap perkataan itu semahuku... sebb aku juga tak mahu along ada perempuan lain dalam pemerhatianya, dalam kasih sayangnya, dalm penjagaanya. tapi aku tak bisa,

kerana aku sedar..


sama seperti aku yang tetap perlukan seorang putera untuk melindungi walaupon dikawal dan dilindungi oleh pengawal.
along juga tetap perlukan permaisuri untuknya jaga walaupon banyak lagi yang perlu dipeliharanya...




:: aku juga tak mahu jadi adik dan manusia yang gagal ::




terasa mahu cerita kisah gedik aku ini...

mahu approve ke tidak ye??
masa mula2 tengok info dia, suka la tengok status single die tu...
tapi kan, bila tengok2 balik...
ehrrrmmm...~

bukan tak nak, tapi bila tgok ada pic dia dgn awek dia dulu aku jadi tak mahu pulak approve...
kenapa ye aku ni gedik sangat??
yang aku punya pic gedik-gedik dengan laki tu boleh pulak??
suka hati dia la dia nak letak pic awek dia, ehhh2, awek dia yang letak pic mereka berdua...

perlu ke ada perasaan begeni??

kenapa aku rasa seperti ini bila tengok itu semua??

tamak nye aku ni, kan aku pon dah bahagia,
kenapa ada rasa ini pulak tengok dia bahagia dengan orang lain??

hati oh hati...

perasaan oh perasaan...

jiwa oh jiwa...

apa mahu mu sebenarnya ya???




:: teringt pulak zaman dulu2, pergi sekolah sama2...ahahaks~ ::

Apr 18, 2010














AKU RINDU SAAT2 INI,BAGAIMANA KALIAN???




Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih

Kata dibuka dengan segala puji bagiNya
DIA hadir dalam diri insan yang bernama manusia,selemah2nya
Hadirnya rasa kasih sesama insan adalah kerana Dia

Tatkala di hujung sebuah permulaan Aku menoleh kebelakang, menggamit 1001 memori
Ada yang suka
Ada juga yang duka
perhubungan setahun jagung ini....diibaratkan berdekad lamanya
Memetik kata seorang sahabat,
"guru yang paling banyak mengajar ialah pengalaman",
Pengalaman mengajar seharusnya menginsafkan
Aku sesungguhnya berasa sedih dan suka
Kerana diizinkanNya melalui pengalaman ini

Apabila gelak tawa tidak lagi seperti dulu
Apabila senyuman tidak lagi setulus dulu
Apabila masing2 mula menjauhi
Namun aku redha

Itulah lumrah dunia


Para sahabat
Sesungguhnya diri ini tidak bijak bermadah
Dalam memilih secangkir kata
dalam menghiaskan bait2 kata yang tidak seindah persahabatan ini

Indahnya tatkala kita mengalirkan air mata bersama

Dan diseka oleh jari jemari sahabat dengan senyuman penyejuk hati

Meyakinkan bahawa lahirnya kita ke dunia tidak berseorangan semesti harus kita lalui dalam kesepian

Ku sedih

Tatkala ego mencengkam hati
Sukar mengakui bahawa sesungguhnya setiap dari kita merindui dan menyayangi
setiap dari kita

Yang benar tetap benar
Yang salah tetap salah

Namun,
setiapnya adalah manusia
Tak lari dari salah
Tak juga mustahil berkata benar


Sahabat
Jangan dibiarkan tempoh ini berlalu dengan penyesalan
Jangan dibiarkan hasrat terpendam terkubur begitu sahaja

Biar amarah dan benci disimpan sehingga membara
Titiskanlah air mata dan biarkan ia terhapus


Sesungguhnya...
Masa ini tidak lama
Masihkah kau ingat kita berlari2
Di kaki langit mencari pelangi
Waktu hujan turun kita basah bersama
Masihkah kau ingat...??

Aku masih ingat........
setiap detik tangis dan tawa

Setiap herdik dan jerih

Setiap detik...

Moga Tuhan memberkati kalian semua...
Semoga berjaya dalam peperiksaan dan hidup.
Dunia dan Akhirat
AMIN.....~


p/s : hipokrit itu berlaku apabila anda yg mulakanya dahulu...~