da diana dream's

Apr 14, 2010

CINTA KALIAN YANG KU RASAKAN BODAH

cinta itu satu anugerah
cintu itu perasaan indah yang sukar digambarkan
keasyikannya
kenyamanannya

aku juga pernah dan sedang melaluinya...

tapi kenapa ya???
kerana cinta banyak manusia jadi bodah??
kenapa tidak disimpan kebodohan diri itu dalam almari dapor sahaja?
kenapa tidak dibiar kebangangan diri itu dalam peti ais sahaja?

huh.....
semakin hari, melepasi alam riang kanak-kanak, melangkaui keindahan zaman remaja dan kini meniti usia kedewasaan...
sungguh!!!
aku penat melihat cinta BODOH kamu dan kamu itu
bukan aku mahu salahkan perasaan qudus kurniain ALLAH SWT itu,
bukan aku mahu menghukum pemilik cinta indah itu.
bukan...
bukan itu niat aku...

ini hanya kerana melihat dan mendengar kisah cinta bodoh kamu, kamu dan kamu itu menjadikan aku bengang, geram, benci dan meluat untuk terus mendengar kisah bodoh kamu...


kes pertama

kawan baik aku,
dari sekolah rendah,
seorang kawan yang selalu melindungi aku dahulu,
sekarang bekerja dalam perkhidmatan awam,
bangga aku melihat sesusuk tubuh nya dengan unifom idaman beliau dari dahulu lagi,
punya teman lelaki yang tidak bekerja,
sebaya,
juga kenalan aku,
bayangkan...
duit gajinya di guna untuk menyara si durjana pemalas itu,
menanggung biawak hidup yang menjelikkan pandangan aku,

si biawak hidup itu mahu kereta, di hadiahnya myvy hitam
tak cukup duit buat bayaran muka, dipinjamnya dengan koperasi kerajaan,
si biawak berjudi lalu meminjam wang ah long
si bodoh ini pula yang menyerah diri sebagai penjamin sehingga menyerahkan kad may bank pada si ah long,
myvi hitam si bodoh yang bayar, tapi si biawak usung perempuan lain ke disco, alsanya, nnt bawak si bodohh kalau ada serbuan pihak berkuasa si bodoh kene buang kerja. bukanya si bodoh tidak tahu biawak hidup itu mengusung betina lain dalam myvi hitam yang dibayarnya saban bulan itu. kerana sayang dan cinta bodoh si bodoh itu, maka bersabar sahaja lah wahai hati!! malah, biawak hidup menogak arak pon mintak duit dari si bodoh tuli dan dengan kebodohan juga si bodah beri duit buat biawak bersuka ria. tinggal lah si bodoh di rumah sewaan bersama tapi di bayar si bodoh seorang diri itu tersedu sedan telefon aku dan cerita.

dengan penuh rasa kasih dan sayang aku mohon si bodoh berfikir untuk tinggalkan biawak hidup itu,..
tak mahu!!!
tidak mengapa,aku faham. mungkin sayang sangat.
dengan rasa kasihan aku minta sibodoh suruh biawak hidup belaanya itu mencari kerja,..
ok, nnt aku suruh!!!

tapi, aku tengok dah 3 tahun si bodoh terus membela biawak hidup.
yang lebih menunjukan kebodohan si bodoh bila berlaku pertelingkahan antara mereka baru- baru ini sehingga biawak tersebut mencederakan si bodoh sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di klinik yang menelan kos lebih seratus ringgit Malaysia, aku jadi pelik...bila seminggu kemudian, biawak dan si bodoh masih tinggal bersama.

kes kedua
gempar satu negara kecil milik kita ini bila arwah adik syafia mati di dera teman lelaki ibu sendiri. kecoh seantero Malaya ini bila tahu ibu dan si pembunuh binatang itu rupanya tinggal bersaam sehingga telah dan bakal pula melahirkan adik- adik buat arwah syafia. bukan kah juga cinta bodoh buat wanita yang masih berstatus isteri tinggal bersama lelaki panas baran bertaraf syaitan ini??
malah,status syafia sendiri menurut pertimbangan aku perlu di cari gali lagi jika mahu melihat betapa bodohnya cinta si bodoh ini, kerana suami si bodoh ini dipenjarakan sejak tahun 2006 sedangkan syafia baru berusia 3 tahun pada awal 2010. ibu bapa pada si bodoh ini juga pada aku mungkin terlepas pandang bahawa anak mereka itu sebenarnya masih bersuami, bersuami baru atau belom pon bersuami???
tapi, yang pelik dan musykilnya aku dan seluruh yang mengambil tahu kisah tragis ini, mana mungkin ibu bapa si bodoh kedua ini yang juga merangkap datuk dan nenek adik syafia ini tidak tahu anak mereka bersekedudukan dengan binatang kejam itu sehingga telah pon lahirkan adik buat arwah syafia???
entah,aku jadi keliru...dan aku pasti ramai yang masih pening lalat dengan status mereka yang terlibat dalam kisah tragis ini.
tak kisah lah siapa pon bapa kepada adik syafia ini, bukan jadi kudis pon buat aku. tapi aku hairan bagaimana seorang ibu sanggup biarkan si kekasih hati mencederakan dan mendera anak yang hidup dirahim nya selama 9 bulan itu, yang dilahirkan nya sendiri itu??
semua nya kerana cinta bodoh, betol kan???

kes ketiga
kes- kes pembuangan bayi lewat tika ini pula menunjukan dengan jelas akan kebodohan demi kebodohan cinta si bodoh di mata dunia


semoga aku dan orang sekeliling seterusnya seluruh manusia di alam ini terlepas dari kebodohan akibat cinta ini
amin~



di hari lebaran


jalan2 ke langkawi

" selamat ulang tahun...
semoga rahmat,
taufik, kebenaran,
keredhan
dan
hidayah
sentiasa memayungi ibu, melindungi ibu,
dan
mengiringi kebahagian yang sama-sama kita impikan.."

ini msj untuk ibu...
bukn xmampu nk coll n then wish epy bufday
tapi aku takut
takut
andai aku tdk mampu berbicara selancar tulisan tersebut
takut sebak di dada meresahkan tutur kata
takut pecahnya empangan yang sedia tertakung dek air mata
takut
takut
dan
.
.
.
.
.
masih tetap
takut

andai masih ada lagi kesedihan
keresahan
kesusahan
kepayahan
kesayuan
dalam butir bicara seterusnya...

kebetulan dapat emel dari sepupu video doktor yg sedang membelah perut si ibu untuk mengeluarkan sesusuk jasad dan nyawa si comel

*sob sob sob...
berhentilah duhai air mata*

sumpah sape yng tgok kalau tak ngs atau atleast sebak dadanya mmg manusia yg xada hati dan perasaan

aku bertuah
diberi peluang menginap selama 9 bulan di rahim nya
aku beruntung diberi ruang merasa belai mesra nya
aku bersyukur diberi kesempatan menikmati kasih nya
di izinkan allah memanggil nya sebagai "ibu"

ya dia...
dia ibu ku
dia wanita terhebat
wanita yang gagah hati nya
wanita yang kental semangat nya
wanita yang hebat dimata dan hati aku

bukan sedikit kesukaran hidup wanita hebat ini
bukan secupak kesusahan yang telah di lalui nya
bukan seminit dugaan menguji kekentalan jiwa nya
bukan juga seinci ujian mendepani jalan berliku milik nya

alhamdulillah....
aku diberi sedikit ruang untuk membahagiakan nya
semoga aku terus diberi peluang dan kesempatan buat membahagiakan wanita terhebat ini


:: mahu jadi sehebat beliau ::



Apr 13, 2010



DUGAAN...
entah apa mksud sebenar dugaan yg aku selalu sebut2kan pon aku kurg pasti sebenarnya
tp apa yg aku tahu ttg DUGAAN.....
DUGAAN adalah sesuatu rintangan atau sedikit kesusuhan juga disebut kesukaran yang mknanya hampir serupa dengan ujian yang perlu ditempuhi bagi setiap yang bernama manusia

selagi yang bernama manusia,
siapa lah kita hendak menolak apa itu DUGAAN yang telah ditetapkan???

kata ustazah zaiton, masa aku sekolah rendah dulu (skolah keb. toh johan)
kalau kita di uji atau didtgi DUGAAN
kita kene ucap 'alhamdulillah'
kene bersyukur sebb ALLAH menguji kita
masa tu berebut2 lah pelajar tahun 3 melor angkat tgn nk tny kat ustazah zaiton kenapa kene ucap alhmdllh plak??

nak tau apa jwpn ustzh???

DUGAAN tu satu anugerah ALLAH SWT kepada hambanya
hamba yang semakin lalai
hamba yang disayangi
hamba yang dikasihi

kenapa pulak???tny si Dikri..

sebb,
bila ALLAH kurniakan kita kelebihan seperti rupa paras, harta, pangkat dan sebagainya
ada yang bongkak dengan kekayaan tersebut
ada yang angkuh dengan kecantikan yang dimiliki
ada yang berlagak dengan harta yang dipinjamkan tersebut

sebab tu kadang2 DIA rampas balik apa yg DIA dah kurniakan

faham????tny ustzh zaiton..

angguk... tapi dalm hati msih berkata-kata lg...
kenapa?
macmna?
kalau xckp xpe ke?

tu sebb org yang lalai dgn apa yg dia ada ustzh,
tapi yang ALLAH syg pon kena uji jgak ke?
kalot si anas gemok bertnya...

jawab ustazh zaiton...

yang ALLAH paling sayanglah yng bnyk akan di uji dan diduga...

nak tahu kenapa??

sebb,
org susah yg diuji lg ttg kesushn
tp msih bersyukur dgn apa yg dimiliki dan
dapt menempuhi kesusahn tersebt dgn penuh keiman
tanpa merungut dan ucap alhmdulillah ats sedikit rezeki yg dikurniakan itu
antara manusia yg ALLAH sayg

sbb ALLAH menguji hamba yang dikasihi sahaja
sbb lepas diuji dan di duga, kita akan lebih matang
lebih berdikari
lebih kuat
lebih teguh hatinya
lebih memahami erti kesukaran
lebih akur dgn nikmat yg semntara
lebih bersyukur dgn erti kata syukur yg sebnr

(dalam hati berkata, tapi xsemua yg diuji dan di duga tu
berjaya tempuhi sume ni,

mampu lalui pe yg ditakdirkan dgn semprna...)

tapi...
ada jgak yg xtahan dgn ujian yang ALLAH berikan
sebb tu la ada kejadian bunuh diri,
minum arak,
amik dadah
dan etc

sbbnya nk ambil jaln mudah selesaikan mslh...

mereka ni antara org yg gagal dlm kehidupan,
fahm???

sume mcm blur lg masa ni..
xde pon yg ckp fhm bila ustzh tny fhm ke x td
yg wat2 fhm pon hnya angguk2 kepala je
tu pon sbb nk bajet pandai

bila dah tgok sume mcm sengal je,
ustzh pon cite la pasal kish2 nabi dan para anbia yg diuji hebat...
.
.
.
.
.
.
.
.


dah meleret2 cerita ustzh

barulah ada yg ckp fhm
tu pon dua tiga kerat yg kat baris depan2 je

kringgggggggggggggggggggg!!!!!!!!!!!

loceng dh bunyi

bangun!!!
terima kasih ustazah, (ketua kelas)
terima kasih ustazah (ramai2 bngun n then jerit kuat2 ucp time kash) hahahaha



kini

dah lebih seabad,

dah bnyk yg ditempuhi
dah bnyk air mata yg ditumpahkan
dah bnyk jln dan lorong yang dirempuhi
dah bnyk kebodohan diri yg dijumpai
dah bnyk halangan dan DUGAAN yang
ALLAH kurniakan

dan semakin bnyk pula kesengn yang dimiliki
semakin wujud ketengn hati
semakin lebar senyuman di bibir
semakinlurus jaln yang berliku
semakin cerah lorong yg gelap
semakin indah dan berseri dengan warna warni dalm kehidupan ini

malah,
diusia yg masih sementah aku

aku rasakan
aku antara yang agak matang
dalam menempuh kehidupan
dalam membuat keputusan

bukan air mata yang terhambur keluar bila didtgi berita kesedihan
tapi alhamdulillah ku ucapkan

bukn air mata yg aku rembeskan
tapi kesyukuran aku panjatkan bila ada antara mereka disekeliling aku
yang kesakitan

bukan kesalan yg aku luah kan
bila DUGAAN menghampiri
tapi
aku berusaha menempuhi dgn ketengan

ya...

aku tenang

aku ikhlas terima DUGAAN ini

aku redha di uji sebegini

aku akur dengan kehendak NYA

kerana

aku kini semakin matang
aku kini semakin kuat
aku kini semakin tabah
aku kini semakin berdikari
aku kini semakin maju
aku kini semakin hebat
aku kini semakin bagos
dan
aku kini semakin mampu tersenyum
dengan ertikata senyuman sebenar

:: mahu mencari diri ::

Mar 4, 2010

PILIHAN KAMU KINI APA???

kau membuat ku terpinga- pinga
mengenangkan tentang kita
hari demi hari silih berganti
aku di sini menanti mu

apa bisakah lagi terus begini
menahan rasa sakit dihati
telah ku cuba lakukan segalanya
namun kau masih begitu saja

apa lagi yang kau mahu dari ku???
telah ku berikan segalanya
namun,
masih ada tak kena

apa lagi yang harus ku buktikan
lelah sudah ku ratapi
hanya untuk yakinkan mu

apa lagi yang perlu ku lakukan
katakan saja pada ku
agar dapat ku teruskan hidup ku

antara kamu atau kita
SEIRING BERSAMA
@
jalan kita kini berasingan...

~ CELA~ _ketidaksempurnaan


RABAK MATA KU
PENA MENARI- NARI
TINTA BERDARAH
MATA MEMBARA- BARA

MASANYA KU BERNAFAS
MUNGKIN TERAKHIR KALI
PUAS SUDAH KU SESAK
DALAM DUNIA SEMPIT

DULU TERSUNGKUR
KINI BERDIRI
KAU BERMAIN API
KINI KU BAKARI

DULU MENUNDUK
KINI KU CELIK
KAU BERMAIN API

ENGKAU MAHU SEMPURNA
ENGKAU JADI SEMPURNA
BIAR AKU BAHAGIA DENGAN CELA KU

ENGKAU MAHU MALAIKAT
TURUN DARI KAYANGAN
BIAR AKU BAHAGIA DENGAN CELA KU

MENGAPA TIDAK ENGKAU CERMIN SAJA
DIRI MU YANG SEMPURNA
MEMPERSONA
KU BAHAGIA DENGAN CELA KU

MENGAPA TIDAK KAU BERCINTA SAJA
DENGAN DIRI MU YANG SEMPURNA
MEMPERSONA
KU BAHAGIA DENGAN CELA

SIAPA YANG MAMPU MENCAPAI
MAHU MU
BILAMANA
KAU JUGA SEORANG MANUSIA

Feb 23, 2010

HASRAT, AZAM, IMPIAN DAN CITA2 BARU UNTUK SITUASI BARU...

PERASAAN = kosong

JIWA = punah

HATI = kecewa

its ok, im ok rite now...

no more CRY, LOVE STORY, MY BABY, MY PIPIYOKO, MY GEMOK, CUTE SMS, NICE MMS, CALLER 19 HOURS / DAY, ect...

and now i have
more time for myself,
for my fwen,
for my family (azman group's)
for study
for facebook
for blooging
for hangout
far anything in my mind what to do...

no need to report everything for him
what baju i wearing today ( xleh seksi2 taw ney..)
wit who i hangout today ( kua ngn wahida je @ gurlz yg b knal je, boy b xizinkn )
what i do ( sms always )
what i eated ( mkn bnyk2, gemok pon xpe, seng cikit xde yg nk ngort ney dh )
how mach im shower ( rini shompo x, b suke ney wongi2 muahks2x -werrkkks- )

dan sekarang.....
bermulalah HASRAT, AZAM, IMPIAN DAN CITA2 yang dh terbantut sejak 4 tahun lalu...

HASRAT = hapuskan kengn tersebut sedikit demi sedikit
AZAM = kurgkan 3 kg lg untuk capai sasaran 42kg / 149 m tggi
IMPIAN = buat kerje part time
CITA2 = kumpul duit bnyk2, and then nk p melancong.....
( oh yeahhhh.... )

now im not da power pufgurl but im da superwomen, no more rain in my eyes.....:-)